BN tidak harus berikan kemenangan mudah kepada Anwar, kata Samy

Bernama
3 Ogos 2008

KUALA LUMPUR, — Barisan Nasional mesti meletakkan calon bagi mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, dan tidak patut memberi laluan mudah kepadanya, kata Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

Beliau, yang tidak bersetuju dengan saranan beberapa pihak dalam BN supaya Anwar diberi kemenangan tanpa bertanding, berkata BN mesti meletakkan calon berwibawa untuk melawan Anwar.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kita sendiripun dilawan oleh pihak pembangkang semasa pilihan raya diadakan, dan apatah lagi Anwar,” katanya kepada pemberita selepas menutup program MIC mengenai pertanian sebagai satu perniagaan di sini Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding pada pilihan raya kecil, berkata MIC akan berganding bahu dengan BN dalam menjalankan kempen.

Katanya terdapat 3,125 pengundi kaum India di kawasan itu, yang merupakan kira-kira lima peratus jumlah pengundi di Permatang Pauh dan MIC akan memastikan mereka mengundi calon BN.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata BN tidak perlu takut untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu dan beliau berharap semua pihak memberi komitmen yang tinggi pada pilihan raya itu.

Katanya sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah perlu mana-mana parti menyertai pilihan raya bagi menampakkan kemenangan satu-satu calon itu melalui suara rakyat.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang cukup luhur dan dan tidak ada sebab untuk BN menolak diadakan pilihan raya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kota Baharu hari ini.

Sebelum ini dua pemimpin Umno Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mencadangkan supaya BN memboikot pilihan raya kecil itu kerana pilihan raya itu dianggap membazirkan wang rakyat.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: