Kaum lain – semakin mencabar?

ImageKENAPA perlu kita berdiam. Bukan sekali dua tetapi ini sudah berkali-kali. Adakah mereka mahu sesungguhnya mencabar kita. Adakah salah kalau www.malaysia-hariini.com memulakan siri penentangan dari beberapa intelektual Cina dan India yang seakan mahu mencabar sejarah dan mencabar kedaulatan Melayu. Mereka berpaksikan fakta sejarah-dan dokumentasi dari negera penjajah. Dr Kua Kia Soong dari SUARAM, sesudah menuduh bahawa 13 Mei 1969 adalah jelmaan UMNO hari ini menafikan pula kontrak sosial yang tidak mempunyai dokumentasi khusus.

Membidas UMNO hari ini sudah menjadi trend dan kebebasan media dan berucap telah membolehkan mereka melontar secara spesifik kononnya Ketuanan Melayu yang asal dari kontrak sosial tidak wujud. Suara demokrasi interpretasi mereka meletakkan kerajaan kepimpinan Melayu dahulu mahupun legasi kepimpinan kita dahulu sebagai mereka yang sempit – kolot dan penuh sikap rasis.

Mereka membicarakan Tanah Melayu sebelum merdeka seakan mereka berada di Tanah Melayu sejak mula tanah ini diteroka.

www.malaysia-hariini.com ingin membidas mereka yang turut memburukkan kepimpinan UMNO yang telah bersusah payah menentang Inggeris, mengumpul kekuatan Melayu, menolak Malayan Union dan menuntut kemerdekaan.

Walaupun tindakan mereka tidak menampakkan tentangan secara khusus tetapi kenyataan mengenai satu imaginasi mengenai sosial kontrak yang ada dan tindakan membolot kuasa dan diskriminasi terhadap bangsa lain sewaktu itu amat jelas menunjukkan kebangkitan mereka memainkan isu yang menyebabkan ada Melayu yang terpengaruh dengan erti demokrasi songsang yang cuba mereka tegakkan.

Mereka berucap seolah-olah bangsa lain di Malaysia ini lebih demokratik dan lebih mempunyai hak kemanusiaan. Mereka lupa bahawa bangsa Melayu yang ada inilah yang telah membenarkan mereka mendapatkan hak kerakyatan – yang mana ia adalah prerogatif kita sewaktu itu.

Kesan dengan tindakan Dr Mavis Puthucheary dengan idealisme beliau yang menetapkan bahawa ketuanan Melayu adalah tindakan menghalang bangsa asing dari berpolitik adalah satu kenyataan yang biadab sedangkan amalan kelonggaran kepimpinan bangsa lain memimpin hatta dalam kementerian yang rata-rata melibatkan Melayu sendiri tidak dipersoalkan.

Nampak gaya mereka semakin kuat memperjuangkan hak mereka yang selama ini memang semakin meluas atas pengecilan hak kita.

Majlis Peguam yang menganjurkan seminar “ Sosial Kontrak” ini memang mempunyai niat jahat dengan memanggil panel yang rata-rata menyokong aliran pembangkang dan juga bersifat pembelaan kaum lain selain dari Melayu.

Kenyataan bahawa mereka tidak rasis adalah kenyataan songsang kerana kehadiran mereka membicarakan mengenai sosial kontrak dihadiri oleh rata-rata mereka yang tidak memahami keadaan perjuangan Melayu era 30-40an. Mereka mengkritik seolah-olah pada masa itu mereka sudah mempunyai tempat dalam Tanah Melayu ini.

Kalau mereka berani menegur sosial kontrak www.malaysia-hariini.com berani mengatakan bahawa sewaktu itu – zaman awal 30-40an kaum mereka tidak lain dari hanya kaum pendatang-lebih buruk dari pendatang tanpa izin yang ada hari ini kerana sudah bijak mempersoalkan ketuanan Melayu.

Sungguhpun begitu keadaan amat reda apabila peguam Tomy Thomas lebih terbuka meminta mereka untuk faham kedudukan sosial kemasyarakatan sewaktu itu. Bagi beliau sosial kontrak wujud dan sosial kontrak ini adalah bagi memastikan agar kaum pendatang itu tidak di lihat sebagai warganegara kelas 2 dan Melayu sebagai warga asal tidak diketepikan atau dikecilkan di Tanah Melayu itu sendiri.

Apa pun www.malaysia-hariini.com mendesak kepimpinan dan NGO Melayu untuk bangkit dari serangan – serangan minda dan psikologi orang Melayu agar hak yang ada digadaikan kepada mereka.

Mereka tidak langsung menceritakan kedudukan dan sikap bolot mereka terhadap ekonomi – sabotaj yang mereka lakukan ( rujuk artikel tulisan Anuar Mohd Nor – Sabotaj DEB klik sini) Mereka tidak menceritakan yang benar kalau ketunan Melayu adalah untuk menghalang bangsa lain dari mendapat kuasa politik.

Maka mereka memegang kuasa ekonomi akan melakukan monopoli terancang untuk tidak melepaskan kaum Melayu bagi mendapat sedikit kemakmuran darinya. Kita tidak pernah mempersoalkan ugutan ekonomi oleh mereka yang memegang ekonomi dan pasaran barang terkawal. Mereka mampu men-sabotaj kuasa politik dengan menggunakan kuasa ekonomi yang ada.

UMNO khususnya perlu sedar. Serangan bentuk psikologi ini sudah merebak dan sudah memberi kesan kepada kita Melayu. Tindakan mereka yang memanggil seminar dan tidak memperuntukkan cerdik pandai Melayu yang ada bersama Melayu – tidak seperti Farish Noor , untuk membela kedudukan Melayu adalah tindakan sabotaj minda yang dilakukan oleh mereka.

Rata-rata mengutuk UMNO tanpa ada yang dipanggil membela dalam seminar sedemikian adalah unsur hipokrasi dan Melayu khususnya perlu sedar akan ancaman terhadap bangsa kita.

www.malaysia-hariini.com sanggup dengan lapang dada mencabar – Dr Kua Kia Soong untuk tampil berdebat dengan kami – kerana Ketuanan Melayu adalah hak kami untuk kami pertahankan dan sekiranya mereka mengatakan Ketuanan Rakyat lebih penting pastikan Pakatan Rakyat bergabung menjadi satu parti yang tidak rasis. Ini satu cabaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: