BERITA / ARTIKAL

EZAM tidak membantu UMNO

ImageTUDUHAN liwat ke atas Anwar Ibrahim perlu diselesaikan segera sebelum perkara ini merebak mengganggu keharmonian negara. Tuduhan ke atas Anwar Ibrahim setidak-tidak memberi menggangu-gugat kestabilan negara baik dari segi sosial,ekonomi dan politik. Kelewatan memberi ruangan untuk Anwar untuk terus memperkatakan ini satu konspirasi yang terus memburuk-burukkan keadaan.

Sehingga hari ini media-media Internet yang menyokong pakatan pembangkang berterusan memberi ruangan sokongan dan ini telah banyak mempengaruhi senario semasa. Sokongan Anwar dalam Internet semakin kuat dan sokongan ini telah melibatkan statistik tidak konklusif dari laman web terkemuka Malaysia seperti – www.malaysiakini.com.

Dalam kemelut serangan dan tuduhan ini satu konspirasi kemunculan Ezam Mohd Nor tidak membantu UMNO malah lebih buruk lagi membawa UMNO ke kancah perjuangan politik peribadi beliau. Marah beliau atau benci beliau kepada Anwar Ibrahim – mungkin atas kapasiti tidak puas hati dengan pengendalian Anwar Ibrahim atas Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat telah kita, telah mengheret UMNO dalam agenda beliau. Ini tidak akan menguntungkan UMNO malah ini sebenarnya merugikan UMNO.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah Ezam Mohd Nor yang kini turut dikaitkan dan dilabel sebagai konspirator oleh PKR berjaya mempengaruhi rakyat berlandaskan motif dan pergerakan beliau sebelum tuduhan liwat tersebut. Ezam yang mencabar Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kini melibatkan UMNO sebagai mencabar Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Ini tidak menyebabkan Anwar Ibrahim hilang populariti atau tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dianggap benar oleh kalangan rakyat malah ini akan lebih menguatkan konspirasi Ezam Mohd Nor dalam tuduhan liwat tersebut.

Senario ini agak memualkan dan tuduhan Ezam Mohd Nor yang kini menjadi jurucakap UMNO dalam tuduhan moraliti Anwar Ibrahim – tanpa bukti, yang mengatakan beliau tidak terkejut dengan tuduhan terbaru liwat Anwar Ibrahim menyebabkan penyokong yang menyokong beliau berasa mual dan jijik.

Ini satu kesilapan UMNO. UMNO sepatutnya tidak campur tangan dalam memberi apa juga komen dan membiarkan pihak polis menyelesaikannya. Tindakan sebegini adalah lebih selesa diambil untuk terus memperlihatkan UMNO sebagai parti yang berkredibiliti.

Malang Ezam dengan tindakan – tindakannya, menyentuh moral Anwar, memperkatakan bahawa Anwar bukan muslim yang baik dan tindakan seolah-olah percaya anwar Ibrahim seorang yang melakukan perbuatan liwat – terus menjatuhkan kredibiliti UMNO. Anwar sekarang seakan bangkit dengan sokongan seperti tahun 1998.

Mempersoalkan tindakan Ezam Mohd Nor – yang sebelum ini lantang menyerang UMNO perlu dibuat. Serangan marah tidak akan menguntungkan UMNO malah menjarakkan rakyat dari UMNO. UMNO akan dilihat sebagai entiti yang membuat tuduhan palsu dan sekiranya benar pun anwar melakukan seks luar tabii maka kepercayaan melakukan kini akan berubah menjadi konspirasi UMNO.

UMNO perlu disedarkan bahawa tindakan rakus Ezam atas kapasiti marah dan akan lebih merosakkan imej UMNO dan ini sebenarnya menyulitkan proses perubahan dalam UMNO. Kemungkinan persoalan siapa Ezam sebenar lebih perlu dilakukan daripada persoalan siapa Anwar Ibrahim yang sebelum ini semua sudah tahu.

Tuduhan Badrul Hisham Shahrin salah seorang MPT Keadilan mengenai rancangan konspirasi yang memang telah ada 3 atau 4 bulan sudah dengan hero berubah sebenarnya amat merunsingkan. Badrul Hisham dalam dakwaannya seakan berkata bahawa konspirasi liwat ini ada dengan yang dituduh di liwat adalah orang lain memberi kekuatan besar kepada teori konspirasi.

Adakah benar Ezam pernah memperkatakan mengenai isu liwat ini dengan melibatkan orang lain dan kemudian isu ini terbongkar dengan orang lain menunjukkan konspirasi.

Adakah mungkin Ezam masih mahu melakukan apa yang disebut “over kill” lantas tuduhan melulu ke atas Anwar Ibrahim menjadikan beliau subjek yang akan mengaut simpati rakyat lantas membunuh terus UMNO – sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama. Apa pun UMNO seharusnya tidak terbabit dalam kancah politik Ezam yang sebenarnya akan memudaratkan UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: