Kembalikan semangat Mahathirsme?

mahathir_23NEGARA kita hari ini semakin gawat dengan persoalan-persoalan yang melibatkan rasis, agama dan perkara-perkara yang melibatkan persoalan keharmonian antara kaum. Persoalan struktur kaum,sosial kontrak dan perlembagaan turut di persoalkan. Semakin rancak dan semakin berani – berasaskan hak untuk bersuara maka semua mempersoalkan apa sahaja yang mahu dipersoalkan dan segala larangan akan di label sebagai tidak demokrasi dan di tentang dari sudut politik untuk kepentingan politik.

Semua ini tidak wujud di zaman Tun Dr Mahathir memerintah dahulu. Kontrak Sosial adalah kontrak sosial – perjuangan Melayu adalah perrjuangan Melayu dan perjuangan kaum lain adalah perjuangan kaum lain. Tidak ada unsur mengatakan diskriminasi diperlakukan. Keharmonian tidak tergugat. Akhir pentadbirannya,imbul apa yang di sebut reformasi namun ia tidak langsung ada kaitan dengan rasis dan agama.

Kenapa sekarang ini semakin kuat dan bergema isu-isu sensitif diperkatakan? Kenapa hari ini persoalan agama dan hak kaum semakin deras dipersoalkan. Agak merisaukan kerana semua ini mampu menggugat keadaan sosio-ekonomi negara dan semua ini boleh diibaratkan sebagai bermulanya detik bom jangka dalam isu perkauman di negara ini.

Kedudukan ini mampu menjadi punca meledaknya konflik dalaman dan keadaan ini akan akhirnya menjadikan kita terjajah dari perbagai sudut. Sekiranya ini berlaku maka keadaan kita akan semakin runcing dan perjuangan berbentuk egois kaum ini mampu menghancurkan apa yang selama ini dicapai oleh negara kita ini.

Kita tidak mahu segala pembangunan dan kejayaan kita terlucut kerana kita sendiri gagal mengawal keadaan. Kita perlu menghalang virus ini dari terus menyerang,berkembang dan akhirnya mampu membunuh tamadun kita di negara ini.

Cara Mahathirsme – penyelesaiannya? Apa cara Tun Dr Mahathir – mengapa selama dia memerintah keadaan negara nampak lebih terkawal dan lebih terjamin. Apa cara Mahathir dan apa rahsia beliau. Mungkin apa yang nampak kelihatan adalah sikap tidak berkompromi beliau,sikap tegas beliau dalam menangani isu yang diterbitkan oleh egois kaum atau sikap cauvinisme yang wujud di kalangan kepimpinan parti – parti yang ada.

Mungkin ketegasan dalam penggunaan Akta ISA adalah penyelamat yang menjadikan satu bentuk senjata ofensif dan bukan defensif. Mungkin cara Mahathir dalam menangani isu dengan ketegasan ini yang dilabel oleh musuhnya sebagai diktator tetapi sebenarnya adalah strategi mampan dalam mengekalkan keharmonian.

Mungkin cara dan pendirian Dr Mahathir diperlukan sebelum detik bom jangka sampai ke kemuncaknya.

Kita mungkin perlu menganalisis apa yang dikatakan cara Mahathir atau Mahathirsme yang selama ini dapat membendung negara ini dari berdepan dengan masalah yang rumit – khususnya mengenai kaum dan agama. Ini perlu kita kaji – langkah strategi beliau – perang saraf beliau – konsep “drumming up” beliau dalam memperkenalkan sesuatu isu dan penyelesaian. Mungkin sikap yang dikatakan diktator itu adalah sikap ofensif dalam menyelamatkan negara kita dari terjebak dalam kancah pergelutan semasa.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.