Bogelkan PETRONAS : Jerangkap samar ?

ImageKITA masih lagi mencari keperluan sebenar di sebalik desakan banyak pihak untuk segala

bentuk pendapatan dan perbelanjaan PETRONAS ditelanjangkan kepada umum di Parlimen. Memang pada dasarnya, kita tidak punya banyak masalah dengan segala macam euforia keterbukaan dan ketelusan; tetapi seakan-akan wujud agenda politik di dalam desakan ini.

Dahulu, suara untuk mendesak PETRONAS membuka maklumat untung ruginya ini hanya didengari dari tekak pembangkang. Atas nama keterbukaan dan ketelusan, mereka seakan-akan cukup yakin banyak ‘dosa wang ringgit’ yang berselirat di sebalik bangunan pencakar langit yang menjadi kebanggaan negara itu. Kit Siang, Salahuddin Ayub adalah antara mereka yang kerap mengutarakan pandangan bahawa akaun PETRONAS mesti dibogelkan seluruhnya.

Kebelakangan ini, nada sama telah dilagukan oleh penyokong dan wakil rakyat Kerajaan sendiri. Mengutip ‘mantera’ ketelusan dan keterbukaan – maka bertempiaran sorakan menuntut PETRONAS dibogelkan juga. Apakah ini strategi politik meraih undi? Ataupun tindakan ‘terdesak dan tersedak’ untuk membuktikan Kerajaan telus dan terbuka.

Antara punca kejayaan PETRONAS selama ini adalah wujudnya ‘interference’ yang minimum di dalam syarikat minyak itu. Janganlah harapkan sangat ‘minit’ siapa pun untuk mendapat tempat/kontrak di PETRONAS. Semuanya mesti diasaskan merit dan wibawa.

Jangan hendaknya kita sekali terjun dalam ‘perangkap politik’ yang dimainkan oleh pembangkang dalam isu PETRONAS ini. Seingat penulis, setiap tahun, laporan kewangan PETRONAS sentiasa dilaporkan di dada akhbar,apa lagi yang nak dibogelkan ni?

Mungkin yang Salahuddin, Kit Siang dan yang senada dengannya nak tahu:-

– Berapa banyak projek yang telah diluluskan; dan syarikat mana yang mendapat habuannya? Ada kaitan dengan sesiapa – atau benar – benar berasaskan merit?

– Program Pembangunan Vendor dalam PETRONAS? Siapa punya akses? Adakah “cartel” tertentu?

– Berapa banyak lagi yang boleh dihalakan ke Sabah, Sarawak dan Terengganu (ambil hati…atau raih undi?)

Apa pun persoalan membongkar untuk ketelusan amat dialu-alukan tetapi jangan sampai pembongkaran sebenarnya adalah untuk tujuan “gah” politik akhirnya ada yang terbogel dan memalukan. Lebih buruk lagi ada pula isu yang akan bersangkutan dengan ras dan berbagai-bagai keadaan yang menampakkan keadilan tetapi tidak kesamarataan.

Adalah perlu untuk kita memastikan bahawa penjelasan tegas perlu dibuat dalam kita membicarakan keterbukaan Petronas ini. Kita mahu semua ketelusan akan menguntungkan semua pihak dan tidak akhirnya menyusahkan perkara-perkara lain dalam struktur masyarakat kita yang masih mentah lagi.

Hairan, kita sendiri dah mula berteriak untuk membogelkan syarikat yang diurus tadbir secara profesional oleh teknokrat Melayu. Agaknya kita dah lupa, berapa kali agaknya didesak dalam Perhimpunan Agung MCA agar PETRONAS membuka lebih luas ruang perniagaan kepada usahawan Cina. Mereka terus bogelkan kita…dan kita pulak sambut agenda ‘pembogelan’ ini dengan gah dan bersungguh. Tak dibogelkan pun mereka dapat; kalau dah bogel…habis la jawabnya.

Nota Kaki:

kena hati-hati dengan segala ‘agenda keterbukaan’ ini, jangan sampai terbuka, tertelus, terlondeh dan terbogel pekung sendiri sudah….lain pula jadinya nanti. yang mana kita boleh pertahankan…tampilkan kuasa untuk berbuat demikian.

Khairuddin Mohd
Zain@malaysia-hariini.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: