Kesal nafi sumbangan Bapa Kemerdekaan

Oleh Nahar Tajri

KUALA LUMPUR: Penganalisis dan pakar sejarah menolak tanggapan pihak tertentu yang disifatkan sebagai cuba menafikan sumbangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, sebagai pejuang kemerdekaan tulen dan tidak layak digelar ‘Bapa Kemerdekaan’.

Laporan yang disiarkan melalui laman web sebuah akhbar pembangkang beberapa hari lalu menyifatkan Tunku Abdul Rahman bukan pelopor pejuang kemerdekaan berbanding nama lain seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmy dan Ishak Muhammad.

Pakar dan penganalisis sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyifatkan kenyataan itu sebagai cuba mengelirukan orang ramai serta ditulis tanpa memahami hakikat serta fakta yang sebenar.

“Sedar atau tidak, pejuang sebelum itu banyak terbabit dengan fahaman komunis yang dianggap sebagai perjuangan membebaskan negara daripada penjajah. Tetapi hakikatnya fahaman itu memperjuangkan konsep antifeudal yang pastinya akan menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Seorang lagi pakar dan penganalisis sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata kerajaan tidak pernah menafikan mana-mana pejuang kemerdekaan walaupun mereka bukan daripada Umno seperti yang didakwa ‘fakta dipesong’ oleh laman web itu.

Katanya, fakta membuktikan Tunku Abdul Rahman layak digelar Bapa Kemerdekaan bukan kerana beliau rapat dengan British tetapi disebabkan perjuangannya yang melalui rundingan dan tidak mengangkat senjata serta jauh daripada fahaman komunis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: