Bila kontrak sosial dikatakan `fiction’

Bila kontrak sosial dikatakan `fiction’

MAJLIS Peguam Malaysia mengadakan forum mengenai ‘kontrak sosial’ baru-baru ini. Melalui sumber yang ‘reliable’, forum tersebut pada asalnya tidak mempunyai waima seorang pun panelis di kalangan orang Melayu. Setelah menerima banyak maklum balas, barulah nama Dr Farish Noor diangkat sebagai ahli panel.

The Star membayangkan bagaimana forum tersebut telah mendapat keputusan yang ’split’. Dua panel menolak sama sekali apa yang dikatakan sebagai wujudnya ‘kontrak sosial’ di dalam Perlembagaan; dan dua orang lagi menerima pakai wujudnya kontrak sosial walaupun tidak dinyatakan secara tersurat.

Orang Melayu tidak wajar endah sangat dengan keputusan split itu. Tapi jika ada orang yang mengatakan ‘kontrak sosial’ sebagai ‘fiction’ kita wajar berasa risau. Apakah perkara yang sepenting status penduduk asal, orang Melayu dan Bumiputera, tentang hak dan keistimewaan yang terpancar jelas di dalam Perlembagaan GAGAL lagi dilihat sebagai ‘kontrak sosial’.

Apakah perlu satu bab khas yang terpampang soal KONTRAK SOSIAL ANTARA KAUM DI MALAYSIA di dalam Perlembagaan baru mereka mahu percaya bahawa wujudnya agreement yang sedemikian mendasari hubungan kita selama ini?

Tidak ada yang ‘fiction’ dalam perkara yang sepenting ini. Kepimpinan kita dahulu tidak menyatakannya secara jelas di dalam Perlembagaan kerana mereka mahu kita belajar untuk mematangkan sikap dan pandangan kita dalam perkara yang sedemikian asas dan fundamental.

Mengurus dan membangun Negara bukanlah suatu ‘jalan cerita’ yang boleh dirangka-rangka dengan mudah dan bersahaja. Apa yang terkandung dalam Perlembagaan sebenarnya sudah cukup jelas untuk menyatakan ‘ikatan hubungan’ yang ada.

Dinamisme politik, mahupun apa yang digelar sebagai ‘tsunami’ bukan alasan untuk perkara-perkara teras ini dipersoalkan secara terbuka dan tidak bertanggungjawab. Majlis Peguam jangan cuba untuk bermain politik dengan perkara yang sedemikian penting.

Mana perginya peguam-peguam Melayu yang sewajarnya memainkan peranan untuk mempertahankan kedudukan kita? Atau mereka sendiri sudah berada dalam suasana ‘fiction’ – bahawa kita sudah wajar terbuka dan tidak lagi menerima kewujudan kontrak sosial? Agenda siapa di belakang semua usaha untuk mencabar ketuanan Melayu ini? Fiction? Karya siapa? Menguntungkan siapa?

Khairuddin Mohd Zain

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.