Pas, DAP mungkin ada pakatan rahsia’

PUTRAJAYA: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, semalam mempersoalkan tindakan Pas mengenakan syarat pelaksanaan hukum hudud dan qisas untuk bergabung dengan Umno, tetapi tidak berbuat demikian apabila parti itu bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, tindakan Pas itu mungkin kerana ia sudah mewujudkan pakatan rahsia dengan DAP yang sebelum ini menentang keras isu hudud dan qisas serta penubuhan negara Islam.

“Saya berasa patut tanya DAP apakah selama ini mereka sudah ada pakatan rahsia antaranya dan Pas yang DAP sudah sedia laksanakan hudud dan qisas dan membolehkan kedua-dua parti pembangkang ini bekerjasama antara satu sama lain.
“Cuba tanya pemimpin DAP selama ini mereka bersedia dengan PAS kerana mereka sudah memberi… mungkin jaminan bahawa mereka bersedia memenuhi kehendak Pas,” katanya di sini, petang semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam bahawa pelaksanaan hukum hudud dan qisas menjadi satu daripada cadangan parti itu jika penggabungan dengan Umno menjadi realiti selepas pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti itu.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penutupan Seminar dan Pameran Pelancongan Islam Global anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM).

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, adalah lebih baik bagi pemimpin Pas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Umno mengenai rancangan menyatukan orang Melayu dan kepentingan umat Islam daripada mengenakan syarat.

Katanya, apa yang dikehendaki rakyat, terutama pada peringkat akar umbi ialah melihat negara ini terus maju berbanding berbalah sesama sendiri.

“Sebarang perkara yang hendak dilakukan bergantung kepada keikhlasan kita sama ada mahu duduk bersama dan berbincang atau sebaliknya kerana kalau hendak berbuat demikian boleh cari beratus alasan serta kalau tak nak juga boleh beri beratus alasan.

“Apa pun, saya serahkan kepada pucuk pimpinan Umno untuk meneruskan sebarang usaha sebab kita fikir yang baik untuk bangsa Melayu dan tidak mahu berbalah sesama sendiri dan akhirnya melahirkan ekstremis menyebabkan perpecahan dan serangan kepada orang bukan Melayu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: