PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.

Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar.

Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Isu ini juga dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Maka, tidak akan wujud lagi alasan tidak menghantar anak-anak ke sekolah disebabkan desakan hidup. Seterusnya, pendemokrasian pendidikan turut memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan diri serta kepentingannya dalam menentukan kelangsungan atau kesinambungan kegemilangan negara.

Slogan “satu Malaysia” mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian pendidikan ini. “satu Malaysia” mendahulukan rakyat dalam segala aspek tidak mengira kaum dan bangsa terutamanya dalam pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat sama ada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu serta kanak-kanak ‘down syndrome’ juga mendapat pendidikan dalam negara.

Oleh sebab itu, kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SKJ(C), SKJ(T) dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan. Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini iaitu bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi bagi mereka yang layak bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Hal ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan untuk membangunkan pendidikan dalam kalangan rakyat supaya tidak ada lagi golongan yang hilang dalam arus pendidikan terutamanya generasi yang akan menjadi peneraju pucuk pimpinan kelak.

Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju agar hasrat kerajaan untuk membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana.

SUMBER : Nota Guru Pelatih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: