BN pilih wakil paling sesuai

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my

PEKAN: Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim atau calon lain akan dibuat selepas BN menilai pandangan pemimpin peringkat bahagian dan masyarakat umum.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak menghentikan spekulasi mengenai calon kerana pertimbangan perlu dibuat sebaik-baiknya bagi menentukan kriteria calon paling sesuai diketengahkan dalam konteks pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

Beliau berkata, BN akan membuat persiapan secukupnya untuk menghadapi pilihan raya kecil itu, terutama memperkukuhkan jentera bagi memastikan kemenangan.

“Usah buat spekulasi mengenai calon. Pada peringkat sekarang, kita tak tahu apa keputusan terbaik sebab kita mesti ada pertimbangan dan mungkin kita nak tentukan kriteria tertentu calon sesuai untuk Permatang Pauh.

“Ezam (bekas Ketua Angkatan Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor) nak tawar diri pun, tak apalah… saya pun tak tahu lagi (sama ada calon orang tempatan dipilih) sebab kita kena tengok pandangan bahagian dan masyarakat umum dulu.

“Bagaimanapun, kita akan buat persiapan secukupnya sebab ini bukan kali pertama kita menghadapi pilihan raya kecil.

“Malah, saya difahamkan, Wanita Umno sudah adakan mesyuarat khas membincangkan soal persiapan Wanita menghadapi pilihan raya kecil itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pusingan ketiga Karnival GP Joran 2008, di Kuala Pahang, dekat sini semalam.

Najib berkata, kesibukan pemilihan Umno dan mesyuarat cawangan yang berlangsung sekarang tidak menjejaskan persiapan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau berkata, pemilihan akan berjalan seperti biasa dan persiapan pilihan raya juga akan diteruskan.

“Kita boleh jalan dua-dua sekali (pemilihan dan persiapan pilihan raya). Saya percaya bahagian lain tak ada masalah sebab ini hanya babitkan bahagian Permatang Pauh,” katanya.

Mengulas sama ada keputusan pilihan raya ini kelak boleh menggambarkan penerimaan sebenar rakyat terhadap BN pada masa ini, Najib berkata, ia bukan ukuran mutlak kerana pilihan raya kecil biasanya bersifat tempatan.

“Banyak pertimbangan atas isu tempatan atau isu tertentu yang mungkin tak ada kaitan dalam konteks nasional, walaupun saya sedar langkah Anwar bertanding dibawa sebagai isu nasional,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: