PAS-Umno ‘pengkhianatan terbuka’

Jul 31, 08 2:16pm
DAP Selangor menyifatkan penggabungan PAS dengan Umno, jika menjadi kenyataan, sebagai “pengkhianatan terbuka terhadap para pengundi bukan Muslim”.

Setiausahanya Lau Weng San juga berkata tidak wajar pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak menghalang DAP “campur tangan” dalam rundingan rakan kongsinya itu dalam Pakatan Rakyat dengan Umno.

dap graftbuster pc 230409 lau weng san“Biarpun DAP tidak berhak untuk campur tangan dalam urusan dalaman parti rakan (PAS), tetapi DAP mempunyai hak untuk bersuara jikalau sesuatu perkara yang berlaku di dalam parti itu akan memberi impak terhadap sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat,” katanya.

“Tindakan beberapa orang pemimpin kanan PAS ini bukan sahaja telah menimbulkan kerisauan dan kemarahan ahli-ahli akar umbi serta penyokong-penyokong bukan Muslimnya, malahan mereka pula mempermainkan perkataan-perkataan seperti ‘muzakarah’ dan ‘muqabalah’.”

Lau berkata perbincangan sulit antara beberapa pemimpin kanan PAS dan Umno bukan sahaja tidak dimaklumkan kepada rakan-rakan yang lain di dalam Pakatan Rakyat, malahan kebanyakan ahli akar umbi PAS, termasuk ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat PAS yang turut tidak dimaklumkan terhadap pertemuan ini.

Beliau, yang juga wakil rakyat Kampung Tunku, berkata tindakan PAS itu “membelakangi konsep PAS untuk semua” yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS dan “satu pengkhianatan terbuka kepada pengundi-pengundi bukan Muslim dan pengundi-pengundi Muslim yang tidak menyokong dasar-dasar perkauman Umno.”

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.