DUN Penanti: PRM akan bertanding…PAS Permatang Pauh desak letak calon



Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengumumkan calonnya, Dr Mansor Othman akan menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya kecil DUN Penanti yang dijadual 31 Mei depan, kalangan parti pembangkang lain nampaknya tidak akan membenarkan PKR selesa di DUN Penanti. Ini ekoran perkembangan terbaru apabila parti asal yang sepatutnya dibubarkan untuk bergabung dengan PKR iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM)
membuat keputusan untuk meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil tersebut.

Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis berkata, parti itu telah memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.

Katanya, Biro Politik parti itu telah bermesyuarat dan meneliti perkembangan politik semasa tanah air serta calon yang akan dikemukakan pada pilihan raya kecil tersebut.

Keputusan Biro Politik PRM ini selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pusat PRM yang dibuat sebaik sahaja pimpinan baru mengambil-alih kepimpinan PRM setelah pucuk pimpinan lama beramai-ramai meninggalkan PRM dan memasuki parti lain.

“Ketetapan PRM ialah PRM akan menyertai semua bahagian pilihan raya umum dan mana-mana pilihan raya kecil akan datang.,” katanya.

Sewaktu PKR hendak diwujudkan, ada persefahaman awal PRM akan dibubarkan dan menyertai PKR tetapi cadangan tersebut ditolak, dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk bekas Presidennya, Dr Syed Husin Ali telah keluar meninggalkan PRM dan menyertai PKR.

Menurut Swe Yong, PRM berkesimpulan bahawa pilihan raya kecil Penanti adalah satu pilihan raya kecil biasa.

Katanya, penyertaan PRM di Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955.

Sementara itu, PAS Kawasan Permatang Pauh, turut mendendangkan lagu lain berhubung soal pilihanraya kecil DUN Penanti.

Sekalipun PAS merupakan sekutu rapat PKR dalam pakatan pembangkang, menurut sumber PAS kawasan itu, semasa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon parti itu di Yayasan Aman, Selasa malam, jawatankuasa PAS kawasan berkenaan telah mengadakan mesyuaratnya.

Keputusan mesyuarat tersebut ialah, PAS Kawasan Permatang Pauh mendesak pucuk pimpinan PAS Pusat meletakkan calon parti berkenaan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Ikut sumber itu lagi, semasa Anwar umumkan calonnya, tiada seorang pun pemimpin PAS setempat yang hadir kerana mereka tetap mahukan PAS bertanding.

Namun seperti mana biasa, akhirnya pakatan pembangkang dijangka akan akur dengan keputusan Anwar bahawa DUN Penanti adalah kerusi PKR dan PAS tidak berhak untuk bertanding.

Dengan pengesahan PRM akan meletakkan calonnya, PKR akan berhadapan dengan parti itu serta seorang calon bebas yang merupakan bekas ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah. –

Kerajaan Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu


drkhirblog1. Dalam Islam, keadilan merupakan antara aspek terpenting. Sama ada sesama Islam atau juga terhadap bukan Islam, keadilan harus dipertahankan. Keadilan bermakna meletakkan sesuatu di tempatnya. Ini jauh berbeza dengan konsep kesamarataan mahu pun sama taraf; yang kadang kala boleh menjadi hukum rimba di mana yang kuat mendapat semua, yang lemah menjadi mangsa.

2. Dalam konteks inilah saya menyambut baik sebahagian pengumuman keputusan Kabinet dalam menangani isu penukaran agama baru-baru ini. Keputusan kerajaan memberi hak kepada mahkamah sivil memutuskan isu-isu kekeluargaan terhadap pasangan bukan Islam yang berpisah kerana bertukar agama (termasuk memeluk agama Islam) adalah satu usaha untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

3. Memang boleh difahami bahawa keputusan kabinet ini berdasarkan beberapa tindakan yang tidak bertanggungjawab individu tertentu yang menggunakan nama Islam untuk merampas hak jagaan anak-anaknya daripada pasangan bukan Islam mereka. Ada juga antara mereka melepaskan tanggungjawab nafkah atau saraan anak-anak menggunakan keadaan konflik antara mahkamah Syariah dan Sivil. Mereka ini hanya memberi imej yang buruk kepada Islam.

4. Undang-undang harus berlaku adil tanpa mengira fahaman, agama dan bangsa. Sebab itu ada kebaikan besar apabila kabinet membuat keputusan bahawa dalam sebarang pertikaian keluarga yang membabitkan kes penukaran agama (termasuk Islam) hendaklah dirujuk kepada mahkamah sivil.

5. Namun kebaikan itu saya fikir telah musnah apabila kabinet juga membuat keputusan yang bertentangan sama sekali dengan konsep keadilan. Keputusan kabinet bahawa anak-anak kepada pasangan yang menukar agama kekal dalam anutan asalnya adalah tidak wajar dan bukan satu bentuk keadilan.

6. Mahkamah Sivil telah pun mempunyai panduan dan undang-undang dalam menentukan siapa penjaga anak-anak tersebut. Justeru adalah tidak wajar kabinet mendahului keputusan Mahkamah dengan memutuskan siapa yang layak menjadi penjaga.

7. Keputusan kabinet yang berdasarkan agama anutan seseorang juga merupakan satu diskriminasi kepada penganut agama Islam atau mereka yang ingin memeluk Islam.

8. Tampak seolah-olah kabinet telah pun menjatuhkan hukuman ke atas saudara baru Islam sebagai tidak layak menjadi penjaga hanya kerana mereka beragama Islam. Apakah ini bukan satu bentuk diskriminasi agama?

9. Keputusan kabinet ini juga merbahaya kepada kehidupan sosial masyarakat. Bagaimana jika pasangan yang tidak menukar agama tersebut merupakan seorang yang tidak layak untuk menjadi penjaga? Apakah akan terjamin nasib anak-anak tersebut?

10. Jika kita mahu berlaku adil maka biarkan sahaja Mahkamah menentukan siapa penjaga yang layak dalam kes penceraian kerana bertukar agama ini.

11. Kabinet sepatutnya membenarkan undang-undang sedia ada menentukan siapa yang berhak menjadi penjaga anak-anak yang terbabit dalam penceraian tersebut. Selepas hak penjagaan diberikan maka terserah kepada penjaga tersebutlah untuk mendidik anak-anak jagaannya.

12. Pengumuman mengenai agama anak-anak yang penjaga mereka bertukar agama juga menimbulkan kekeliruan. Orang ramai tertanya-tanya apa akan terjadi jika kedua-dua penjaga tersebut menukar agama; apakah anak-anak mereka perlu kekal dalam anutan asal semasa mereka berkahwin?

13. Kabinet sewajarnya memperhalusi isu ini sebelum membuat kenyataan yang sedemikian besar kesannya. Jangan nanti keputusan yang dibuat seperti tikus membaiki labu.

Kepada mereka yang menjaga kepentingan Islam dalam kabinet saya berharap jangan kita dengar guruh di langit, maka air ditempayan dicurahkan.

Usul lucut jawatan Sivakumar sebagai Speaker


Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

zambry abdul kadirUsul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

“Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat,” katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

nga kor mingSementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker

Beliau yang juga ADUN Sungai Remis dan ahli Parlimen Taiping merasa terkejut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang luar biasa.

Sehubungan itu, Nga mengecam BN kerana menggunakan Abdullah yang telah dipecat oleh Speaker sebelum ini, utnuk mengeluarkan surat tersebut.

Katanya, semua itu menunjukkan bahawa BN telah bertindak sewenang-sewenangnya.

V SivakumarKatanya, menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker (Sivakumar) mempunyak hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya.

Nga menyamakannya dengan tindakan Speaker DUN Melaka menolak usul tidak percaya yang dibentangkan oleh wakil DAP terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam minggu lalu.

Beliau mendakwa tindakan Zambry itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. masih belum selesai.

Najib umum pembaharuan…bakat swasta boleh dilantik ke perkhidmatan awam


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib hari Selasa mencadangkan pembaharuan sektor perkhidmatan awam dengan memperkenalkan dasar terbuka dengan membenarkan jawatan-jawatan utama sektor itu dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta.

Malah katanya, jawatan utama kerajaan juga harus dibuka kepada pegawai-pegawai perkhidmatan lain dan bukan hanya daripada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD).

“Dari segi pembaharuan structural, pertamanya saya ingin mencadangkan kaedah sistem kemasukan pelbagai peringkat’ ke dalam perkhidmatan awam. Di bawah konsep ini kita akan dapat memanfaatkan proses cross fertilization di antara bakat-bakat sektor awam dan sektor swasta,” katanya semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Putrajaya.

Selain cadangan tersebut, Najib turut mengutarakan gagasan agar pegawai-pegawai awam boleh dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai GLC dipinjamkan ke sektor awam.

“Dengan cara ini pegawai perkhidmatan awam boleh didedahkan kepada keperluan sektor swasta yang merupakan peneraju utama pertumbuhan negara,” ujarnya.

Beliau turut mahukan perkhidmatan awam mempunyai pelan pembangunan dan pencarian bakat kerana pengenalpastian bakat yang mantap akan menjadikan sesebuah organisasi hebat. Sistem tersebut kini dilaksanakan oleh PETRONAS, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Bank Negara.

Dalam ucapannya juga menggariskan empat anjakan dalam proses modenisasi paradigma perkhidmatan awam agar sektor tersebut sesuai dengan pencapaian kejayaan pada alaf baru.

“Apa yang saya maksudkan dengan anjakan paradigma adalah pertamanya anjakan dariapda ketegaran kepada keanjalan. Anggota perkhidmatan awam seharusnya menyedari bahawa kerajaan tiak mencipta kekayaan.

“Peranan ini dimainkan oleh sektor swasta yang mencipta kekayaan, dari kekayaan yang dicipta pihak swasta, kerajaan mempunyai saham yang dikutip di dalam bentuk cukai,” jelasnya.

Anjakan kedua katanya, ialah beralih dariapda budaya ‘output’ dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek ‘outcome’ atau dampak keberhasilan secara holistik.

Ketiganya, beliau mahu anjakan dibuat dariapda birokrasi yang menyukarkan kepaa birokrasi yang memudahkan.

Manakala keempat pula ialah anjakan dariapda produktiviti samata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi.

Dalam ucapan sulungnya bertemu dengan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam tersebut, Najib menegaskan usaha modernisasi perkhidamtan awam bukanlah usaha yang “hangat-hangat tahi ayam”.

“Saya tidak mahu mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam di dalam usaha pembaharuan ini. Saya mahu mengatakan kepada anggota perkhidmatan awam bahawa apa yang saya katakana hari ini, apa yang saya janjikan hari ini. akan berkesinambungan dengan tindakan susulan.

“Selepas ini kita tidak mahu sekadar memanterakan slogan yang muluk-muluk tetapi kosong. Apa yang mustahak, kerja mesti dijalankan,” kata beliau.

Najib juga mengingatkan kewujudan perkhidmatan awam adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Ini kerana sebab musabab kepaa kewujudan perkhidmatan awam itu sendiri adalah untuk mengkhidmati rakyat. Kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kejayaan sektor awam.

“Bertoalk dari situ, pada hemat saya juga, jika kita benar-benar ingin berkhidmat untuk rakyat, kita perlu mengetahui rintihan massa. Kita eprlu fahami setiap masalah, kekangan dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat, barulah kita mampu untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah,” tambah beliau. – 28/4/2009


Ucapan penuh Datuk Seri Mohd Najib pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam :

TEKS UCAPAN

Y.A.B. DATO’ SRI HJ. MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA

DI MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KESEPULUH (MAPPA X)

PADA 28 APRIL 2009 (SELASA), JAM 9.30 PAGI

DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

TEMA :

SATU MALAYSIA:

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Bismillahirahmanirrahim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

Y.B. Menteri-Menteri, Timbalan-timbalan Menteri,

Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan,

Ketua Setiausaha Negara,

Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Y.Bhg. Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Bin Wan Abdullah

Ketua Setiausaha Perbendaharaan,

Y.Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri,Dato’-Dato’, Datin- Datin, Dif-dif Kehormat,

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang saya hormati sekalian,

1. Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa syukur setingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua satu proses peralihan kuasa yang tertib, licin dan sempurna telah berlangsung pada 3hb April yang lalu. Terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan kepada YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi yang telah memungkinkan peralihan tersebut berjalan dengan begitu baik. Justeru, saya berasa amat sukacita kerana inilah julung kali saya bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke sepuluh atas kapasiti sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

2. Saya majukan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek Hj. Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan juga kepada Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan juga kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) atas perencanaan dan pengaturan majlis ini bagi saya menyampaikan gagasan, hasrat dan harapan secara langsung kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

3. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dari seluruh pelosok negara menjadi manifestasi komitmen dan iltizam tuan-tuan dan puan-puan kepada perkhidmatan awam yang telah lebih lima dekad menjadi tunjang dan nadi kepada pembangunan negara. Sungguhpun inilah kali pertama saya bercakap sebagai ketua kerajaan, hakikatnya saya telah lama kenal sebilangan besar tuan-tuan dan puan-puan sepanjang perjalanan kepimpinan dan politik, lebih 33 tahun.

4. Mengimbau sejarah, kira-kira empat puluh tahun yang lalu, Allahyarham ayahanda saya telah diamanahkan sebagai Pengarah MAGERAN. Pada saat dan ketika itu, perpaduan kaum ibarat retak seribu dan rakyat Malaysia sudah hampir hilang harapan. Selaku Pengarah MAGERAN, ayahanda saya telah berjaya memulihkan demokrasi serta harapan rakyat Malaysia dengan dibantu oleh anggota perkhidmatan awam yang amat berintegriti, berkebolehan, berwibawa dan berdedikasi. Pendek kata, ramai daripada pendahulu-pendahulu tuan-tuan dan puan-puan adalah mereka yang berada di barisan hadapan dan sangat instrumental dalam usaha memulihkan negara pasca episod hitam 13 Mei 1969.

5. Sekali air bah sekali pantai berubah. Salah satu hakikat zaman adalah perubahan; Untuk maju manusia perlu sentiasa berada di hadapan keluk perubahan manakala untuk kekal di hadapan manusia perlu menerajui perubahan, sebaliknya jika hanya bernostalgia dengan sejarah kejayaan lampau tanpa gigih mencari kejayaan-kejayaan baru akan menyebabkan gejala jumud dan beku membudaya. Oleh itu setiap generasi penjawat awam perlu membuktikan kerelevanan mereka kepada rakyat dengan mencipta semula peranan mereka sesuai dengan masa. Melalui kaedah ini barulah mereka boleh memainkan peranan secara berkesan sebagai pemelihara kepentingan awam.

6. Satu ketika dahulu penjawat awam Malaysia mempunyai reputasi yang amat cemerlang bukan sahaja di kalangan rakyat tempatan tetapi juga di peringkat rantau dan antarabangsa. Bukan maksud saya untuk mengatakan bahawa perkhidmatan awam Malaysia hari ini tidak secemerlang dahulu kerana telah terbukti bahawa perkhidmatan awam Malaysia telah memainkan peranan yang pro-aktif di dalam proses transformasi negara dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian. Namun kayu ukur dan tanda aras hari ini telah berubah akibat proses globalisasi, ledakan maklumat dan peningkatan taraf sosio ekonomi rakyat. Sesungguhnya penambahbaikan yang ingin saya lakukan adalah satu kesinambungan kepada transformasi berterusan sektor awam yang telah dimulakan sejak lama dahulu.

PENJAWAT AWAM : DALAM KONTEKS MENDEPANI CABARAN EKONOMI

Tuan-tuan dan puan-puan,

7. Hakikatnya, hari ini kita berhadapan dengan dua cabaran monumental. Pertamanya cabaran jangka pendek dan keduanya cabaran jangka panjang. Di bawah cabaran jangka pendek ini terdapat tiga cabaran berkaitan. Cabaran jangka pendek pertama ialah untuk memastikan negara akan mengalami impak yang seminima mungkin kesan kegawatan kewangan dan ekonomi global yang sedang berlaku. Cabaran jangka pendek kedua ialah untuk keluar dari kemelut ekonomi dan kewangan yang ada, dengan kadar paling pantas. Cabaran jangka pendek ketiga ialah untuk membantu rakyat Malaysia bagi menangani keperitan hidup yang dialami.

8. Manakala cabaran jangka panjang pula ialah untuk melakukan pembaharuan dan perubahan struktural kepada ekonomi Malaysia berasaskan kepada satu model yang baru berteraskan kreativiti dan innovasi. Di bawah model baru ekonomi ini kerajaan akan membangunkan sektor perkhidmatan bagi menjadi peneraju pertumbuhan dan pembentukan kekayaan baru pada masa yang sama menggalakkan sektor pembuatan untuk bergerak ke rantaian nilai yang lebih tinggi.

9. Langkah-langkah ini diharapkan agar dapat menyelesaikan secara tuntas kemelut yang dialami negara selama ini dari segi ekonomi iaitu “of being neither here nor there” yakni, sementara kita bukan lagi boleh dianggap sebagai pusat sektor pengeluaran berkos rendah, kita juga belum berupaya melonjakkan negara ke peringkat lebih tinggi dalam rantaian nilai sektor yang sama.

10. Model baru ekonomi ini juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk meningkatkan statusnya dari sebuah negara “upper middle income” kepada negara “high income” dan dalam masa terdekat meletakkan kita kembali di landasan yang betul bagi merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju.

11. Saya yakin dan percaya bahawa sektor perkhidmatan awam akan terus mampu memainkan peranan bagi menangani cabaran-cabaran ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa tuan-tuan dan puan-puan telah berjaya membantu dalam proses transformasi Malaysia daripada sebuah negara pertanian berubah menjadi sebuah negara perindustrian moden sehingga Malaysia muncul di kalangan 20 negara perdagangan terbesar di dunia.

SATU MALAYSIA

Tuan-tuan dan puan-puan,

12. Apabila saya mengambil alih kepimpinan negara, saya telah mengutarakan konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya adalah kesinambungan kepada apa yang diperjuangkan semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman. Selama ini pun, Malaysia berjaya kerana kita menjadikan kemajmukan rakyat yang ada sebagai sumber kekuatan walaupun kita telah menyaksikan banyak negara didunia telah hancur dek faktor kemajmukan. Malah kita juga telah merasai sedikit sebanyak bagaimana kemajmukan yang tidak diurus dengan betul telah hampir meranapkan negara seperti mana yang telah dialami semasa tragedi 13 Mei.

13. Maka yang demikian, suka atau tidak suka, kita mesti mengakui kemajmukan yang wujud adalah realiti yang harus di terima. Inilah merupakan teras kepada konsep Satu Malaysia, mengakui realiti yang ada dan menjadikannya sebagai platform untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Konsep ini tidak sekali-kali lari daripada apa yang telah dimaktub dan dimuafakatkan melalui undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan prinsip prinsip Rukun Negara.

14. Di bawah Konsep Satu Malaysia ini setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bantuan serta pertolongan akan kita bantu. Tidak akan ada mana-mana pihak yang akan dicicirkan. Sesungguhnya lagi janganlah mana-mana pihak menganggap mereka adalah warganegara kelas dua di negara tercinta ini, kerana setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang penting kepada negara, setiap mereka perlu dimanfaatkan sebaiknya.

15. Ketahuilah, setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kewarganegaraan bukan sahaja menggariskan hak tetapi juga menuntut tanggungjawab. Janganlah mana-mana pihak terlalu taksub terhadap tuntutan hak dan melupakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

16. Di bawah Konsep Satu Malaysia kita perlu memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan. Bagi kerajaan, meritokrasi bukan bermakna kesaksamaan yang membuta. Malah kesaksamaan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. Dari itu, seorang anak yang datang dari keluarga miskin tidak kira dari bandar atau luar bandar walau dari etnik manapun, tetapi ternyata mempunyai potensi sememangnya berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

17. Maknanya, kita boleh menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan ‘outcome’ yang sama. Dalam kata lain, kerajaan tidak boleh memainkan peranan ibubapa, keluarga atau masyarakat setempat, kerajaan juga bukanlah galang yang boleh mengganti kehendak, kemahuan, usaha serta iltizam seorang pelajar atau peniaga juga usahawan untuk berjaya. Apa yang kerajaan boleh buat seperti yang saya katakan tadi, adalah menyediakan garis permulaan yang adil. Pendek kata, antara prinsip-prinsip utama yang mendasari Satu Malaysia adalah kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) dalam satu keluarga besar.

PENJAWAT AWAM : DALAM KONTEKS MENDEPANI CABARAN PENTADBIRAN

MODENISASI SEKTOR AWAM

Tuan-tuan dan puan-puan,

18. Bagi menjayakan segala perubahan yang diperlukan negara dalam perjalanan kita untuk memastikan Malaysia terus aman, maju dan makmur pada abad ke-21, kita memerlukan sebuah persekitaran yang kondusif untuk semua rakyat Malaysia mengoptimakan potensi mereka. Di sini peranan sebuah perkhidmatan awam yang cekap, berkesan, responsif, luwes dan berani berubah adalah amat mustahak. Saya amat gembira kerana dalam melaksanakan inisiatif modernisasi ini saya telah mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada barisan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam, khususnya Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Sesungguhnya pembaharuan yang akan dilakukan ini bukanlah bersifat ‘top down’ tetapi sebaliknya melibatkan gabungjalin semua segmen perkhidmatan awam bermula dengan pimpinan atasan.

19. Usaha ini memerlukan proses modenisasi menyeluruh yang melibatkan bukan sahaja modenisasi paradigma tetapi juga struktural. Kita memerlukan perkhidmatan awam yang sesuai dengan pencapaian kejayaan pada alaf baru ini. Apa yang saya maksudkan dengan anjakan paradigma adalah pertamanya anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan. Anggota perkhidmatan awam seharusnya menyedari bahawa kerajaan tidak mencipta kekayaan. Peranan ini dimainkan oleh sektor swasta yang mencipta kekayaan, dari kekayaan yang dicipta pihak swasta, kerajaan mempunyai saham yang dikutip di dalam bentuk cukai korporat. Hasil ini seterusnya digunakan bagi membangunkan negara dan untuk membayar gaji kakitangan awam.

20. Keanjalan ini penting bagi menghadapi cabaran untuk berjaya di dalam ekonomi baru yang ditandai oleh proses globalisasi. Kita harus mengubah kerangka minda, strategi dan kaedah bekerja jika kita ingin memanfaatkan fenomena yang ada. Sesungguhnya “extraordinary times requires extraordinary measures”. Sektor awam perlu menjadi pemudah cara kepada penciptaan kekayaan tanpa mengenepikan peranan mereka sebagai pemelihara kepentingan awam. Penjawat awam sekali-kali tidak boleh menjadi penghindar proses penciptaan kekayaan ini kerana jika mereka berbuat demikian, yang akan rugi pada analisa akhirnya adalah rakyat.

21. Anjakan paradigma kedua ialah beralih daripada budaya output dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek outcome atau dampak keberhasilan secara holistik. Perkhidmatan awam harus menganjak paradigma daripada menilai kejayaan yang berasaskan ‘output’ kepada kejayaan yang berasaskan ‘outcome’. Misalnya dalam bidang pelajaran, bukan sahaja jumlah sekolah atau makmal yang mencukupi harus diberi penekanan tetapi perhatian yang utama harus diberikan kepada soal kejayaan menyeluruh termasuk kebajikan dan moral pelajar. Begitu juga dalam hal menangani gejala penagihan najis dadah, perhitungan kita bukan hanya berapa kepada berapa banyak pusat serenti yang mampu dibina, akan tetapi berapa ramai penagih yang berjaya kita pulihkan. Contoh lain pula ialah penekanan kita bukan pada bilangan mesyuarat yang diadakan atau kekerapan lawatan ke luar negeri tetapi kepada apakah hasil yang tercapai daripada mesyuarat dan lawatan yang telah dibuat.

22. Anjakan paradigma ketiga adalah anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang memudah cara dan menyenangkan rakyat. Kita memperakui sistem birokrasi yang ada di Malaysia telah membawa pembangunan ke seluruh penjuru negara sejak lima puluh tahun yang lalu, namun hari ini terdapat tanggapan bahawa pentadbiran awam berada di belakang keluk perubahan negara mahupun global. Jika diteliti perbelanjaan emolumen untuk pembiayaan sektor awam ianya terus meningkat saban tahun. Hakikatnya kerajaan membelanjakan satu perempat daripada perbelanjaan pengurusan setiap tahun untuk emolumen sektor awam. Pada tahun 2007 kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji asas kakitangan awam dari 7.5 peratus sehingga 35 peratus. Dari segi peruntukan, kerajaan telah pun membelanjakan jumlah yang besar untuk membiayai emolumen sektor awam pada tahun 2006 dengan sejumlah RM 28 billion untuk tujuan ini. Angka ini telah meningkat kepada RM 32 billion pada tahun 2007 dan kepada RM 41 billion pada tahun 2008. Persoalannya, dibenak rakyat tertanya-tanya, adakah perbelanjaan ini berbaloi. “Are the rakyat getting value for their tax dollars?”.

23. Lantas, untuk melakukan proses anjakan dan pembaharuan, kita memerlukan sektor awam yang bukan sahaja memahami realiti semasa tetapi mempunyai kemahuan dan berani membuat perubahan. “We do not need mere seat warmers, we need actual doers”. Di sudut yang lain pula, kenapa kita harus secara operasionalnya terus-terusan mengamal tatacara kerja yang usang, menyulitkan lagi melambatkan jikalau ia dapat dilaksanakan atau disiapkan dalam masa yang cepat. Perkara ini boleh dilaksanakan jika ada kemahuan, usaha dan tekad, ia tidak mustahil. Suatu masa dahulu untuk membuat atau memperbaharui pasport antarabangsa baru mengambil jangka masa yang panjang namun kini ianya boleh disiapkan dalam masa beberapa jam sahaja.

24. Dalam konteks ini juga, salah satu perkara yang sentiasa menjadi rungutan orang ramai ialah khidmat kaunter yang lambat. Rakyat mengeluh kerana walaupun jumlah kaunter dilihat begitu banyak namun kebanyakan waktu jumlah kaunter yang dibuka pada waktu puncak tidak pada jumlah yang optima yang dapat menangani jumlah pelanggan. Begitu juga jika rakyat menelefon jabatan-jabatan kerajaan pegawai atau kakitangan tidak menjawab atau jikapun mereka menjawab mereka mengatakan tidak tahu. Walaupun bukan semua yang terbabit akan tetapi hal ini telah menyebabkan tanggapan buruk rakyat terhadap perkhidmatan awam sebagai penyusah bukannya sebagai pemudah cara. Justeru kenapa masih memegang teguh kepada birokrasi yang menyusahkan, beranjaklah kepada birokrasi yang bersifat memudah cara. Saya lihat, salah satu langkah terbaik ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kaedah e-filingnya yang merupakan pendekatan yang memudahkan penuh kreativiti dan innovasi.

25. Anjakan paradigma yang keempat pula daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan innovasi. Kalau selama ini kita mengukur pencapaian dari segi produktiviti, hari ini ukuran ini perlu ditambah baik melalui kreativiti dan innovasi. Ukuran produktiviti secara konvensional hanya memberikan kita penambahbaikan secara bertokok (incremental), manakala jika digabungkan produktiviti dengan kreativiti dan inovasi, ia akan memberikan kita penambahbaikan secara anjakan berganda (quantum leap).

26. Jelasnya, produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan innovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam Malaysia. Tanggapan bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dengan menubuhkan jabatan/agensi baru atau menambah kakitangan adalah pandangan yang tidak tepat. Dengan kemajuan teknologi maklumat produktiviti setiap pegawai dan kakitangan boleh dioptimakan. Kita perlu mengawal saiz kerajaan kerana kerajaan tidak tahu semuanya atau mempunyai penyelesaian kepada setiap permasalahan. Realitinya, era kerajaan besar dan kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir.

27. Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati klien sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau dibakulsampahkan hanya semata-mata ianya tidak konvensional. Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global maka budaya pemikiran diluar kotak kebiasaan perlu menjadi norma harian dan rutin bukannya kepelikkan. Barulah nanti wujud persekitaran kerja yang dinamik lagi bertenaga dan berdaya saing.

Tuan-tuan dan puan-puan,

28. Dari segi pembaharuan struktural, pertamanya saya ingin mencadangkan kaedah ‘sistem kemasukan pelbagai peringkat’ ke dalam perkhidmatan awam. Di bawah konsep ini kita akan akan dapat memanfaatkan proses ‘cross fertilization’ di antara bakat-bakat sektor awam dan sektor swasta. Sudah tiba masanya kini jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan dari perkhidmatan selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Kita tidak boleh lagi terlalu dogmatik, kita perlu mendapatkan bakat yang terpilih, terbaik dan tersaring demi kepentingan rakyat.

29. Keduanya saya juga mencadangkan satu dasar pintu terbuka di mana pegawai-pegawai perkhidmatan awam boleh dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai GLC dipinjamkan pula ke perkhidmatan awam untuk saling menimba pengalaman. Dengan cara ini pegawai perkhidmatan awam boleh didedahkan kepada keperluan sektor swasta yang merupakan peneraju utama pertumbuhan negara.

30. Oleh itu ketiganya bagi mendapatkan bakat yang terbaik, perkhidmatan awam perlu mencontohi pelan pembangunan kerjaya dan pencarian bakat yang diamalkan seperti Petronas, Permodalan Nasional Berhad dan Bank Negara yang mempunyai sistem pengenalpastian bakat yang mantap serta telah menjadikan mereka organisasi yang hebat. Kita akan menghantar yang terbaik dikalangan penjawat awam untuk menimba ilmu di beberapa institusi tersohor di dunia seperti Kennedy School of Government, di Universiti Harvard, dan Wharton Business School di Universiti Pennsylvania.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

31. Dalam menterjemahkan aspirasi ini, saya komited bagi memastikan perkhidmatan awam Malaysia akan dianggotai anak-anak Malaysia yang terbaik. Saya mencabar generasi muda yang hari ini mengkritik sektor awam untuk bersama-sama kita menambah baik sistem dari dalam. Marilah bersama menyertai perkhidmatan awam, mempersembah kudrat dan pemikiran saudara saudari demi pertiwi. Kita sedar buat masa ini kita tidak boleh menandingi kelumayanan yang ditawarkan oleh sektor swasta kepada saudara saudari tetapi apa yang kita boleh tawarkan adalah rasa kepuasan berkhidmat demi rakyat dan negara. Walau apapun, kita sedang berusaha untuk menyemak dan menambahbaik skim-skim perkhidmatan yang kritikal agar pengorbanan saudara dan saudari dihargai.

32. Di atas segalanya, saya amat maklum bahawa mengurus sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia memerlukan kerjasama semua pihak. Paling utama harus ada kesefahaman diantara anggota pentadbiran sebagai pengubal dasar dan anggota perkhidmatan awam sebagai jentera pelaksana dasar. Ini kerana, sebaik manapun dasar yang telah digubal tanpa mekanisma pelaksanaan yang cekap maka matlamat dasar tidak akan mampu direalisasikan.

33. Lantaran itu, baru-baru ini, semasa mengumumkan anggota kabinet, saya telah menggariskan jangkaan terhadap pencapaian mereka. Saya telah mengamanahkan mereka untuk bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi kepentingan rakyat. Sehubungan itu saya turut mengumumkan satu sistem petunjuk utama prestasi (KPI) yang akan dirangka bagi mengukur pencapaian mereka.

34. Namun, semboyan berkhidmat ini tidak terhenti setakat para anggota kabinet, anggota perkhidmatan awam adalah merupakan rakan kongsi utama kepada anggota pentadbiran untuk menunaikan komitmen kita kepada rakyat Malaysia dalam memberikan khidmat yang terbaik. Justeru, saya berdiri di sini pada hari ini, bagi mengulangi seruan kepada tuan-tuan dan puan-puan agar menumpah khidmat kepada rakyat dengan sepenuhnya.

35. Saya yakin dan percaya dengan pelaksanaan sistem pengurusan yang berteraskan pengiktirafan perkongsian antara anggota pentadbiran dan penjawat awam merupakan satu-satunya jalan untuk kita menempa kejayaan pembaharuan yang besar. Perubahan tidak datang hanya dengan pengumuman atau berucap mengenainya. Ia terhasil daripada dedikasi dan kerja keras sepasukan manusia yang diikat oleh apa yang disebut dalam istilah bahasa Arab sebagai wa’ad dan bai’ah yakni satu tautan persetiaan dan perkongsian komitmen yang padu antara penjawat awam dan pentadbiran.

Tuan-tuan dan puan-puan,

36. Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Bila rakyat menilai kepimpinan sektor awam dan politik, apa yang ingin diukur oleh mereka ialah pencapaian. Kepimpinan berteraskan pencapaian adalah kemuncak penilaian kepada kepimpinan. Sebab itulah saya telah merangka KPI kerana piawai kepada pencapaian itu perlu ada. Ini akan membolehkan perkhidmatan awam dinilai secara holistik merangkumi penilaian kuantitatif dan kualitatif. KPI ini bukan alat atau kaedah untuk menghukum atau mendera kakitangan awam tetapi sebagai kayu ukur yang objektif terhadap tahap penyampaian. Ingatlah bahawa setiap sen dan ringgit yang kita terima akan dipertanggungjawabkan bukan sahaja didunia ini tetapi juga di akhirat.

37. Sesungguhnya, modenisasi sektor awam adalah suatu usaha murni yang besar dan berterusan. Saya tidak mahu mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam didalam usaha pembaharuan ini. Saya mahu mengatakan kepada anggota perkhidmatan awam bahawa apa yang saya katakan hari ini, apa yang saya janjikan hari ini, akan berkesinambungan

Johan Jaafar pengerusi baru Media Prima


Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar dilantik sebagai pengerusi eksekutif baru Kumpulan Media Prima berkuatkuasa Khamis ini.

johan jaafar johan jaaffarPengumuman pelantikan beliau dibuat dalam kenyataan Media Prima kepada Bursa Malaysia hari ini. Johan akan menggantikan Datuk Abdul Mutalib Razak yang bersara hari ini.

Media Prima memiliki New Straits Times Press Berhad (NSTP) yang menerbitkan akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Ia juga memiliki semua stesen TV swasta di Malaysia – TV3, 8TV, TV9 dan NTV7 – serta dua stesen radio – Hot FM dan Fly FM. Kumpulan itu juga memilik syarikat iklan Big Tree dan UPD.

Johan juga merupakan bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu. Beliau aktif menulis sebagai kolumnis dalam akhbar News Straits Times dan juga Berita Minggu.

Jawatan beliau lain termasuklah, anggota lembaga pengarah Majlis Pembangunan Multimedia, dan lembaga pengarah Bernama.Johan mendapat perhatian umum ekoran kepetahannya mempengerusikan program mingguan di RTM – Debat Perdana – yang turut memberi peluang kepada pemimpin pembangkang turut muncul di kaca TV.

Beliau juga pernah dipilih untuk mempengerusikan debat antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu harga minyak.

Johan juga mempengerusikan debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhubung skandal tanah di negeri tersebut sewaktu pentadbiran BN.

UMNO mesti ‘inclusive’…jangan anti pembaharuan



Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu parti itu bersifat terbuka (inclusive) kepada semua golongan dan tidak bersifat elitis serta anti kepada idea baru.

Katanya, UMNO perlu terbuka bagi memastikan parti itu dianggap sebagai parti yang memperjuangkan nasib semua lapisan masyarakat bukan sekadar untuk orang Melayu.

“Ertinya UMNO mesti membukan pintu seluas-luasnya kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, remaja, ientelek, pekerja biasa dan tanpa mengambil kira latar belakang sosio ekonomi mereka.


“UMNO jangan bersifat elitis. UMNO jangan jadi parti anti intelek, anti idea baru tetapi kita mesti menjadi jambaan kepada pembaharuan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-15 UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, Isnin malam.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan ahli-ahli UMNO Bahgian Cheras yang diketuai oleh Datuk Wira Syed Ali Alhabshe.
Menurut Najib, kehadiran Dr Mahathir merupakan bukti UMNO sentiasa bersifat terbuka menerima semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama parti itu.


“UMNO inclusive kepada negarawan dan juga mesti inclusive kepada orang bawahan,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, Najib juga yakin gandungan Muhyiddin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dengan timbalannya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan mampu mengukuhkan UMNO Wilayah Persekutuan.


“Saya yakin dengan gandingan ini dan ditambah lagi dengan pemimpin seperti Syed Ali , UMNO Wilayah akan mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” ujar beliau.

Najib turut menambah, berdasarkan pencapaian dan geak kerja UMNO Cheras, ia akan menjadi bukti bahawa UMNO bukan sahaja berjuang untuk orang Melayu tetapi seluruh warga Wilayah Persekutuan.

“Kita bukan sahaja berjuang untuk orang Melayu tapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Inilah asas Satu Malaysia. Kita adalah juara untuk orang Melayu dan juga juara untuk seluruh rakyat Malaysia,” ujar beliau.


Najib turut memuji Syed Ali yang tidak mementingkan jawatan tapi terus komited dengan perjuangan.

“Inilah contoh yang terbaik. Kita tidak pentingkan jawatan tapi UMNO dan masa depan perjuangan. Perjuangan lebih murni yang akan menjadi kekuatan spiritual dalam perjuangan kita. Pemimpin bukan ditakuti tapi disayangi,” tambahnya.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, mengajak semua 13 UMNO Bahagian di wliayah itu bekerja dengan lebih berkesan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

“Misi kita di hadpaan amat berat. Bukan sekadar kuatkan parti tapi meyakinkan masyarakat untuk kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional,” jelasnya.

Penanti: Penamaan calon 23 Mei…mengundi 31 Mei


Suruhanjaya Pilihan Raya SPR) menetapkan pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti akan diadakan pada hari Ahad 31 Mei ini sekiranya ada pertandingan yang akan berlaku.

Manakala penamaan calon pula ditetapkan pada hari Sabtu 23 Mei.

Pilihanraya kecil itu perlu diadakan berikutan perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR ,Fairus Khairuddin ‘ untuk melanjutkan pelajaran.

Mengumumkan keputusan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berkata, bermula pada pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR menguatkuasakan larangan kepada parti-parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi di saat-saat akhir pada hari pengundian.

Katanya, sekiranya parti yang terbabit tidak mematuhi larangan tersebut, calon yang bertanding boleh dikenakan tindakan hilang kelayakan sebagai calon dan sebagai pengundi selama lima tahun.

Pihak yang terbabit juga boleh dikenakan denda sebanya RM5,000, katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR, Putrajaya pagi Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut meminta parti-parti yang akan bertanding pada pilihanraya kecil DUN Penanti itu tidak membawa terlalu ramai penyokong pada hari penamaan calon dan jangan berkempen pada hari pengundian bagi mengelakkan kekacauan.

Penamaan calon dan pengiraan undi bagi pilihanraya tersebut akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Pada pilihan raya umum lalu seramai 82.1 peratus pengundi keluar mengundi. Terdapat 15,384 pengundi berdaftar di DUN Penanti dengan pecahan Melayu seramai 72.68 peratus, Cina 24.22 peratus India 2.39 peratus dan 0.71 peratus lain0lain.

Ketika sidang media itu, Abdul Aziz turut ditanya kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Katanya, soal sama ada BN bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil berkenaan, ia tidak relevan kepada SPR.

Namun katanya, jika BN tidak bertanding ia adalah kali pertama dalam sejarah BN tidak menyertai pilihan raya yang diadakan

PM tentu kedudukan BN di Penanti


Keputusan sama ada BN akan bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Najib akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik parti yang dipengerusikannya dalam tempoh terdekat ini sebelum mengambil keputusan tentang perkara itu.

umno supreme council special meeting 260809 muhyiddin yassin 01“Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, Perdana Menteri akan berbincang dengan biro politik dalam tempoh terdekat ini dan akan membuat keputusan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Plaza Angsana di Johor Bahru hari ini, lapor Bernama.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 23 Mei ini, dan hari mengundi pada 31 Mei.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno turut ditanya tentang pandangan daripada pelbagai pihak termasuk daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno Bahagian Permatang Pauh yang mahukan BN bertanding pada pilihanraya kecil DUN Penanti itu.

“Kita akan mengambil kira semua pandangan,” jawabnya.

Selain pandangan mahukan BN bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti itu, terdapat juga pihak yang berpendapat parti tidak perlu bertanding untuk mengelak daripada terlibat dalam permainan politik pembangkang.

Mesyuarat biro politik

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Najib berkata biro politik Umno akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan sama ada wakil parti itu akan bertanding di Penanti.

najib razak acccim 170409 pc“Nantilah, kita akan bermesyuarat dalam sedikit masa lagi,” kata Najib yang juga pengerusi biro tersebut ketika sidang akhbar mengenai langkah kerajaan meliberalisasi sektor kewangan, di sini.

Mengenai cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan lagi “pondok panas” ditempatkan berhampiran pusat mengundi, Najib berkata ia merupakan langkah baik kerana ia boleh menimbulkan suasana tenteram dan mengelakkan kekacauan.

“Dengan bilangan penyokong yang ramai di pondok panas boleh menimbulkan kekacauan dan mengganggu para pengundi,” katanya.

Kerusi DUN Penanti itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33 daripada PKR pada 16 April lalu.

Fairus sebelum ini turut meletakkan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang berikutan dengan tuduhan terlibat dengan rasuah.

Khamis lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Pemilihan PAS: Haji Hadi bakal Presiden ‘ tanpa sayap’


Kesian Tok Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ‘ kena kepung’ dengan puak Erdogan PAS menjelang pemilihan parti itu.Ikut sumber-sumber dalaman parti itu golongan pro-Anwar tu memang nak corner habis untuk pastikan mereka dapat control PAS.

Anwar dikatakan perlu kuatkan grip nya dalam parti itu kerana beliau memerlukan sokongan Melayu.Ini kerana parti PKR tidak ada identiti Melayu.Penasihat PKR itu tahu sangat tanpa kekuatan itu beliau rasa agak kabur nak mimpi laluan ke Putrajaya.

Puak Erdogan dikatakan tidak akan kacau Haji Hadi tapi dua tunjang utama Presiden PAS itu Ustaz Nasha dan Datuk Mustapha Ali mesti kena kasi bungkus .

Selain Timbalan Presiden mereka juga mengintai jawatan Naib Presiden PAS. Dalam keadaan Tok Guru Nik Aziz backing Erdogan habis-habisan menerusi Datuk Husam Musa makanya Haji Hadi ada kemungkinan jadi Presiden PAS ‘ tanpa sayap’.

Sebab itu ramai yang memerhati setiap perkembangan dalam PAS sekarang. Dari jumlah yang ramai nak masuk jawatan Timbalan Presiden dan sudah dapat baca ada yang sedang mengelegak.

Ustaz Azizan MB Kedah sudah kata nak masuk Timbalan Presiden,begitu juga Mat Sabu manakala Husam dikatakan masih buat macam ‘agak-agak’. Puak Erdogan memang tak senang dengan Ustaz Nasha kerana cop dia sudah berunding nak naik-baik dengan UMNO.

Jadi jangan hairan kalau dengar tune Haji Hadi pun dah berubah pasal bab nak berbaik-baik dengan UMNO menjelang pemilihan PAS ni. Alasan yang dibagi kerana sudah ada perubahan pimpinan dalam UMNO yakni Datuk Najib.

Ikut ceritanya Presiden PAS itu dah tak ada pilihan untuk berdepan dengan kemaraan puak Erdogan. Apa yang setengah-setengah ahli PAS kedengaran merungut ialah soal agenda Anwar kini yang jadi hal utama sekarang dan bukan lagi prinsip asal perjuangan parti

Bantahan PPSMI menanti di Penanti


Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berikrar terus membantah dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), termasuk dalam pilihanraya kecil DUN Penanti tidak lama lagi.

“Untuk saya sendiri, saya akan teruskan (berkempen). Biarpun saya kalah dalam berlawan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama beliau akan turut serta berkempen kali ini seperti pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Selambau.

“Saya akan terus (berkempen) kerana saya merasakan, yang paling penting (menjelaskan persoalan) mengapa Kementerian Pelajaran melanggar Akta Bahasa (dengan melaksanakan PPSMI)?

“Atas alasan itu (saya berkempen).”

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam menyerahkan surat rasmi meletak jawatan ADUN kawasan itu berkuatkuasa serta-merta.

gmp protest 310108 samad saidMengulas lanjut kempen membantah PPSMI menggunakan saluran pilihanraya kecil, A Samad menjelaskan, kempen menggunakan medan itu “lebih berkesan” berbanding kaedah lain, misalnya menghantar memorandum.

“(Memorandum) itu salah satu (saluran). Selalunya, memorandum itu akan diperap oleh hal yang lain. Sebab mereka (kerajaan) merasakan soal bahasa itu tidak terlalu penting,” katanya, yang bertindak sebagai penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

GMP bulan lalu menganjurkan demonstrasi besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan kini A Samad bersama barisan pemimpin gabungan itu, termasuk pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad, dalam siasatan polis.

gantang by election 020409 pas ppsmi leaflet 01A Samad juga melihat peralihan pucuk kepimpinan dalam Kementerian Pelajaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membayangkan pemansuhan dasar itu.

“Saya fikir mereka sendiri merasakan bahawa apa yang diasaskan (Datuk Seri) Hishammudin (Hussein) itu tidak perlu diganggu. Itu yang saya rasakan, begitulah,” katanya yang terkenal dengan novel Salina.

“Apa yang disebut Muhyiddin, bahawasanya (beliau) menerima apa yang diwariskan dan akan membawa benda itu ke kabinet. Tetapi itu tidak berbeza daripada apa yang Hishammuddin cakap (sebelum ini).”

Timbalan perdana menteri – selepas majlis terima tugas dari bekas menteri pelajaran – dilaporkan berkata ingin mendapatkan maklum balas beberapa kementerian lain sebelum memutuskan dasar PPSMI.

Muhyiddin juga mengulangi kenyataan Hishammudin sebelum ini yang dilaporkan berkata kertas laporan telah siap dan sedia dikemukakan untuk pertimbangan mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada beliau telah putus harapan terhadap kementerian itu, A Samad berkata:

“Bukan putus harapan tetapi tidak ada apa yang bergerak.”

GMP juga berkempen di Bukit Gantang baru-baru ini walaupun A Samad tidak ikut serta kerana menghadiri satu acara di luar negara.

Beliau pernah dilaporkan menyeru rakyat menyokong PAS dan PKR dalam pilihanraya kerana kedua-dua parti ini sahaja terletak harapan untuk mendaulatkan bahasa Melayu.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.