50 bincang isu rundingan PAS-Umno


Jul 31, 08 12:12pm
Hampir 50 pemimpin atasan PAS bertemu hari ini bagi membincangkan dialog parti itu dengan Umno yang kini menjadi isu hangat sejak beberapa minggu – perbincangan khas pertama seumpama itu sejak pengakuan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu – jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama – dijangka memakan masa beberapa jam.

umno and pas negotiate 031207Pertemuan yang bermula jam 10 pagi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur dijangka panas susulan beberapa cadangan kontroversi daripada mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dua parti itu dibubarkan dan Umno menerima pelaksanaan hudud jika mahu teruskan dialog.

Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, semalam berkata tawaran Umno untuk membentuk kerajaan campuran di Perak akan turut dibincangkan hari ini.

Ia juga dijangka membangkitkan gesaan ketua penerangan PAS Mahfuz Omar, dalam surat permohonan maafnya awal minggu ini, agar pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam rundingan sulit dengan Umno berterus-terang dan tidak memberikan maklumat mengelirukan.

Isu perkongsian kuasa dua parti itu seperti didedahkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan turut berbangkit.

Kehangatan perbincangan isu ini mendorong kira-kira 50 wartawan dan jurugambar berkumpul di lobi bangunan di Jalan Raja Laut, bersedia untuk menunggu keputusan terbaru PAS.

Nik Aziz hampir setuju


Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my


MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertemu media selepas perbincangan tertutup bersama Timbalannya Dr.Harun Din (kiri) Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa di kediamannya, minggu lepas. – Foto Syamsi Suhaimi

Pas sedia bincang usul bentuk kerajaan campuran di Perak

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam membayangkan kesediaan parti itu berbincang dengan Umno berhubung cadangan membentuk kerajaan campuran di Perak.

Beliau bagaimanapun berkata, proses itu memerlukan masa kerana ia mesti dibawa ke muktamar tahunan Pas bulan depan, manakala Umno pula perlu pada perhimpunan agungnya Disember ini.

Sambil mengakui bukan mudah membentuk kerjasama dua parti yang bermusuh sekian lama, Nik Abdul Aziz berkata, sebarang ketetapan berhubung muqabalah dengan Umno serta pendirian Pas mengenai cadangan kerajaan campuran di Perak akan diputuskan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di ibu kota hari ini.

“Bersatu (dengan Umno) itu masalah kedua, biar muqabalah dulu. Lepas tu pandailah kita buat keputusan. Kita tak boleh tergesa-gesa buat keputusan kerana kita dah ada pengalaman.

“Politik mesti buat berhati-hati… takkan 50 tahun punya kes nak selesai dalam sehari. Kita tengok dunia sekarang ini pun tak selesai masalah, mesti ada orang tengah macam Israel nak damai dengan Syria dan Turki.

“Saya akan pergi (mesyuarat di Kuala Lumpur)… tapi kenyataan saya sama seperti sebelum ini, muqabalah boleh, politik jangan lagi… tolak ke tak tolak (penggabungan dengan Umno), kita bincang dulu,” katanya selepas melancarkan tabung penambahbaikan Masjid Al-Baroah dan ceramah Israk Mikraj di sini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali Isnin lalu mengajak Pas bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh di negeri itu dengan wakil Pas akan terus menjadi Menteri Besar.

Nik Abdul Aziz berkata, muqabalah dengan Umno seperti dipersetujui sebelum ini perlu dimulakan dengan perbincangan mengenai kepentingan agama Islam dan tidak membabitkan sebarang perbincangan berkaitan politik.

Beliau juga berkata, sebarang kerjasama antara Umno dan Pas mesti menjadikan Islam sebagai asas pegangan kedua-dua parti itu kerana Islam bukan untuk menjaga kepentingan orang Melayu, sebaliknya menyatukan semua kaum tanpa sebarang prasangka.

“Mudah-mudahan, pemikiran ini (mengadakan muqabalah) berjalan lagi dalam bentuk organisasi yang tersusun. Cuma saya bimbang pada Perhimpunan Agung Umno, ahlinya tolak rancangan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

“Kita nak buat macam mana. Kalau ada yang tak mahu Islam, boleh jumpa saya dan beritahu apa yang tak kena dengan Islam,” katanya.

UMNO-PAS, selamatkan Malaysia dari DAP

malaysiahariini


Thursday, 31 July 2008

ImagePERHUBUNGAN dan diskusi antara PAS dan UMNO yang hari ini sudah melangkah kepada perbincangan untuk membentuk kerajaan Negeri khususnya di Perak adalah satu langkah menyelamatkan Malaysia dari cauvinis Cina – DAP. Bukan sahaja DAP ini bertindak kurang ajar dalam menuntut hak Cina – mempersendakan kemampuan Islam dalam menjadi landasan pentadbiran tetapi DAP seperti Karpal Singh dengan terang menunjukkan sikap anti Islam dengan mencabar Pakatan Rakyat untuk memenggal PAS dari Pakatan Palsu itu.

Yang DAP kritik selalunya adalah Islam – mendesak PAS menolak perjuangan Islam dan menuntut banyak perubahan dalam memastikan Cina bukan sahaja terbela malah mahu membentuk kekuatan ketuanan mereka sendiri.

Kerajaan PAS Perak harus bersedia mengorbankan sedikit pegangan mereka di Perak untuk memastikan nasib orang Melayu terbela. PAS dan UMNO mampu mengembalikan kedudukan ketuanan Melayu yang semakin terhakis seperti di Pulau Pinang. Kita tidak mahu lagi Pulau Pinang, tempat elit Melayu menular ke Perak. Ini perlu kita bendung kerana bagi pendapat penulis DAP adalah seperti Singapura di dalam Malaysia yang mementingkan perjuangan bangsa dari negara.

DAP perlu dihalang agar parti itu tidak membentuk huru-hara perkauman yang lebih besar lagi. Kita tidak mahu perjuangan bangsa yang diutamakan oleh DAP menjadi punca Malaysia kucar-kacir lantas mengundang dunia antarabangsa untuk campur tangan.

Kita perlu sedar taktik nakal ini dan taktik nakal ini disambut oleh PKR melalui Penasihat UMUM nya yang jelas mempunyai kecenderungan melihat kepada Amerika. Ini sebenarnya yang perlu kita elakkan dan ini sebenarnya mungkin kenapa PAS hari ini memilih UMNO dan Barisan Nasional kerana perjuangan Pakatan Rakyat adalah perjuangan cauvinis Cina yang mempunyai cita-cita untuk memperkembangkan pengaruh mereka tanpa mempedulikan nasib orang Melayu.

PAS sedar dan PAS boleh membantu Melayu. Ini bukan soal politik biasa – ini soal survival Melayu. Melayu akan pupus dengan gerakan penipuan DAP yang kini disalurkan melalui PKR dan secara licik sudah mula berkembang.

Perak diberitakan ditekan oleh DAP yang kini menunjukkan bahawa walaupun Menteri Besar adalah PAS tetapi soal lain DAP mahu “menentukan terma” dalam Perak.

Malaysia perlukan sistem yang mampu memberi keharmonian dalam masa yang sama memegang ketuanan dan keistimewaan orang Melayu yang sudah banyak berkorban untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada bangsa lain. Ini sekarang di tolak oleh mereka yang cauvinis Cina. Kemunduran Melayu pasti akan membawa kepada terbantutnya perkembangan Islam dan ini semestinya perlu kita elakkan. PAS sedar kedudukan ini dan PAS harus tidak melengah-lengahkan keadaan ini lantas membuat orang Melayu terpinggir di bumi sendiri.

Kita bukan bercakap kosong. Kita lihat perbuatan DAP khususnya dalam perjuangan Murtad dan sebagainya. Kita lihat bagaimana mereka menuntut Suruhan Jaya Antara Agama dan kita lihat penentangan mereka kepada Islam khususnya pentadbiran dan undang-undang Islam.

Perlu kita tegaskan UMNO dan Barisan Nasional adalah langkah pilihan yang terbaik dalam menangani tuntutan melampau DAP. DAP dengan kekuatannya sokongan Cina kita menjadi faktor utama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Mereka juga kini membuat desakan dengan Kerajaan Negeri Perak sehingga tersembur keluar adanya perjanjian sebelum Menteri Besar Perak dari PAS mengangkat sumpah.

Kita lihat keterlanjuran Lim Kit Siang membidas raja-raja Melayu dan walaupun telah memohon maaf tetapi kita faham hasrat dan igauan mereka.

PAS dengan berbincang dengan UMNO perlu meletakkan satu iltizam – menolak parti cauvinis Cina, DAP dari terus memainkan isu-isu perjuangan bangsa untuk melupuskan sejarah sebenar. Kita nampak tindakan mereka menukar sejarah 13 Mei 1969 dan hari ini menukar lagi sejarah mengenai Kontrak Sosial seolah-olah mereka hadir di Malaysia sebelum orang Melayu bertapak di sini.

PAS dan UMNO perlu berkorban untuk tujuan yang sama. MCA dan Gerakan faham keperluan menjaga kemakmuran dan faham perkongsian kuasa dan pembelaan Melayu oleh UMNO yang tidak mendiskriminasikan bangsa lain. Ini perlu dan PAS – UMNO perlu buat sesuatu demi Melayu dan demi Islam.

Krisis kepimpinan Pakatan Rakyat?


ImagePERSOALANNYA bukan sahaja melibatkan perjuangan Islam dan Melayu tetapi persoalannya ialah kehilangan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat mengelapkan isu Melayu dan mengetepikan perjuangan Islam demi untuk memenuhi nafsu berkuasa Anwar Ibrahim. Inilah yang memungkinkan PAS menoleh kepada UMNO sebagai satu wadah konsisten Melayu dan Islam.

Persoalan mengenai keikhlasan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah satu keremehan kerana pokok utamanya bukan keikhlasan PAS tetapi keikhlasan PKR dan DAP mengenai agenda perjuangan mereka.

Pakatan Rakyat adalah gabungan fizikal dan bukan idealisme dan perhubungan mereka terbatas untuk pilihan raya sahaja. Ini bukan satu perjuangan menyeluruh tetapi hanya perjuangan sementara sahaja. PAS konsisten dengan perjuangan mereka dan mereka mengutamakan Islam dan Melayu. Merujuk dari sini sahaja maka perjumpaan dan kolaborasi pakatan dengan UMNO adalah wajar.

Hari ini PAS bukan sahaja diajak berbincang dengan UMNO tetapi timbul juga tawaran kongsi kuasa dengan UMNO di negeri-negeri seperti Perak dan Selangor. Sekiranya ini berlaku PAS ditawarkan menjadi Menteri Besar di kedua-dua negeri tersebut. Pahang juga menawarkan kolaborasi dengan PAS dan sedia memberi tempat di Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya.

Ini sepatutnya dilihat sebagai satu keterbukaan UMNO. Ini patut dilihat sebagai satu usaha atas kesedaran bahawa Islam dan Melayu perlu mengambil tempat semula sebagai dominan kuasa politik. Dengan penyatuan dan kolaborasi ini maka martabat Melayu dapat dipulihkan semula dalam memastikan agenda PAS dan UMNO terlaksana.

Adakah ini mampu di capai? Adakah idealisme perjuangan kedua-dua parti terbesar Melayu itu dapat disatukan. Bagi PAS – Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak kedua-dua parti Melayu itu dibubarkan dan menubuhkan parti baru yang mengandungi kedua-dua idealisme parti tersebut. Adakah mungkin ini akan terjadi? Kenapa tidak.

Kalau kedua-dua kepimpinan parti itu percaya – ikhlas dan hanya memikirkan Melayu – ia boleh berlaku. Namun sekiranya ada agenda peribadi antara kedua-dua parti, maka penggabungan tidak mungkin akan berlaku.

Perbincangan dialog antara PAS dan UMNO masih diteruskan. Percubaan untuk mengadakan kefahaman antara kedua-dua gergasi parti Islam/Melayu sedang berlaku. Apa yang dibincangkan masih belum boleh kita kenal pasti. Intipati perbincangan juga tidak kita tahu cuma dikatakan sekitar kepentingan Melayu dan Islam. Adakah mungkin usaha ini akan berterusan atau hanya akan seperti hujan di tengah hari.

Andaian dalam perbincangan UMNO-PAS semakin banyak berterbangan. Pakatan Rakyat masih keliru – Barisan Nasional juga turut keliru. Suara jelas DAP timbul dalam memberi pandangan terhadap perhubungan sulit UMNO-PAS namun Barisan Nasional mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sehingga kini masih belum ada ketetapan dalam perbincangan – belum ada resolusi dan belum ada landasan kukuh di bentuk. Apa yang ada hari ini adalah usaha mengurat antara kedua kepimpinan parti Melayu terbesar. Bercintakah UMNO-PAS atau akhirnya kedua-dua akan menjadi parti pembangkang di negara ini andai percaturan politik Anwar Ibrahim berjaya berlaku.

‘Pertahan kedaulatan negara’



BERKATI MAJLIS: Lebih 2,000 orang hadir pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Hari Pahlawan, di Masjid Negara, malam tadi. Antara yang hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, meminta pasukan keselamatan negara sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang serta mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke ‘titisan darah terakhir’.

Baginda bertitah, kecemerlangan dan pengorbanan perwira-perwira terdahulu dalam memastikan agama, bangsa dan negara serta kedaulatan negara dipertahankan, wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada pasukan keselamatan negara sekarang.

“Beta ingin mengingatkan, walaupun negara kita adalah sebuah negara yang sentiasa cintakan kedamaian dan kesejahteraan serta menjalin hubungan baik dengan semua negara, isu keselamatan global dan serantau memerlukan pasukan keselamatan yang kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ke atas kedaulatan negara yang tercinta ini,” titah baginda sempena Hari Pahlawan 2008.

Titah baginda disiarkan melalui RTM1 malam tadi.

Baginda juga meminta rakyat menghayati semangat taat setia tidak berbelah bahagi oleh pasukan keselamatan terdahulu apabila hasil perjuangan dan pengorbanan mereka menyebabkan negara aman dan sejahtera.

Baginda bertitah sempena sambutan Hari Pahlawan yang disambut hari ini, rakyat perlu mempertingkatkan lagi semangat kepahlawa nan, patriotisme, kesetiaan dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

“Semua rakyat perlu mempunyai iltizam yang murni ini kerana tugas dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan semata-mata, tetapi ia menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia,” titahnya.

Baginda juga berharap pada masa sama kredibiliti dan profesionalisme pasukan keselamatan perlu ditingkatkan agar menjadi sebuah organisasi yang sentiasa digeruni, dikagumi dan disegani.

“Perkara ini sudah terbukti pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa seperti dipamerkan anggota pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas mereka di luar negara, terutama dalam pasukan tugas pengaman antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Penugasan tugasan awam, di United Kingdom oleh Batalion Istiadat dari Tentera Darat Malaysia misalnya sudah mempamerkan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi di mata dunia,” titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah, secara langsung penugasan itu memperkenalkan negara ke mata dunia dan seterusnya menarik ramai pelancong dari luar negara.

Selain itu, baginda meminta rakyat Malaysia supaya tabah menghadapi kemelesetan ekonomi dunia yang berpunca daripada kenaikan harga bekalan makanan dan harga minyak global.

Baginda bertitah, dalam menghadapi ekonomi dunia tidak begitu memberangsangkan, rakyat diminta sama-sama berdoa semoga keadaan itu akan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

“Beta berasa amat bersyukur kerana situasi di negara ini jauh lebih baik berbanding negara lain.

“Justeru, beta berharap keadaan ini tidak akan mencetuskan situasi yang menjadikan negara kita tidak stabil, kacau-bilau serta huru-hara,” titahnya.

Tuanku Mizan bertitah sempena Hari Pahlawan, semua pihak di negara ini perlu mengenang dan menghargai jasa pahlawan negara terdiri daripada anggota tentera dan polis yang terkorban dan tercedera demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Nilai pengorbanan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan serta kedaulatan negara amat tinggi dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

“Keberanian mereka dalam memerangi musuh dan menjaga keselamatan negara memang tiada tolok bandingnya dalam menentukan rakyat jelata dapat menikmati kehidupan yang aman dan makmur,” katanya.

Titah baginda, bagi menghargai mereka, pahlawan yang masih hidup, termasuk balu dan keluarganya yang berkorban wajar diberikan sokongan dalam sebarang bentuk. � Bernama

Umno Perak ajak Pas bentuk kerajaan


Oleh Ridzuan Yop

bhnews@bharian.com.my


PERJELAS: Mohd Tajol Rosli pada sidang media mengenai kerjasama Umno-Pas di Ipoh, semalam.

Permulaan ke arah perpaduan orang Melayu: Tajol Rosli

IPOH: Umno Perak semalam mengajak Pas bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil Pas akan terus menjadi Menteri Besar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata tawaran itu adalah permulaan ke arah merealisasikan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kedua-dua parti dibubarkan bagi menubuhkan parti baru.

“Kalau nak mula kerjasama, gabungan ini boleh dimulakan di Perak. Umno Perak sedia bekerjasama dengan Pas menubuhkan kerajaan yang lebih kukuh kerana kita ada 28 kerusi (27 Umno dan satu MCA) dan Pas enam menjadi 34 kerusi,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno di sini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak mengulas saranan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, supaya Umno dan Pas membubarkan parti masing-masing dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatupadukan semua orang Melayu.

Ketika ini, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mempunyai 31 kerusi iaitu enam Pas, 18 DAP dan tujuh Parti Keadilan Rakyat.

Tajol Rosli berkata, Umno Perak sedia membenarkan wakil Pas terus menjadi Menteri Besar, manakala keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

“Saya sanggup terima Pas menjadi Menteri Besar dan saya sendiri tidak akan duduk dalam kerajaan negeri. Ini kerana kalau saya duduk dalam kerajaan, akan dikatakan saya sebagai Exco yang menguasai kerajaan Perak.

“Saya akan menjadi Adun biasa. Pada saya menjadi Adun biasa dalam kerajaan lebih baik daripada Adun biasa dalam pembangkang,” katanya.

Tajol Rosli juga berkata, walaupun bersetuju dengan pandangan Nik Abdul Aziz, beliau berharap Pas bukan saja menerima orang Melayu Islam, malah kaum Bumiputera lain di negara ini.

“Jika kerjasama membentuk kerajaan Perak antara Pas-Umno ini berlaku, kita juga sedia menerima Adun dari parti lain untuk bergabung termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pun DAP,” katanya.

Mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu keanggotaan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula, Tajol Rosli berkata, jika itu berlaku ia akan membuka ruang lebih luas untuk kerjasama Umno-Pas.

Bahasa Melayu bentuk perpaduan kebangsaan


Oleh Syuhada Choo Abdullah

choo@bharian.com.my


Prof Diraja Ungku Aziz

Ubah sistem pembelajaran baiki hubungan kaum: Ungku Aziz

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melakukan beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran, khususnya mengenai bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini, kata Prof Diraja Ungku Aziz.

Beliau berkata, perubahan itu perlu merangkumi semua peringkat persekolahan termasuk di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

“Bahasa Melayu penting untuk mewujudkan perpaduan, manakala bahasa Inggeris boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi negara.

“Pada masa kini, usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bahasa dilihat sebagai tidak begitu berjaya kerana berdasarkan kepada pemerhatian, kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi masih belum sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu.

“Sistem pembelajaran penting untuk wujudkan perpaduan negara. Saya rasa perpaduan negara melalui sistem ini masih tidak begitu berjaya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Pemuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi Bersama Kementerian Pelajaran di Universiti Putra Malaysia di Serdang, dekat sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi.

Ungku Aziz berkata, kementerian berkaitan perlu menyediakan satu agihan sistem pelajaran supaya pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu bermula dari peringkat yang mudah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

“Maknanya pelajar boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik, tidak rojak dan tidak telor. Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang betul, kita boleh lahirkan pelajar yang baik serta mewujudkan perpaduan kaum,” katanya

Sementara itu, Alimuddin ketika diminta mengulas perkara berkenaan pada sidang akhbarnya berkata, antara matlamat utama pendidikan negara sejak Laporan Razak 1956 ialah untuk mewujudkan perpaduan nasional.

Justeru, katanya, penggunaan bahasa Melayu diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara untuk mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

50 ahli Umno Jelutong keluar parti


PULAU PINANG: Seramai 50 anggota Umno bahagian Jelutong hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pembubaran 17 cawangan di bahagian itu, baru-baru ini.

Ahli Cawangan Kampung Paya, Ahmad Din yang mewakili kumpulan itu mendakwa tindakan Umno Pulau Pinang menutup cawangan itu dilakukan tanpa usul periksa.

“Kami kesal kerana mereka (Umno Pulau Pinang) menutup cawangan kami tanpa usul periksa dan Datuk Azhar Ibrahim (Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri) menipu pemberita mengatakan beliau telah menyiasat keanggotaan cawangan terbabit dengan menghantar surat kepada anggota cawangan,” dakwanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ahmad mencabar Azhar untuk menunjukkan surat itu, serta bukti penghantaran dan cop tarikh surat yang didakwa dihantarnya kepada anggota cawangan itu.

Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat tiga minggu lepas memutuskan membubarkan 17 cawangan Umno bahagian Jelutong berikutan pelbagai masalah termasuk anggota yang tidak wujud walaupun nama mereka ada dalam senarai cawangan berkenaan.

Malah Azhar sebelum ini menjelaskan pembubaran cawangan terbabit bagi memulihkan bahagian itu berikutan pelbagai masalah termasuk keanggotaan dan penyelewengan.

Berikutan keputusan Umno untuk membubarkan 17 cawangan itu, kesemua cawangan yang terlibat pada 15 Julai lalu telah mendesak MT Umno menarik balik pembubaran tersebut dalam tempoh seminggu.

“Sekiranya MT tidak menghiraukan desakan ini, kami yang mempunyai seramai 4,000 anggota akan menentukan arah mana hala tuju politik kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” kata bekas Naib Ketua Umno Bahagian Jelutong Syed Hussin Syed Mohamed.

Sebelum ini, Umno bahagian Jelutong mempunyai 42 cawangan dengan keanggotaan seramai 13,102 orang, dan selepas pembubaran itu ia kini mempunyai 25 cawangan. — Bernama

SURAT TERBUKA BUAT UMNO & PAS


Ahmad Hanbali bin Mokhtar

Ipoh, Perak.

Assalamaualaikum,

KITA berharap agar UMNO & PAS bersatu demi kepentingan Islam & juga Melayu. Kedua-dua parti ini adalah parti yang mempunyai majoriti kepimpinan Melayu. Mungkin dalam UMNO kita akui tidak Imageseramai dalam PAS barisan kepimpinan ulamaknya. Tetapi atas dasar ingin melihat kepentingan Islam dapat dimajukan kehadapan, saya melihat ada relevannya PAS & UMNO bersatu. Penyatuan ini penting untuk Islam dan Melayu.

Sampai bila lagi PAS & UMNO mahu berpecah? Adakah tidak ada rasa ingin melihat Islam dan seterusnya orang Melayu yang beragama Islam lebih dapat mengeratkan sillaturrahim politiknya. Apakah hari ini tidak mahu kita lihat kebanyakan pimpinan Melayu yang beragama Islam kuat kuasa politiknya supaya kita lebih gagah untuk meletakkan hukum Allah pada kedudukan paling atas?

Pimpinan UMNO & PAS perlu melihat kondisi penyatuan ini dalam jalur lebar yang lebih menguntungkan Islam dan Melayu. Jika hari ini orang Cina dan India majoritinya beragama Islam, sudah pasti lebih memudahkan kita untuk berbicara soal kepentingan Islam dengan lebih luas. Namun prejudis politik masih berlaku akibat kepelbagaian bangsa ini membawa kepada kepelbagaian fahaman ketuhanan.

Situasi yang paling menguntungkan Islam dan Melayu ialah apabila dua parti politik yang majoritinya dipimpin oleh pemimpin Melayu Islam ini bersatu maka sudah barang pasti rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa Melayu akan memberikan sokongan kepada kedua-dua parti ini. Namun keuntungannya akan hadir apabila berlakunya penggabungan ini.

Saya juga ingin mengingatkan, UMNO jangan sekadar mahu bersama ketika nampak seolah-olah mereka lemah lantas mahu bergabung dengan PAS, tetapi langkah-langkah ikhlas perlu di atur bagi memungkinkan penggabungan PAS & UMNO berkekalan serta mampu membawa keuntungan untuk Islam dan orang Melayu yang rata-ratanya Islam. Keadaan yang ada pada kita menunjukkan memang ada kebenaran orang Melayu Islam yang tidakpun beramal dengan sewajarnya dengan ajaran Islam.

Dalam masa yang sama juga terdapat pemimpin Melayu Islam juga yang agak kurang daya keimanannya. Melihat kepada keadaan ini, ada baiknya jika penggabungan PAS & UMNO membawa kepada usaha saling ingat-mengingati tentang soal besarnya tanggungjawab memimpin.

Apabila pemimpin sudah terbuka dan berlapang dada dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing, sudah pasti rakyat boleh memilih kepimpinan yang baik. UMNO dan PAS perlu terbuka, UMNO perlu terbuka untuk membicarakan soal kepentingan Islam dan PAS juga perlu terbuka dalam membincangkan soal kedudukan Melayu Islam yang agak meruncing akhlak, ekonomi dan politiknya.

Kita sedar, walau bagaimana cara kita mahu tegakkan Islam, soal kuasa adalah amat penting untuk lebih mudah kita memuliakan agama Allah.

Saya mencadangkan agar Pak Lah dan Nik Aziz serta Hadi Awang duduk semeja dan berbincang. Kenapa isu luar negara seperti isu Palestin kita boleh bersatu tetapi isu politik kita Melayu Islam ,kita tidak boleh bersatu? Bukankah penyatuan ini sesuatu yang baik untuk dilihat dalam politik Malaysia. Perbezaan fahaman politik tidak melunturkan nilai persaudaraan malah menyegarkan nilai – nilai kemanusiaan.

Kita perlu dalam mencorakkan politik negara ini tidak membunuh nilai-nilai kemanusiaan. Kita perlu eratkan silaturrahim dalam penyatuan politik. Kita tidak percaya kepada perpecahan politik Melayu akan bawa Islam kehadapan.

Orang PAS jangan hanya ingat dengan PAS kuasa politik Melayu Islam akan kuat tetapi percayalah hanya dengan penyatuan sahaja akan bawa kekuatan untuk menggerakkan Islam dengan lebih selesa. Apabila ada kekuatan yang utuh baru akan hadir penghormatan bangsa dan agama lain terhadap kita.

UMNO jangan hanya ingat jajaan soal semangat Melayu sahaja akan bawa kekuatan. selagi ada orang PAS selagi itu akan ada yang tidak setuju. Selagi ada orang UMNO selagi itu akan ada yang tidak setuju dengan PAS.

Jawapan untuk menidakkan ketidaksetujuan ialah dengan dan melalui penyatuan. Islam hebat kerana penyatuan. Muhajirin dan Ansar pun bersatu. Mungkin boleh kita andaikan UMNO ialah Ansar dan PAS ialah muhajirin. Adakah Muhajirin akan hidup selesa tanpa sokongan Ansar di Madinah? Adakah Ansar akan hidup selesa tanpa membantu muhajirin. Elok kita fikir-fikirkan tentang penyatuan ini. Bersatu demi keuntungan Islam dan Melayu.

Kita bicara soal Melayu juga sebab ramai Melayu yang Islam, dan jika hari ini ramai Cina dan India juga yang masuk Islam, agama ini akan jaga dan bantu mereka. Mana-mana ahli politik Melayu perlu ada memikirkan soal agama dalam kegiatan politik mereka. Tanpa kekuatan agama soal rasuah, moraliti dan integriti tidak akan berjalan dengan baik.

Maka apa yang baik dari UMNO dan apa yang baik dari PAS perlu digabungkan. Percayalah gabungan ini akan memberikan manfaat yang besar terhadap umat Islam dan Melayu. Sekian.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.