DAP tolak negeri bawah Pakatan contohi Kelantan

IPOH: DAP menolak cadangan Dewan Ulama Pas yang mahu semua negeri diterajui Pakatan Rakyat mengikut model pentadbiran Kelantan yang menghapuskan sama sekali premis judi dan mengehadkan penjualan arak di kawasan kediaman bukan Islam.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, berkata pihaknya sedar secara prinsipnya penjualan arak memang tidak digalakkan dari segi agama, malah negara Barat turut melarang pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia akan menyebabkan kemalangan.

“Sehubungan itu, cara yang paling berkesan untuk mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk dan tidak terkawal adalah melalui pendidikan awal,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Pas Ke-54 di sini, semalam.

Ngeh berkata, jika premis perjudian dilarang beroperasi tidak mustahil perjudian secara haram yang dikendalikan oleh mafia atau sindiket akan wujud dan menyebabkan penyalahgunaan wang berlaku secara berleluasa.

“Pusat perjudian boleh dibuka jika mendapat permit yang disahkan undang-undang dan mendapat kebenaran kerajaan serta pembukaan premis berkenaan haruslah secara minimum,” katanya.

Bagi penjualan arak, Ngeh memberitahu pengambilan alkohol dalam tujuan perubatan adalah baik dan kandungan yang digunakan boleh membantu melancarkan peredaran darah.

“Penggunaan alkohol secara minimum tidak akan memudaratkan sistem badan manusia dan kawalan daripada kerajaan adalah penting bagi memastikan pengguna tidak menyalahgunakan bahan terbabit,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: