Archive for August, 2008

Coretan Y.B Nurul Izzah..Ttg Papa dan Mama

Posted in MEDIA on 28 August 2008 by zanas

Dipetik daripada laman web : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016623&Itemid=90

RAMAI mungkin tidak menyangka bahawa saya hampir-hampir tidak sampai ke Permatang Pauh untuk penamaan calon papa di kawasan parlimen penuh lagenda itu.

Tetapi, itulah hakikat – hati saya tersepit untuk memilih sama ada ke Pulau Pinang atau memilih untuk hadir bersama pimpinan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam sebuah forum perbincangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Sabtu lalu.

Saya sentiasa setia bersama papa. Tidak pernah walau sesaat kasih saya terpisah darinya. Andai diturut kata hati, ingin saya peluk papa erat-erat, lindungi beliau daripada sengsara dan bahaya politik gila yang makin berleluasa.

Ingin saya paut lengan papa setiap masa, setiap hari, selagi saya masih bernadi.

Namun, saya punya tanggungjawab yang lain; sebagai ahli parlimen, sebagai wakil anak muda, dan walaupun beban terasa kadangkala, saya cuba untuk menjadi seperti Papa.

Papa satu dalam sejuta. Tidak sesiapa biarpun kami anak-anaknya, yang bisa jadi seperti dirinya. Papa tidak rapuh, Papa adalah jaguh!

Minggu ini untuk mahasiswa. Saya persiapkan hujah bangkangan AUKU yang kebanyakannya sudah diolah oleh PKAUM sendiri, dan yang selebihnya saya ambil dari Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU – gabungan yang dicuri ‘mayat’nya oleh pihak polis pagi tempohari di luar parlimen!

Tambahan pula, saya juga serba salah mahu melihat wajah papa. Siapa yang dapat menduga hiba di hatinya – dirampas pangkat dan hak selaku wakil di Permatang Pauh.

Ditangkap seperti penjenayah besar negara di kediaman sendiri, di hadapan ayah, arwah ibu, isteri, anak-anak, serta penyokong.

Sudah ditahan, dipukul pula oleh Ketua Polis Negara, sambil dibalut mata dan digari tangannya.

Gadis mana yang mahu memperkenalkan jejaka pilihan kepada papanya – di penjara.

Gadis mana yang tidak sebak menyaksikan papanya hanya kembali buat seketika; di hari bahagianya. Saya tahu, kekuatan Papa mengatasi kesedihannya.

Ketabahan Papa dan kesetiaan Mama menjadi sumbu perjuangan saya.

Selesai hukuman penjara oleh mahkamah yang dipengerusikan hakim-hakim zalim, Papa sibuk hari demi hari, berkempen menjelang Pilihan Raya Umum, menuntut kesabaran kami sekeluarga demi membina masa depan baru untuk Malaysia.

Mama sering bicara, Papa bukan milik kami semata-mata. Papa milik semua rakyat Malaysia. Cinta Papa kepada negara melebihi cintanya kepada keluarga. Kalam saya, Papa adalah wira.

Tiba di Permatang Pauh, bagai sireh pulang ke gagang, cuba mengutip sejarah pulangnya papa ke kampung halaman. Bagaimana saya sanggup menatap wajah papa pada hari tersebut – hari yang memperlihatkan kepada kita semua, manusia kerdil yang hanya mengharapkan kepada kuasa Allah SWT yang membolehkan segala-galanya berlaku: Pembebasan papa dan kembalinya papa ke persada politik tanah air, setelah diperlakukan kezaliman manusia.

Kala ini, saya menatap kembali sajak Rajawali karangan Rendra. Ya, seperti Rajawali, Papa akan membela langit dengan penuh setia!

Advertisements

Angkat sumpah hari ini

Posted in MEDIA on 28 August 2008 by zanas

Oleh Anwar Hussin, Zainab Mohd Yatim, Nazura Ngah dan Mohd Farid Noh
bhnews@bharian.com.my

Penasihat PKR dijangka dilantik Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen hari ini, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

“Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh sudah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata, segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Pandikar Amin berkata, beliau menerima surat pengesahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kemenangan Anwar di Permatang Pauh, pagi semalam.

Penasihat PKR itu dijangka akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik saja beliau mengangkat sumpah, menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu.

Profil

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

  • TARIKH LAHIR: 10 Ogos, 1947
  • LAHIR: Cherok To’ Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • ALAMAT: No 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • NAMA ISTERI: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
  • ANAK (6):
    • Nurul Izzah
    • Nurul Nuha
    • Mohd Ihsan
    • Nurul Ilham
    • Nurul Iman
    • Nurul Hana
  • JAWATAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • PENDIDIKAN:
    • Sekolah Kebangsaan Cherok To’ Kun Bukit Mertajam,
    • Stowell High School, Bukit Mertajam
    • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1960-1966
    • Universiti Malaya (1967-1971)
  • KERJAYA:
    • 1970 : Pengasas dan Pengarah Yayasan Anda Akademik
    • 1971 : Pengasas dan Presiden ABIM
    • 1974-1982 : Presiden ABIM.
    • 1982 : Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
    • 1982 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
    • 1983-1984 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
    • 15 Julai 1984-1986 : Menteri Pertanian
    • 1986-1991 : Menteri Pelajaran
    • 15 Mac 1991-3 September 1998 : Menteri Kewangan
    • 1 Oktober 1993-September 1998 : Timbalan Perdana Menteri
    • 9 Mei 1997 – Pemangku Perdana Menteri/Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) bercuti dua bulan)
    • 3 September 1998 – Datuk Seri Anwar dipecat daripada kerajaan

BPR gagal temui Nallakarupan

Posted in MEDIA on 28 August 2008 by zanas

PUTRAJAYA 27 Ogos – Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih gagal mendapatkan keterangan daripada Datuk S. Nallakarupan berhubung kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum Corporation Berhad.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya menghubungi bekas sahabat Anwar itu sejak beberapa hari lalu, tetapi gagal.

”Saya sudah beri arahan kepada pegawai saya (supaya menghubungi Nallakarupan). Kita sedang hubungi dia tapi belum dapat lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada BPR sudah meminta Nallakarupan tampil memberikan keterangan berhubung pendedahan yang dibuatnya Sabtu lepas.

Katanya, BPR perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan Nallakarupan itu bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Sabtu lalu, Nallakarupan yang pernah menjadi Pengarah Perhubungan Awam Magnum mendedahkan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah menerima RM60 juta daripada syarikat itu.

Nallakarupan membuat dakwaan itu ketika berucap pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.

Jadi sejarah sepanjang hayat – Arif Shah

Posted in MEDIA on 28 August 2008 by zanas


BUKIT MERTAJAM 27 Ogos – Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) menyifatkan pengalamannya mengharungi cabaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagai satu sejarah yang akan dikenangnya sehingga ke akhir hayat.

Sambil berjanji untuk terus memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan itu walaupun kalah dalam pilihan raya tersebut, Arif Shah berkata, peluang yang diberikan parti itu amat besar tanggungjawabnya kerana lawannya adalah ‘orang besar’ yang mempunyai pengaruh yang kuat.

”Walaupun kalah semalam, saya masih mampu tersenyum dan tidur lena. Ini kerana dalam politik semuanya boleh berlaku dan saya memang sudah bersedia dengan kedua-dua kemungkinan, sama ada kalah atau menang.

”Yang pasti dengan kudrat yang ada, saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan semua penduduk Permatang Pauh mendapat maklumat yang betul tentang apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Tenggiri di sini hari ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi.

Arif Shah memberitahu, beliau juga amat terharu dengan sokongan pengundi kepadanya, malah ada di antara mereka begitu sedih dan seakan-akan tidak dapat menerima kekalahan BN pada pilihan raya itu.

”Dalam pilihan raya ini, keadaan menjadi terbalik. Saya pula yang perlu menenangkan mereka (penyokong) supaya terima kenyataan, sepatutnya mereka yang kena menenangkan saya.

”Sejak petang kelmarin, sebaik keputusan secara tidak rasmi mula diterima, ramai penyokong datang dan menangis dan keadaan ini berlarutan sehingga kini,” katanya.

Arif Shah memberitahu, fikirannya kini lega tanpa perlu lagi memikirkan aktiviti dan program yang perlu dilalui seperti 10 hari kempen yang lalu.

Menurutnya, selepas ini beliau akan meneruskan rutin hariannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dengan memberi khidmat kepada masyarakat di kawasannya.

”Saya akan terus bekerja untuk rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik,” katanya.

Menang Di Gelanggang Sendiri

Posted in Uncategorized on 27 August 2008 by zanas


(Gambar: Apakah kemenangan ini membuatkan DAP menjadi lebih kuat lagi di Pulau Pinang?). Pada jam 10.02 malam, 26 Ogos diumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Anwar mendapat 31,195 undi. Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat mendapat 92 undi. Pak Sheikh menang di gelanggang sendiri. Tahniah untuk Pak Sheikh. Faktor utama menang ialah kerana ramai pengikut tegar Pak Sheikh di sana. Kata apa pun mereka akan ikut.
Anwar khabarnya telah mengetuai Pakatan Rakyat secara tidak rasminya setelah memenangi kerusi P44 di Permatang Pauh. Apakah selepas ini Anwar akan menjanjikan sesuatu yang lebih manis kepada DAP sebagai balasan kejayaan di Permatang Pauh? Anwar pernah berjanji akan memberi kerusi Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada orang Cina dan India, apakah perkara ini akan ditunaikan nanti? Dalam pada itu, ahli ahli UMNO sendiri harus bermuhasabah dengan apa yang telah berlaku di Permatang Pauh. Signal jelas menunjukan jika berlaku perpecahan yang besar dalam UMNO, maka rakyat akan mulai lari dari parti. Pemilihan atau pemulihan parti yang perlu diutamakan oleh ahli ahli UMNO di pelbagai peringkat?

“Anwar says that if he wins power he will sweep away economic and social privileges for ethnic Malays in education and the civil service, policies that he endorsed when in power, but which he now says have damaged the economy and the people they were supposed to help.” by Jalil Hamid, Washington Post, 26 Ogos, 11.26 am. Berikut adalah kenyataan Anwar yang dipetik dalam Washington Post berkaitan dengan cita citanya jika mendapat kuasa yang lebih besar iaitu menjadi orang nombor satu Malaysia. Washington Post pernah meramalkan Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan pilihan raya umum yang lepas. Kini selepas sejam keputusan diumumkan, Washington Post sekali lagi memberikan highlight kemenangan Anwar. Perhatikan baik baik satu persatu ayat-ayat Anwar terbabit. Social privileges adakah merujuk kepada DEB dan hak istimewa orang Melayu?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sidang akhbar Anwar kecoh…

Posted in MEDIA on 27 August 2008 by zanas

Beh Lih Yi -malaysiakini

Sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diisytiharkan memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, menjadi agak kecoh kerana sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta pengawal peribadi mantan timbalan perdana menteri itu.

Pertamanya, SPR enggan membenarkan Anwar menggunakan dewan tersebut untuk mengadakan sidang akhbarnya.

Ekoran itu, sidang akhbar tersebut terpaksa diadakan di luar dewan penjumlahan undi itu.

anwar pc permatang pauh 01 260808Sebaik sahaja selesai keputusan diumumkan, Anwar meninggalkan dewan untuk berucap kepada penyokongnya di padang institut tersebut.

Selepas Anwar selesai berucap, pihak media dimaklumkan bahawa penasihat PKR itu akan mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika menunggu di situ, pegawai SPR mengarahkan mereka supaya meninggalkan dewan tersebut.

Percubaan penyelaras media PKR, Ginie Lim berunding dengan pihak SPR untuk membenarkan sidang akhbar diadakan di situ, menemui kegagalan.

‘Kawasan larangan’

Sebaliknya, para pegawai SPR berkeras mengatakan sidang akhbar tidak dibenar diadakan di situ walaupun dewan berkenaan merupakan satu-satunya tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Pada masa lalu, seperti sewaktu pilihanraya umum 2004 dan 2008, sidang akhbar dibenar diadakan di dewan perjumlahan undi, selepas keputusan diumumkan.

anwar permatang pauh polling day 260808 13Ketika menutup pintu dewan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, beliau terpaksa melarang bukan kakitangan SPR berada di situ, kerana dewan tersebut masih merupakan kawasan larangan kerana kotak-kotak undi ditempatkan di situ.

Sebelum itu, kira-kira 500 orang, termasuk pemimpin parti politik dan media, berada di dewan tersebut untuk mengikuti pengumuman keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Ekoran tindakan SPR itu, kumpulan wartawan berkenaan terpaksa keluar dan sidang akhbar kemudiannya diadakan di luar dewan tersebut.

Kemudian timbul masalah baru dengan pengawal peribadi Anwar ketika para wartawan mahu menghampiri penasihat PKR itu untuk mendapatkan komennya.

Malah, sidang akhbar tersebut berjalan dengan diawasi ketat oleh para pengawal peribadi Anwar.

‘Sikap berlebihan’

Anwar dikawal rapi oleh spasukan pengawal peribadi, gaya pegawai elit polis, sejak kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh bermula pada 16 Ogos lalu.

Sebelum ini, Anwar menyatakan beliau memerlukan perkhidmatan pengawal peribadi kerana terdapat ancaman terhadap nyawanya.

anwar and his bodyguard utk permatang pauh by election 230808 02Bagaimanapun, ramai wartawan veteran berpendapat, pengawal peribadi Anwar itu bersikap ‘agak berlebihan’ dalam menjalankan tugas mereka.

Contohnya, di akhir sidang akhbar hari ini, mereka menolak wartawan ketepi ketika membawa Anwar beredar dari situ.

Sebelum itu, ketika Anwar tiba di dewan perjumlahan undi, pengawal peribadinya berulangkali cuba menghalang media daripada mendekati penasihat PKR itu.

Seorang daripada pengawal peribadi itu pula sering mengingatkan pihak media supaya ‘jangan merosakkan malam tersebut’ ketika meminta mereka berhenti mengambil gambar Anwar.

Sebenarnya, sikap SPR dan pengawal peribadi Anwar itu sendiri yang sebenarnya telah merosakkan malam untuk wartawan, yang hanya mahu bertugas mereka.

Arif Shah ikrar terus khidmat kepada rakyat

Posted in MEDIA on 27 August 2008 by zanas


TERUS USAHA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Arif Shah sebelum mengadakan sidang media di Bukit Mertajam, malam tadi. Turut hadir, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Amanah diberi pastikan warga Permatang Pauh dibela

BUTTERWORTH: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berikrar akan terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat berbilang kaum, walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, dekat sini, semalam.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya berkata, amanah yang diberikan rakyat apabila berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum, Mac lalu akan menjadi landasan untuk memastikan rakyat di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh dibela.

“Saya menghormati keputusan pengundi dan walaupun kalah, sekurang-kurangnya warga Permatang Pauh masih memberi sokongan kepada BN.

“Bagaimanapun, sekurang-kurangnya analisis dan muhasabah perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar,” katanya pada sidang media di Bandar Perda di sini, malam tadi.

Mengenai punca kekalahan itu, Arif Shah yang kurang sihat berkata, selain meneliti peratusan pengundi yang hanya 65 peratus, faktor cara berkempen dilakukan pembangkang juga menjadi penyumbang kepada keputusan itu.

“Faktor cuaca dan adanya ancaman disebarkan hingga menakutkan pengundi keluar mengundi juga menjejaskan peluang BN untuk menang,” katanya, selain mendakwa propaganda dan dak-yah disebarkan pembangkang menyumbang kepada kekalahan BN.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan mengenai berlakunya sabotaj di kalangan ahli Umno sepanjang kempen pilihan raya kecil itu, sebaliknya berpendapat semua ahli Umno setia dan beliau sendiri tidak bermusuh dengan sesiapa.

http://www.bharian.com.my

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.