‘Tak gentar berdepan Anwar’

Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my


MESRA: Hishammuddin bersama timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong ketika hadir di Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran, semalam.

Pemuda pertahan calon Umno

PUTRAJAYA: Pemuda Umno tidak gentar berdepan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kelmarin.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pergerakan itu akan mempertahankan calon Barisan Nasional (BN) yang akan menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di kubu kuat beliau dan keluarganya.

“Permatang Pauh kubu kuat mereka sejak Pilihan Raya Umum 1999 dan saya sendiri memberi tumpuan di situ pada pilihan raya umum lalu.

“Namun, perang tetap perang…tak kira kali kedua, ketiga, keempat atau seterusnya kerana ia perkara yang kita sudah buat keputusan bila berpolitik, berjuang atas idealisme dan perjuangan parti,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

Hishammuddin berkata, apa yang menjadi tanda tanya ialah mengapa Wan Azizah sanggup melepaskan kerusi yang dikuasainya dan mengapa seorang yang kononnya popular dan disanjung ramai serta mengisytiharkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri terpaksa meminta daripada isteri.

“Mungkin ada sebab tertentu untuk alih pandangan orang ramai terhadap perkara pokok yang membabitkan Anwar,” katanya.

Hishammuddin berkata, gelagat Anwar sejak pilihan raya umum lalu hanya menjurus kepada kepentingan peribadi, seolah-olah mahu orang ramai melupakan isu peribadinya.

“Orang biasa bila buat laporan polis, mengharapkan polis menyiasatnya seperti biasa. Pemuda sendiri mahu kes liwat membabitkan Anwar disiasat secara telus dan adil tanpa dicampuri usaha untuk mengaburinya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: