Nik Aziz suka Nga kenali Islam


Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan  kitab suci itu.

Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengan keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal “kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang”.

bukit gantang by election nga kor ming dap ceramah 310309 01Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut.

Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A’raf untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A’raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah tersebut.

“Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati Yang Berhormat (Nga),” tegas Nik Aziz dalam surat terbukanya berhubung isu tersebut.

“Mudah-mudahan dengan sikap ‘tidak mesra Umno’ dan pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran bukan Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas,” tambahnya.

Nik Aziz juga berkata beliau mempunyai impian bahawa dalam tempoh tidak berapa lama lagi.

“Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara,” tegasnya.

Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

zaid ibrahim book launch nik aziz anwar ibrahim pc 230309 02Maka Nik Aziz mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara ini melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.

‘Mudah-mudahan YB-lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

“Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana.

“Tajuk-tajuk seperti ‘di mana tak kenanya Islam’ atau ‘apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam’ bolehlah difikirkan,” katanya.

Manakala anggota panel, tambahnya, boleh dipilih daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan juga pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas.

“Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid, surau, kuil, dewan-dewan perhimpunan, di universiti- universiti, baik di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini.

“Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana,” tambah  tokoh PAS itu.

Najib, gantikan BN jika perlu…


Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik hari ini meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil langkah berani dalam melaksanakan perubahan radikal untuk memastikan BN menjadi releven.

najib tun razakMalah, katanya, jika perlu Najib mesti bersedia merombak BN menjadi suatu gabungan yang baru.

“Anda perlu ikut jejak bapa anda,” katanya sambil menambah, jika BN tidak sesuai lagi, maka ia perlu diganti.

Lim merujuk kepada tindakan bapa Najib – perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein – yang merombak Perikatan menjadi Barisan Nasional pada 1973, sehingga popular di kalangan pengundi.

 Konsep perkongsian kuasa yang diperkenalkan oleh Razak menjadi BN kukuh sehinggalah pilihanraya umum 2008 di mana gabungan itu kalah teruk kepada pembangkang.

lim keng yaikDalam ucapan dasarnya di forum awam mengenai kewangan, Lim berkata keputusan pilihanraya kecil Selasa lalu menjadi petanda apa yang rakyat harapkan kepada BN.

“Jika perdana menteri tidak ikut jejak bapanya, maka BN akan berdepan dengan kesukaran dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Najib yang mengambil alih kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lalu, mengumumkan kabinet barunya semalam, yang turut dianggotai oleh Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon.

Dr Koh, bekas ketua menteri Pulau Pinang, turut dilantik walaupun tewas dalam pilihanraya umum lalu. Beliau dilantik sebagai senator semalam bersama lima orang lagi yang turut dilantik menganggotai kabinet baru Najib.

Hindraf beri masa 100 hari kepada PM


Hindraf, yang mendapat dukungan popular komuniti India, akan menangguhkan sebarang bantahan termasuk demonstrasi dalam tempoh 100 hari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Sebagai tanda sangka baik dan harapan akan wujud pembaharuan sebenar dan positif berhubung nasib kaum India di Malaysia, Hindraf tidak akan menganjurkan kegiatan seperti tunjuk perasaan atau menyerahkan memorandum,” kata pengerusinya P Waythamoorthy hari ini.

bm lima tahanan hindrafBeliau, yang berada di London sejak penahanan lima tokoh Hindraf bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember 2007, berkata Hindraf benar-benar berharap perdana menteri baru  bersedia berbincang dengan pertubuhan haram itu bagi mencari jalan penyelesaian.

Adik penasihat undang-undang NGO itu P Uthayakumar – kini masih meringkuk dalam tahanan di kem Kamunting, Taiping – juga mengalu-alukan barisan jemaah menteri yang mengangkat sumpah hari ini.

Kurang 12 jam selepas mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong pada 3 April lalu, Najib membebaskan dua daripada pemimpin Hindraf daripada kem Kamunting: R Kenghadharan dan V Ganabatirau.

Selain Uthayakumar, setiausaha Hindraf T Vasantha Kumar dan M Manoharan, kini ADUN Kota Alam Shah, masih di kem tahanan tersebut.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.