APA sudah jadi dengan PAS ?

APA sudah jadi dengan PAS ? Idealisme perjuangan parti tersebut semakin pudar. Tindakan bersekongkol dan sanggup menjadi badut kepada pakatan yang tidak selari dengan dasar tubuh perjuangan parti itu membuktikan bahawa PAS semakin tergelincir dari wajah Islamik mereka dan sejak akhir-akhir ini PAS menjadi semakin keliru serta membingungkan.

Di Perak, hanya kerana mahukan jawatan Menteri Besar, mereka sanggup mejadi boneka, mereka sanggup melacurkan parti mereka dan membiarkan DAP dan beberapa kerat pemimpin bukan Melayu dalam KeAdilan menjajah minda gerakan parti itu.

Sekiranya benar ada perjanjian Pangkor II seperti yang didedahkan oleh abang Menteri Besar Perak itu, PAS harus bertaubat untuk membersihkan parti mereka dan PAS harus mengakui bahawa memang benar selama ini mereka hanya memperalatkan Islam demi mengejar kedudukan serta kuasa politik semata-mata.

Di bawah pimpinan Haji Hadi, PAS menjadi semakin hina dan tidak bermaruah. PAS menjadi parti yang lebih sekular daripada UMNO yang selama ini PAS labelkan berbagai-bagai gelaran. Hala tuju parti ini semakin mengarut dan hanya kerana kebencian serta dendam peribadi terhadap UMNO dan Barisan Nasional, PAS menghalalkan apa sahaja matlamat asalkan mereka boleh berkuasa walaupun pada hakikatnya, PAS telah memperdagangkan maruah partinya.

PAS tunduk kepada kehendak DAP yang sedang melecehkan dasar tubuh parti itu. Pemimpin PAS akhirnya menjadi burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak faham maksudnya. PAS telah memusnahkan kepercayaan orang Melayu yang selama ini menyokong parti itu dan mengharapkan akan menjadi parti alternatif kepada UMNO namun setelah diberikan kuasa untuk memerintah, PAS hanya dilihat sekadar berpeluang untuk mencuci tandas dan menggantikan langsir semata-semata.

PAS langsung tidak berperanan dalam pakatan pembangkang. PAS hanya sekadar sebuah pelengkap kepada satu jalan cerita yang akhirnya menjadikan PAS tewas namun kerana mahu turut terbabit kononnya berjaya menukarkan persepsi rakyat daripada UMNO ataupun Barisan Nasional kepada pembangkang, PAS sanggup walaupun akhirnya terpaksa menjadi pengalas kaki kepada KeADILan dan DAP.

Parti ini dan sebahagian daripada pemimpinnya sudah menjadi sesat dan menyesatkan. Cemuhan dan kejian yang selama ini mereka lemparkan terhadap pemimpin UMNO akhirnya telah dipulangkan kepada mereka dan PAS harus menelan kejian yang selama ini menjadi budaya mereka tatkala mengkritik UMNO dan pemimpin Barisan Nasional.

Situasi sama di Selangor, Hassan Ali hanya umpama awak-awak dalam pasukan dikir barat dan sudah jadi seperti melukut di tepian gantang dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Hassan Ali melihat sahaja pertumbuhan tempat-tempat maksiat dan segala macam perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh DAP dan KeADILan dalam masa 100 hari pembangkang menguasi negeri ini. Hassan Ali dan seluruh penyokong PAS bersubahat mengkhianati parti mereka sendiri dan pakaian PAS yang selama ini Hassan Ali dan wakil rakyat PAS lain pakai hanyalah sekadar menutup wajah mereka yang sebenar.

Mereka ini bertanggungjawab merosakkan segala kebaikan yang pernah Barisan Nasional lakukan selama ini. Mereka jual prinsip, mereka peralatkan Islam, mereka sanggup menjadi seperti watak Kadi dalam filem Musang Berjanggut. Mereka sanggup jadi seperti musang berbulu ayam. Mereka rela melihat sahaja Selangor sedang dipotretkan negeri yang penuh dengan segala kemaksiatan tanpa membantah ataupun bertindak apa-apa. Mereka akhirnya menjadi lebih materialistik daripada apa yang rakyat jangkakan. Jiwa Islam dan Melayu mereka terlalu miskin apabila sudah ada kuasa.

Mereka menggunakan kepetahan berhujah dan berceramah hanyalah sekadar mahu mengabui mata rakyat, menipu undi rakyat serta masa depan dasar tubuh parti itu tetapi apabila rakyat memberi mandat, pemimpin PAS ini mengkhianati amanah dan tanggungjawab itu. PAS terlalu banyak bersekongkol dengan segala bentuk yang Islam larang di Selangor.

PAS membisu apabila syariat dipermainkan. PAS tunduk mengalah apabila DAP dan KeADIlan mempersoalkan kontrak sosial yang membabitkan kepentingan Melayu. PAS sanggup menghalalkan segala yang haram yang dibuat oleh rakan-rakan sekutu mereka dalam pembangkang. PAS ditangani pemimpin bernama Haji Hadi bukan lagi merupakan sebuah parti berlandaskan Islam. PAS di bawah kepimpinan Haji Hadi semakin hari semakin ramai melahirkan pemimpin yang fasik dan munafik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: