DUN Penanti: PRM akan bertanding…PAS Permatang Pauh desak letak calon



Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengumumkan calonnya, Dr Mansor Othman akan menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya kecil DUN Penanti yang dijadual 31 Mei depan, kalangan parti pembangkang lain nampaknya tidak akan membenarkan PKR selesa di DUN Penanti. Ini ekoran perkembangan terbaru apabila parti asal yang sepatutnya dibubarkan untuk bergabung dengan PKR iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM)
membuat keputusan untuk meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil tersebut.

Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis berkata, parti itu telah memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.

Katanya, Biro Politik parti itu telah bermesyuarat dan meneliti perkembangan politik semasa tanah air serta calon yang akan dikemukakan pada pilihan raya kecil tersebut.

Keputusan Biro Politik PRM ini selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pusat PRM yang dibuat sebaik sahaja pimpinan baru mengambil-alih kepimpinan PRM setelah pucuk pimpinan lama beramai-ramai meninggalkan PRM dan memasuki parti lain.

“Ketetapan PRM ialah PRM akan menyertai semua bahagian pilihan raya umum dan mana-mana pilihan raya kecil akan datang.,” katanya.

Sewaktu PKR hendak diwujudkan, ada persefahaman awal PRM akan dibubarkan dan menyertai PKR tetapi cadangan tersebut ditolak, dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk bekas Presidennya, Dr Syed Husin Ali telah keluar meninggalkan PRM dan menyertai PKR.

Menurut Swe Yong, PRM berkesimpulan bahawa pilihan raya kecil Penanti adalah satu pilihan raya kecil biasa.

Katanya, penyertaan PRM di Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955.

Sementara itu, PAS Kawasan Permatang Pauh, turut mendendangkan lagu lain berhubung soal pilihanraya kecil DUN Penanti.

Sekalipun PAS merupakan sekutu rapat PKR dalam pakatan pembangkang, menurut sumber PAS kawasan itu, semasa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon parti itu di Yayasan Aman, Selasa malam, jawatankuasa PAS kawasan berkenaan telah mengadakan mesyuaratnya.

Keputusan mesyuarat tersebut ialah, PAS Kawasan Permatang Pauh mendesak pucuk pimpinan PAS Pusat meletakkan calon parti berkenaan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Ikut sumber itu lagi, semasa Anwar umumkan calonnya, tiada seorang pun pemimpin PAS setempat yang hadir kerana mereka tetap mahukan PAS bertanding.

Namun seperti mana biasa, akhirnya pakatan pembangkang dijangka akan akur dengan keputusan Anwar bahawa DUN Penanti adalah kerusi PKR dan PAS tidak berhak untuk bertanding.

Dengan pengesahan PRM akan meletakkan calonnya, PKR akan berhadapan dengan parti itu serta seorang calon bebas yang merupakan bekas ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah. –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: