Apa nasib kita 52 tahun lagi?

Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan ke-52. Ia bermakna sudah 52 tahun kita mentadbir dan memerintah tanah air ini dengan cara kita sendiri.Kita menempuh segala cabaran dengan tabah bersandarkan kekukuhan perpaduan pelbagai kaum yang selama ini dikagumi oleh dunia. Tetapi persoalannya apakah yang akan berlaku 52 tahun lagi? Apakah yang akan menjadi faktor penentu bagi memastikan kemerdekaan negara ini yang dicapai melalui titisan keringat, air mata dan darah berkekalan? Berikut kami paparkan pandangan tiga penulis dari tiga generasi berbeza mengenai perkara itu.

Lahir generasi berilmu – Oleh NIEZAM ABDULLAH – Dalam melangkah ke era 50-tahun akan datang, kita seharusnya tidak lupa kepada sejarah silam bagaimana kemerdekaan dicapai hasil titisan darah dan air mata orang terdahulu.

Hari ini golongan belia semakin terhakis pengetahuan itu. Mereka lebih tertumpu kepada aspek hiburan. Pemikiran intelektual mereka didedahkan kepada faktor-faktor terhadap keseronokan semata-mata. Maka lahirlah belia yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon, mahu mencari kekayaan di pentas Akademi Fantasia daripada mereka yang bercita-cita untuk bergelar saintis ataupun professional lain.

Seandainya perkara ini tidak diambil berat, 50 tahun akan datang lahirlah golongan belia yang ketandusan ilmu sehingga boleh menyumbang kepada kemusnahan bangsa dan negara.

Jika ia berlaku, kita akan mewarisi satu masyarakat baru yang hilang adab sopan, lebih malang akan lahirlah pemimpin atau golongan intelektual yang akan mencorakkan elemen itu di dalam sistem pendidikan sehingga boleh mengakibatkan pemikiran masyarakat Malaysia kembali dijajah. Dari sudut agama amat merisaukan apabila keruntuhan akhlak dan gejala sosial itu menjadi penyakit yang merebak dengan pantas ke dalam jiwa golongan muda-mudi. Apa akan jadi kepada masyarakat kita jika bilangan samseng jalanan, anak luar nikah dan bohsia itu bertambah?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Menyediakan pewaris – Oleh Zin Mahmud – Generasi yang lahir dari tahun 1957 hingga 1963 adalah anak merdeka ketika Tanah Melayu belum menjadi Malaysia. Tempoh dari 1957 hingga 1963, Tanah Melayu sedang mengukuhkan diri sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Tentu bagi generasi ini, mereka dibesarkan dengan suasana negara yang masih kuat dipengaruhi dan dikuasai oleh penjajah. Tentera British masih banyak. Darurat hanya berakhir tahun 1960. Walaupun merdeka, tahun-tahun itu kuasa penjajah masih kental. Tentera dan ekonomi kuat dipegang British. Dasar luar masih dipengaruhi kuat dari London. Lebih tepat Malaya ketika itu adalah dalam bentuk neo-kolonial.

Britain mahu memerdekakan Tanah Melayu dengan syarat kepentingan ekonominya tidak terjejas.

Justeru generasi yang lahir pada akhir 50-an dan awal 60-an membesar dalam keadaan negara yang belum benar-benar merdeka. Keadaan negara masih susah. Ibu bapa generasi ini menanggung penderitaan Darurat. Masih kelihatan kesusahan di merata-rata tempat.

Dalam suasana terancam, London menggesa penubuhan Malaysia merangkumi semua tanah jajahannya di Asia Tenggara. Keadaan tidak stabil terus berlaku. Pemberontakan Brunei membawa negara itu enggan menyertai Malaysia. Konfrontasi dilancarkan Indonesia ekoran penubuhan Malaysia, diikuti terkeluarnya Singapura pada tahun 1965. Hanya selepas peristiwa 13 Mei dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pelajaran Kebangsaan, keadaan menjadi stabil dan mengukuh.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kestabilan politik penentu – Oleh Zulkiflee Bakar – DUA tahun lalu, kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50. Ketika itu rakyat Malaysia begitu bangga kerana kononnya mereka merasai kebebasan sebenar-benarnya. Mereka bebas dalam semua perkara termasuklah dalam penyebaran maklumat tanpa sekatan. Internet digunakan sepenuhnya bagi melahirkan pandangan mereka.

Parti-parti politik pembangkang pula semakin lantang dan membangkitkan apa juga isu demi meraih sokongan politik. Akhirnya, pada tahun 2008, Malaysia menyambut kemerdekaan ke-51 dalam keadaan yang agak

muram.

Kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan terlepas kekuasaan di beberapa buah negeri yang dialami oleh Barisan Nasional (BN) telah mengubah senario politik negara. Akibat kerapuhan itu, BN yang dilihat tonggak kestabilan politik negara tergugat. Kebebasan yang kononnya diberikan atas nama demokrasi akhirnya memakan diri.

Penulis membangkitkan soal kestabilan politik BN kerana parti itulah selama ini menjadi tonggak Malaysia terus mengecap kemerdekaan dan ketenteraman. Tiada siapapun yang dapat menafikan bahawa BN yang bertanggungjawab memerdekakan negara ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: