Dingin, kempen Kuala Terengganu masih ‘ditenggelam’ tengkujuh


“SAYA sungguh terkejut dengan corak kempen yang tidak rancak,” kata Pengerusi Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Yunus Ali. Badan bukan kerajaan itu memantau perjalanan pilihan raya sejak sedekad lalu berkata, suasana kempen masih jauh berbeza berbanding dengan apa yang disaksikan ketika dua pilihan raya kecil sebelum iaitu di Ijok, Selangor awal 2007 dan Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu.

“Saya tidak sangka sama sekali… jauh berbeza berbanding Permatang Pauh,” kata beliau.

Jika ramai menganggap bahawa tsunami politik 8 Mac lalu akan terus dirasai di Kuala Terengganu, tanggapan ini masih belum teruji dan menerima jawapan sehingga pagi ini – ketika kempen memasuki hari yang ke-10.

Pandangan itu bukan sahaja dilontarkan oleh Yunus, antara orang luar yang berada di Kuala Terengganu, malah penduduk tempatan pelbagai lapisan masyarakat. Mereka dapat merasai suasana yang jauh berbeza berbanding 10 bulan lalu.

Ketika ditemui, bekas calon PAS, Mohamad Sabu juga mengakui perkara itu. Bagaimanapun ceramah beliau, yang kalah kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail 8 mac lalu, masih menerima kehadiran peminatnya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali juga mengakui persekitaran kempen kali ini yang tidak rancak, tetapi menegaskan jentera mereka berjalan dengan baik tanpa masalah.

Malah, ada yang hairan dengan suasana semasa ketika kempen pilihan raya kecil di sini kerana persekitaran adalah lebih rancak ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Malah ada yang mengharapkan bahawa ceramah perdana yang disaksikan di Permatang Pauh dan Ijok diadakan di sini setiap malam. Pakatan Rakyat hanya mengadakan ceramah perdana pada 6 Januari – malam selepas sesi penamaan calon.

Pakatan Rakyat dijadual mengadakan satu lagi ceramah malam ini dan Jumaat ini, kata Mohamad Sabu.

Barisan Nasional (BN) tidak mengadakan ceramah perdana kecuali perhimpunan dihadiri kira-kira 3,000 orang di sebalik hujan di Cabang Tiga, malam kelmarin. Perhimpunan itu dinamakan “Masihkah Kau Ingat” dengan ucapan perdana oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Presiden Dewan Perniagaan India Terengganu, V.M. Samy pula berkata, berdasarkan pengalamannya di sini sejak lebih tiga dekad, sepatutnya suasana kempen sudah panas ketika hanya tinggal empat hari sebelum pengundian Sabtu ini.

“Pada pandangan saya, suasana akan bertambah rancak, lebih panas mulai esok (hari ini)… jika pengundian pada hari Sabtu, kita boleh melihat bahawa mulai Rabu (hari ini) suasana akan semakin rancak.

“Tetapi memang menghairankan kerana sehingga kini suasana belum panas lagi,” kata beliau ketika ditemui.

Mengapa? Kerana musim tengkujuh, hujan hampir setiap hari? Kerana sesi persekolahan yang baru bermula? Kerana faktor calon yang tidak dikenali ramai dan tiada isu?

Masing-masing pihak yang ditemui memberikan alasan dan kewajaran masing-masing. Mungkin juga ketiadaan poster yang cukup banyak menyumbang kepada tanggapan sedemikian?

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian yang berkongsi suasana ini memberitahu, ia antara lain berkait rapat dengan isu yang dijadikan bahan berkempen.

Berbanding dengan Ijok dan Permatang Pauh, kata beliau, tiada isu besar lagi baru yang boleh digunakan semaksimum yang boleh oleh parti-parti yang bertanding.

“Kesemua isu adalah isu lama, yang sudah diketahui umum… jadi ceramah pun tidak panas,” katanya.

Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut ketika ditanya sejauh mana kehadiran poster dan kain rentang boleh dijadikan kayu ukur berkata, “jumlah poster tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk sokongan dan undi.”

Mohd. Abdul Wahid merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Wakaf Mempelam – salah satu bahagian dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Berdasarkan jadual harian yang dikeluarkan jentera calon PAS itu, beliau mengambil bahagian dalam 20 hingga 22 aktiviti setiap hari kecuali Jumaat lalu di mana jumlahnya adalah kecil sedikit.

Tinjauan sejak hari penamaan calon mendapati poster calon itu kurang berbanding poster wajah calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang boleh dilihat dalam pelbagai saiz, bentuk dan penampilan. Poster wajah calon Bebas, Asharudin Mamat @ Adam tidak kelihatan sama sekali kecuali ’sepanduk’ kecil yang dipacakkan di beberapa lokasi tertentu.

Sebuah lagi badan bukan kerajaan yang memantau perjalanan pilihan raya Mafrel dalam blognya berkata, di merata-rata tempat di Kuala Terengganu, perang kain rentang, poster dan sebagainya berjalan lancar.

“Sebenarnya kain rentang dan poster bertemakan hijau dan sesekali dihiasi oleh warna biru muda dan roket penuh di kawasan kawasan DUN. Cuma poster calon PAS itu sendiri – Mohd Abdul Wahid kurang kelihatan berbanding poster Wan Ahmad Farid.

“Ada yang meneka bahawa ini adalah strategi PAS untuk menonjolkan parti lebih daripada calon. Ini mungkin tidak berapa baik sebab pengundi mesti ingin mengetahui bandingan peribadi antara calon-calon juga,” katanya.

Tinjauan pagi tadi menunjukkan PAS turut menaikkkan papan iklan kempen yang menyerang Umno dan BN. Umno dan BN juga menaikkan papan iklan dan kain rentang seumpama itu sejak beberapa hari ini. Ini sedikit sebanyak menambah kerancakan kempen.

Mungkin lebih banyak akan keluar mulai malam ini.

Wan Ahmad Farid yang tidak memberikan ceramah besar-besaran, sebagaimana diamalkan calon PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, menjelaskan, suasana di Kuala Terengganu sebenarnya berlainan berbanding kawasan lain di Semenanjung dan Pantai Barat.

Malah katanya, suasana kempen di Kemaman dan Dungun berlainan berbanding di Kuala Terengganu.

“Ini keunikan di Kuala Terengganu,” kata beliau yang sudah memulakan sesi pertemuan dengan penduduk tempatan sejak pertengahan bulan lalu.

Beliau lebih banyak menggunakan pendekatan menemui pengundi dengan mewujudkan pendekatan hubungan peribadi iaitu lawatan dari rumah ke rumah. Wan Ahmad Farid juga mempunyai kira-kira 10 hingga 15 aktiviti setiap hari secara langsung dan tidak langsung.

Malah, jentera pilihan raya BN juga banyak menggunakan lawatan rumah ke rumah.

Yunus dari NIEI menambah, “kedua-dua calon merupakan personaliti yang nampak bersih… jadi tiada ruang untuk serangan peribadi… hudud orang di sini (Kuala Terengganu) tidak kisah.”

Pengundi Cina pula kata beliau, mengambil berat isu bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tentang sekolah jenis kebangsaan.

Di sebalik tanggapan dan andaian sedemikian, baki tempoh tiga hari menjelang hari penentuan Sabtu ini memang menarik untuk dilihat. Ia sudah pasti akan merancakkan kempen dan menjadi penentu kemenangan calon yang bertanding. – Mstar.com.my

Oleh G Manimaran

P36 – Melayu perlu sedar


ImageMelayu perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan yang tidak akan menguntungkan Melayu itu sendiri. Kita perlu sedar Pakatan Rakyat dalam majoriti pengundi Melayu akan memanipulasikan isu untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan dalam keadaan bangsa lain jadi penentu – maka bangsa itu akan di beri keutamaan dengan alasan konon-kononnya BN tidak mempedulikan nasib mereka dan UMNO adalah parti rasis yang pro Melayu. Lumrah mereka lidah bercabang – dalam isu hudud, PAS juga terpaksa berkompromi dengan DAP tetapi konon berwajah Islam. Adakah ini bukan satu penipuan.

 

Melayu hanya ada satu pilihan parti yang tidak akan memanipulasi keadaan untuk kepentingan politik. UMNO adalah parti yang tinggal dalam merealisasikan perjuangan Melayu yang sebenarnya. Kedudukan ini harus di fahami oleh orang Melayu dan mereka tidak sepatutnya termakan helah pembangkang yang kononnya mahu menjadi pembela Melayu hanya dalam senario politik setempat. Di tempat lain mereka akan berubah – ubah. Mereka mampu menajdi pejuang Cina di kawasan Cina, menjadi pejuang India bila berdepan dengan India dan menjadi pejuang Melayu bila majoriti kawasan setempat adalah Melayu. Bukankah ini satu pembohongan dan sikap hipokrasi yang ada semata-mata untuk melunaskan agenda politik Anwar Ibrahim. Kita perlu yakin dengan UMNO kerana sehingga kini hanya UMNO yang merencanakan pembangunan Melayu tanpa meninggalkan atau mendiskriminasikan kehadiran kaum lain.

PRU kecil P36 Terengganu harus memartabatkan Melayu dalam UMNO. Andai tidak Melayu itu akan termakan sogokan pembangkang kononnya mereka adalah pembela Melayu sedangkan perbuatan mereka nampak mengetepikan Melayu itu sendiri dalam politik. Parti komponen lain sedang memerhati – mungkin memikirkan semula gabungan yang ada.

 

PRU Kecil P36 mempamerkan senario yang mana lebih 80% adalah pengundi Melayu. Orang Melayu harus memikirkan “survival” mereka dan menolak sebarang perbuatan yang konon-kononnya atas nama demokrasi sedangkan Pakatan Rakyat sendiri kucar-kacir angkara hilangnya sokongan mereka yang selama ini memikirkan bahawa perjuangan PR adalah bagi menegakkan demokrasi. Penekanan harus di buat bahawa PR – khususnya Parti Keadilan Rakyat hanya hadir kerana mahukan kuasa dengan apa cara sekali pun untuk memuaskan kehendak Anwar Ibrahim. Rakyat diperalatkan untuk ini sedangkan kehadiran mereka hanya untuk politik.

P36 Kuala Terengganu harus menegaskan sokongan BN atau UMNO. Melayu khususnya harus bertindak untuk tujuan tersebut. Melayu perlu memastikan penipuan PR dan kepalsuan perjuangan PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP  sebagai satu petunjuk keikhlasan mereka dalam menegakkan Islam. Dalam pada masa yang sama, bangsa lain juga harus sedar bahawa aliran perjuangan PR adalah semata-mata untuk kuasa politik dan bukan konon-kononnya untuk perjuangan bangsa. Hari ini banyak perkara yang sudah menunjukkan bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan politik semata-mata. Kaum India dalam PKR kini sudah mula menunjukkan kegusaran dalam keikhlasan PKR dan begitu juga kaum Melayu yang semakin jelas nampak meminggirkan kebajikan mereka khususnya di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Hanya satu langkah sahaja yang mesti diambil oleh pengundi sana iaitu memilih parti yang lebih liberal tanpa membelakangi peruntukkan dalam Perlembagaan. Dalam itu BN dan UMNO adalah yang paling tepat untuk dipilih bagi memastikan semua bangsa terus sentiasa hidup dalam harmoni.

Kumpulan Edorgan pulaukan kempen


Kisah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – nama paling popular untuk bertanding di Kuala Terengganu tetapi gagal dicalonkan di saat-saat akhir, merajuk dan memulaukan kempen kini menjadi satu isu yang hangat di Kuala Terengganu.

Dr Azman dikatakan kini berada di Medan adalah dari kumpulan Edorgan yang dikatakan paling sesuai untuk bertanding kerusi Parlimen dan nyata pemimpin PAS juga gila kuasa dan sanggup pulau memulau apabila tidak terpilih. Pas sememangnya parti yang berbudaya pulau memulau. Jika kita masih ingat dahulu mereka memulaukan orang UMNO yang dikatakan kafir kerana berkerja sama dengan parti bukan Melayu.

Haji Hadi yang sememangnya dikatyakan tidak sehaluan dengan kumpulan Edorgan terpaksa membuat pilihan beliau sendiri dan meletakkan calon pilihan Hj Hadi bagi menghalang calon Edorgan ini bertanding. Sikap “tidak serius” berkempen beberapa pemimpin lain bersama kumpulan tokoh muda popular PAS ini digelar “kumpulan Erdogan” – menyinggung sedikit sebanyak ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Mereka menyebut beberapa nama yang dianggap dekat dengan kumpulan itu seperti naib presiden Datuk Husam Musa, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo’ Lo’ Ghazali atau ketua Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkifli Ahmad tetapi didakwa tidak memberikan komitmen sepenuh hati. Tidak seperti pembabitan mereka dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melangkah kembali ke arena politik aktif.

Mereka menganggap Dr Syed Azman dan “kumpulan Erdogan” tidak wajar membelakangkan kempen menaikkan calonnya, yang juga bendahari PAS Terengganu, kerana Abdul Wahid pilihan presiden sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sumber-sumber dalam parti juga mendakwa sekumpulan penyokong wakil rakyat Batu Burok itu pernah mengirim mesej SMS kepada Abdul Hadi agar “membuat pilihan yang tepat atau beberapa unit peti undi (UPU) akan ditutup.”

Tidak hairan jika ramai penyokong PAS di Batu Burok mengkin memulaukan pilihan raya ini atau mungkin akan memberikan undi kepada BN. Pengaruh Anwar dalam PAS kini begitu ketara terutama dikalangan pemimpin muda PAS. Husam dikatakan begitu rapat dengan Anwar.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.