DAP tetap tolak negara Islam

KUALA LUMPUR: Belum pun Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, DAP mengumumkan memperakui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai Perdana Menteri alternatif Malaysia seiring dengan komitmen parti itu terhadap kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sambil itu, Setiausaha Agung DAP, sekali lagi menekankan tentangan DAP terhadap usaha menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang dikatakannya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tentangan itu sudah pastinya bercanggah dengan aspirasi Pas yang mahu mewujudkan sebuah negara Islam berlandaskan hukum yang ditetapkan al-Quran.

Kerana itu, DAP turut menyandarkan kepada Anwar untuk menjadi orang tengah bagi ‘mempertemukan’ DAP dan Pas yang mempunyai ideologi berbeza.

Guan Eng berkata, walaupun DAP memperakui Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif sekali gus pemimpin PR, semua pihak harus ingat PR pakatan sama rata yang mana tiada sesiapa mendominasi pihak lain.

Beliau berkata, parti itu mahu menjadi rakan yang bertanggungjawab dalam memegang kuasa pemerintahan sejajar dengan matlamat mewujudkan kerajaan rakyat bersandarkan enam teras iaitu demokrasi, keadilan, pematuhan undang-undang, kewibawaan, maruah insan dan kebebasan.

“Bagi mencapai kerajaan rakyat yang menjanjikan kesamarataan dan hak kebebasan kepada semua, parti itu berpegang kepada konsep tadbir urus yang cekap, telus dan akauntabiliti atau CAT.

“Kerjasama dengan semua anggota PR yang berteraskan CAT akan merealisasikan Impian ke arah kesaksamaan politik, ekonomi dan keadilan sosioekonomi untuk semua,” katanya dalam ucapan dasar pada perasmian Kongres Kebangsaan DAP ke-15, di sini, semalam.

Inilah kali pertama DAP mengadakan kongres dan pemilihan untuk menduduki 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), yang kemudian bertanggungjawab memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

Pemilihan CEC kali ini juga menyaksikan persaingan sengit apabila 58 calon yang menawarkan diri untuk mengisi 20 tempat dalam badan pembuat dasar parti itu.

Antara yang hadir sama pada perasmian itu ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh; Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta ahli CEC parti.

Sementara itu, pada sidang media, Guan Eng berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan menurunkan harga minyak walaupun menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu bertujuan meraih simpati penduduk Permatang Pauh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: