Dimana tanggungjawab Cina dan India?

ImageADA sesuatu yang tidak kena apabila kita mengulas tentang kekalahan Barisan Nasional melalui Pilihanraya Umum yang lalu. Banyak pihak menuding jari kepada kegagalan UMNO, UMNO dipersalahkan, pemimpin UMNO dikatakan punca kepada merudumnya sokongan rakyat. UMNO dilabelkan dengan berbagai-bagai label. Benar, secara realisitik, kita mengakui bahawa UMNO lah punca, kepimpinan UMNO lah puncanya kerana UMNO menjadi parti tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional.

Tetapi dalam masa yang sama, kita kurang memberi perhatian kepada peranan yang dimainkan oleh parti sekutu Barisan Nasional seperti MCA, Gerakan, Parti Progresif Rakyat (PPP) dan juga MIC. Komponen ini dilhat seperti tidak bersalah di atas kegagalan Barisan Nasional, ketiga-tiga parti ini seakan sepakat menuding jari kepada UMNO sedangkan dalam masa yang sama mereka dilihat tidak bermuhasabah diri untuk turut sama memikul tanggungjawab dan kesan daripada kekalahan tersebut.

Kita harus mengakui, kekalahan teruk Barisa Nasional baru-baru ini apabila kaum Cina dan India menolak gagasan Barisan Nasional, kedua kaum yang terbesar ini telah hilang taat setia dan semangat perkongsian kuasa negara kerana sebab-sebab yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Kaum Cina dan India yang selama ini mendapat berbagai-bagai keistimewaan hasil dari kegigihan Barisan Nasional membangunkan Negara akhirnya memilih untuk menggigit tangan kerajaan yang memberikan mereka makan selama ini.,Adakah Cina dan India sudah lupa budi Barisan Nasional?

Adakah Cina dan India dan juga sebahagian Melayu adalah satu kelompok bangsa yang tidak tahu mengenang jasa ? Adakah mereka ini merasakan bahawa segala yang Barisan Nasional berikan kepada mereka selama 50 tahun ini tidak cukup lagi ? Apakah mereka ini telah menjadi kaum yang tamak hinggakan mereka begitu mudah diperdayakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang tandus idea politiknya ?

Ataupun mereka ini sengaja mahu menjadikan kekalahan Barisan Nasional ini sebagai setu peluang untuk menuntut daripada kerajaan yang tinggal nyawa-nyawa ikan ini peluang-peluang lain lagi ?

Sentimen kebencian yang mereka mainkan akhirnya berjaya mengheret mereka untuk masuk ke dalam perangkap pembangkang dan secara tidak langsung, lima buah negeri berjaya diperintah oleh pakatan pembangkang.Hari ini menjadi satu tanggungjawab yang cukup besar kepada Ong Tee Keat, Ng Nyen Nyen, Ong Ka Chuan, Liew Tiong Lai dan beberapa kerat lagi pemimpin-pemimpin Cina yang berada dalam kabinet untuk merangka strategi bagi menarik kembali sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.

Pelantikan mereka dalam kabinet bukan sekadar mahu makan gaji, bukan sekadar mahu berkhidmat seperti cogan kata parti masing-masing tetapi dibahu mereka terpikul amanah yang cukup besar, memastikan maruah Barisan Nasional kembali dihormati oleh orang-orang Cina. Memastikan Barisan Nasional terus relevan untuk orang-orang Cina.

Mereka tidak seharusnya goyang kaki dan selesa di kerusi empuk masing-masing sebagi Menteri ataupun Timbalan Menteri tetapi mereka mempunyai tugas yang cukup besar.

Menepis dan memperbetulkan persepsi masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional adalah tanggungjawab yang mereka perlu laksanakan dalam waktu terdekat ini. Menangkis hujah dan dakyah songsang DAP, PKR dan PAS adalah suatu tugas utama yang perlu mereka dahulukan.Mereka tidak boleh menyalahkan UMNO semata-mata.

Mereka tidak boleh menyalahkan Pak Lah semata-mata dan mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa, yang perlu disalahkan adalah diri sendiri ataupun parti masing-masing kerana kita menganggap, kita berada di dalam keadaan yang cukup selesa. Satu bedah siasat perlu dibuat dan diberitahu kepada umum hasilnya, kenapa orang-orang Cina menolak Barisan Nasional.

Begitu juga dengan MIC dan juga Gerakan, mereka turut kena bertanggungjawab. Mereka perlu turut sama menginsafi diri. Mencari punca kepada kekusutan sehinggakan begitu mendadak wujud kebencian kepada Barisan Nasional sedangkan mereka telah melaksanakan tanggungjawab membangunkan masyarakat India di Malaysia ini.Tidak perlu menyalahkan pembangkang.

Pembangkang akan menjanjikan apa sahaja walaupun mereka tahu tidak mampu menunaikannya asalkan parti mereka menang. Itu kerja pembangkang, matlamat menghalalkan cara.MIC perlu melakukan reformasi dalaman seperti mana UMNO yang sedang berusaha melakukan pembaharuan politik dan kepimpinannya. MIC perlu seperti MCA, melihat ke dalam diri, mencari punca kenapa orang-orang India tergamak menolak MIC dan menyokong parti lain.

Selama ini UMNO terlalu yakin dengan MIC, MCA, Gerakan dan PPP tetapi akhirnya keyakinan UMNO itu dibalas oleh kaum Cina dan India dengan menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dan kita percaya kesan daripada penolakan inilah menjadikan UMNO seperti kapal yang sedang belayar megah meredah lautan tetapi dalam masa yang sama. orang-orang yang UMNO percaya telah menebuk kapal dari dalam dan hampir menenggelamkan kapal tersebut. Adakah ini bermakna UMNO ada musuh dalam selimut ataupun mereka ini umpama api dalam sekam?

Dan orang Melayu harus menjadikan Peristiwa Perang Uhud sebagai iktibar bagi menempuh cabaran kepimpinan di masa akan datang. Harap-harap mereka tidak lagi terpedaya dengan janji-janji emas daripada pembangkang yang mana akhirnya hanya suasa yang mereka peroleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: