Kuota UiTM taktik PKR pancing undi

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera, bertujuan memancing undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan itu memberi gambaran seolah-olah bukan Bumiputera selama ini tidak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya di negara ini.

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak adil, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN), sejak 1996 sudah membuka peluang pendidikan yang seluas-luasnya untuk semua kaum.

“Saya melihat memang itulah tujuan mereka kerana sebahagian besar Melayu dan Islam menyokong Umno dan Pas. Jadi untuk PKR mendapat sokongan, mereka cuba meraihkan sokongan kaum Cina dan India dengan melontarkan idea UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera.

“Jadi janganlah sebab isu UiTM ini nak menidakkan apa yang dilakukan dan diperjuangkan Umno dan BN selama ini, seolah-olah kita menyekat peluang bukan Bumiputera.

“Ini memberi gambaran tidak adil dan tidak tepat sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Sama Gagah di sini, semalam.

Terdahulu, Najib yang diiringi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid meninjau empat rumah daif di kampung itu yang memerlukan pembelaan sewajarnya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus kuota UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera kerana graduan universiti itu tidak mesra kaum lain, tidak berkualiti, tiada persaingan dan tidak global.

Najib berkata, isu pendidikan tidak boleh dilihat kepada UiTM saja, tetapi dalam konteks lebih luas merangkumi perubahan sektor pendidikan negara dan Dasar Pendidikan Negara yang membuka ruang seluas-luasnya kepada semua kaum.

Beliau memberi contoh penggubalan undang-undang yang membenarkan kolej swasta dan universiti swasta ditubuhkan di negara ini ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1996.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: