Talkin untuk UMNO, bersemadilah Barisan Nasional

ImageSELEPAS Ghapur Salleh, siapa pula? Itulah persoalan yang sedang hangat diperkatakan selepas Ahli Parlimen Kalabakan ini yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya lalu meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.

Perletakan jawatan Ghapur Salleh berbeda kalau mahu dibandingkan dengan YBM Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut dan juga Anifah Aman kerana kedua-dua mereka tidak mahu menerima jawatan Timbalan Menteri yang dicadangkan oleh Pak Lah manakala Ghapur Salleh meletak jawatan setelah beliau mengangkat sumpah menerima jawatan di depan Yang Di Pertuan Agung.

Apah sebenarnya mendorong kepada tindakan Ghapur ini ? Adakah beliau akan melompat parti seperti yang digembar gemburkan ataupun secara jelasnya, beliau juga telah hilang rasa hormat kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri seperti yang lain-lain?

Ghapur Salleh seorang ahli politik veteran yang kaya bahasa politiknya dan tindakan yang beliau ambil ini secara tidak langsung membayangkan bahawa beliau juga melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan Pak Lah kerana sehingga ke hari ini, Pak Lah masih gagal melihat segala isyarat yang rakyat serta pemimpin Barisan Nasional lain berikan. Pak  Lah masih tidak nampak ataupun buat-buat tak nampak pintu keluar.

Meskipun pemimpin Sabah sering dikaitkan sebagai pemimpin yang sering lompat parti namun tindakan Ghapur kali ini dilihat menyirat makna yang tersendiri. Seakan memberikan ruang untuk Pak Lah berfikir dan bermuhasabah diri bahawa dalam ketika beliau menganggap mendapat mandat daripada rakyat, beliau sebenarnya sudah hilang kepercayaan daripada kalangan ahli-ahli Parlimen sendiri untuk mengetuai kerajaan.

Kedegilan Pak Lah ini dilihat sama taraf dengan Idris Jusuh. Pak Lah seakan seorang pemimpin yang tidak tahu bahasa politik dan tindakan Pak Lah untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional bagaikan menyimpul satu andaian bahawa Pak Lah menganggap UMNO adalah harta pusaka milik keluarganya turun temurun. Ini jelas menggambarkan keikhlasan Pak Lah dalam memperjuangkan UMNO. Adakah Pak Lah tidak memperdulikan UMNO, sanggup mengorbankan UMNO untuk kepentingan diri sendiri.

Pak Lah sudah seharusnya menginsafi diri apabila Raja Perlis dan Sultan Terengganu menolak cadangan perlantikan Menteri Besar yang dibuat oleh Pak Lah dan Pak Lah seharusnya lebih memilih jalan untuk merenung ke dalam diri apabila hasratnya ingin melantik Ahli Parlimen sebagai anggota kabinet di tolak mentah-mentah.

Kenapa Pak Lah tidak melepaskan jawatannya untuk dipangku oleh Timbalan beliau? Apakah benar tuduhan yang sedang berlegar di luar sana bahawa Pak Lah sememangnya menjadi pak turut kepada menantu dan anak beliau? Apakah benar tomahan yang sedang hangat diperkatakan bahawa bukan sahaja anak menantu campur tangan tetapi turut membabitkan ibu kepada menantu beliau dan bolehkah kita bersetuju dengan beberapa pendapat sebelum ini bahawa selain daripada cabinet kerajaan, Pak Lah ada kabinet dapurnya tersendiri?

Soal pentadbiran Negara bukan soal yang main-main. Kesejahteraan rakyat tidak boleh diperdagangkan hanya kerana mahu kekal berkuasa dan kita bimbang sindrom peletakan jawatan dalam kerajaan yang dimulai oleh Ghapur Salleh ini merebak dan menjangkiti ahli-ahli parlimen lain. Kerajaan yang kukuh dan dipercayai oleh rakyat akan mampu menjanji masa depan Negara serta rakyat secara keseluruhannya dan sekiranya kebencian rakyat dan pemimpin ini tidak diambil kira, yakinlah, UMNO sedang nazak menunggu untuk dicabut nyawanya.

Benar, kita tidak menafikan bahawa kalau ada kerajaan lain, mereka juga boleh memerintah tetapi bersediakah rakyat dan negara untuk menerima sebuah kepimpinan baru yang masih mentah ataupun setengah masak untuk memerintah negara ini?

Dan mahukah kita yang selama ini mengecapi kejayaan hampir 50 tahun akan dimusnahkan dalam sekelip mata apabila ianya dipimpin oleh pemimpin yang hanya gila kuasa dan relakah kita membunuh legasi UMNO hanya kerana kita lebih mementingkan kaum keluarga semata-mata?

Apakah sebenarnya agenda Pak Lah? Kenapa Pak Lah terlalu buta hati tanpa mahu memikirkan segala kemungkinan yang bakal timbul? Apakah Pak Lah telah terputus hidayahnya daripada Allah S.W.T sehinggakan bersedia untuk mendengar suara-suara syaitan membisikkan ke telinganya sehinggakan keputusan yang Pak Lah buat ataupun akan dibuat sehingga ke saat ini masih belum ada yang boleh dibanggakan? Di mana iman Pak Lah, dimana tanggungjawab Pak Lah kepada negara? Di manakah rakyat kepada diri Pak Lah? Bertanggungjawablah Pak Lah.

Pak Lah sedar atau tidak, di luar sana sudah tidak ada perkataan yang baik-baik digunakan apabila berbicara tentang Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO? Ada atau tidak Pak Lah diberitahu, seluruh keluarga beliau termasuk menantu, anak, mak mertua dan kesemuanya sedang dianggap sebagai kucing kurap sehingga Pak Lah sendiri dikatakan sebagai manusia yang munafik, fasik dan berbagai-bagai lagi perkataan yang sama maksud dengannya.

Cukuplah Pak Lah. Marilah kita sama-sama beristhikarah supaya Negara dan rakyat akan lebih makmur apabila Pak Lah meletakkan jawatannya. Jangan kerana kita mempertahankan kuasa sehingga Negara tergadai dan akhirnya tujuh keturunan melayu akan bina tandas di atas pusara kita. Biar kubur kita disiram mawar dan bukannya kencing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: