Tak hormat bahasa Melayu

Ditulis oleh boyesen

Julai 23rd, 2008 ·

Dipetik dari : www.bharian.com.my

Oleh Norakmah Mat Youb dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

GEORGETOWN: Pemuda Umno membantah tindakan beberapa ahli Gerakan memasang papan tanda dalam bahasa Cina di beberapa jalan di sekitar bandar ini, kelmarin.

Pergerakan itu mendesak supaya papan tanda nama jalan dikekalkan kepada satu bahasa saja iaitu bahasa Melayu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjung, Shaharrudin Hassan, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) mesti memastikan hanya bahasa rasmi, iaitu bahasa Malaysia digunakan pada papan tanda jalan.

“Sebagai negara yang merdeka dan berdaulat dengan rakyat pelbagai kaum, kita patut saling menghormati. Parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili pelbagai kaum perlu mencari jalan agar sensitiviti kaum lain tidak tercalar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Pemuda Gerakan, Dr Thor Teong Ghee memasang papan tanda dalam bahasa Cina di enam lokasi, iaitu Lebuh Pantai, Jalan Burmah, Jalan Macalister, Lebuh Carnavon, Lebuh Chulia dan Jalan C Y Choy.

Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata tindakan itu perlu dihentikan kerana berbahaya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim ketika membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut membangkit isu sama berkata, tidak ada negara yang memasang papan tanda dalam pelbagai bahasa atas alasan pelancongan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar negeri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri akan menghantar notis kepada Gerakan supaya menurunkan papan tanda itu segera.

Apa sudah jadi?? papan tanda dlm bahasa cina telah dipacakkan di 6 bahagian jalan di Pulau Pinang… satu lagi penghinaan yg telah dilakukan terhadap Ketuanan Melayu… nampaknyer kesabaran lagi sekali dicabar… Gerakan memberikan sbb kenapa ia perlu dlm bahasa cina… semata-mata utk memudahkan pelancong dari nagara CHINA… adakah jalan tersebut akan digunakan atau dilalui oleh pelancong CHINA?

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.