Kerajaan kaji turun harga petrol, diesel

PUTRAJAYA: Kabinet semalam membincangkan kemungkinan menurunkan harga minyak petrol dan diesel di pam berikutan penurunan harga minyak mentah dunia baru-baru ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, mengesahkan bahawa Kabinet membincangkan perkara berkenaan.

“Kabinet sedang mengkaji perkara itu tetapi (kita patut) membiarkannya kepada Perdana Menteri… beliau akan membuat pengumuman,” katanya tanpa enggan mengulas lanjut.

Seorang lagi menteri yang enggan namanya disiarkan berkata, Kabinet membincangkan perkara berkenaan secara komprehensif.

Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat sama ada harga bahan api itu akan diturunkan.

“Perbincangan diadakan memandangkan penurunan harga minyak dunia dalam beberapa hari lalu. Seperti yang kita dapat lihat, harga turun naik. Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat.

“Saya pasti ini akan juga dibincangkan ketika mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Inflasi yang akan diadakan minggu depan. Tunggu dan lihat saja nanti,” katanya.

Harga petrol di pam dinaikkan 78 sen kepada RM2.70 seliter dan diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berikutan penstrukturan semula subsidi bahan api pada Jun lalu.

Harga minyak dunia kemudian meningkat kepada AS$140 (RM448) setong dan pernah mencecah AS$147 (RM470) setong tetapi baru-baru ini terutama sejak beberapa minggu lalu, harga menurun kepada AS$122 (RM390) setong kelmarin.

Walaupun subsidi bahan api dikurangkan, kerajaan mengumumkan dan melaksanakan langkah membantu golongan tertentu untuk meringan beban mereka berikutan kenaikan harga minyak.

Ini termasuk memberikan rebat tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian dan RM150 kepada pemilik motosikal. Pelbagai subsidi lain turut diberikan kepada golongan lain termasuk nelayan dan pengendali syarikat bas serta teksi.

Bagaimanapun, pelbagai kumpulan lain menuntut lebih banyak subsidi atau bantuan.

Ketika harga minyak dunia mulai menurun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata, harga petrol di pam akan turun jika harga minyak mentah kekal rendah untuk tempoh tertentu.

“Apa yang kita tidak mahu ialah harga turun untuk satu atau dua hari, tapi kemudiannya naik semula,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: