Malaysia selar Pro-Koln anjur kongres anti-Islam

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Malaysia menyelar tindakan sebuah kumpulan di Jerman, Pro-Koln yang merancang menganjurkan Kongres Anti Pengislaman di Cologne pada 19 dan 20 September ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim berkata, tindakan tersebut menggambarkan pihak tersebut tidak sensitif dengan isu agama dan ini dikhuatiri akan membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Malaysia menentang keras dan memandang berat terhadap rancangan itu. Mana-mana pihak yang mahu menganjurkan perkara berkaitan semua agama di dunia ini perlu melihat aspek positif kemanusiaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Rais berkata, Wisma Putra telah menghantar surat kepada Jerman melalui kedutaan negara itu di Malaysia pada minggu lalu bagi menyatakan bantahan terhadap penganjuran kongres tersebut.

Katanya, Malaysia mahu kumpulan tersebut mengkaji semula niat dan melihat implikasi terhadap penganjuran kongres itu yang dianggap tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat dunia.

Menurutnya, penganjuran kongres itu akan mencetuskan kesan yang bukan sahaja mengakibatkan keganasan, tetapi juga kebencian antara masyarakat dunia.

“Malaysia menganggap rancangan ini sebagai satu langkah positif pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan masyarakat bukan Islam dan Islam serta berniat jahat supaya manusia membenci satu sama lain,” katanya.

Rais berkata, pihak tersebut perlu melihat secara mendalam implikasi yang bakal tercetus sekiranya kongres sedemikian tetap dianjurkan.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.