Duta puas hati tiada konspirasi


TUKAR PANDANGAN: Syed Hamid berbual dengan sebahagian duta asing di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Semua perwakilan asing, termasuk dari Turki dan Amerika Syarikat berpuas hati dengan penjelasan Kementerian Dalam Negeri berhubung cara polis mengendalikan siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dakwaan konspirasi politik.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata beliau sendiri memberi penjelasan dan menjawab pelbagai soalan yang perwakilan asing terbabit itu supaya mereka mendapat gambaran sebenar berhubung apa yang berlaku di negara ini.

“Mereka berpuas hati dengan penjelasan mengenai sistem undang-undang, Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah. Kita harap mereka buat laporan yang bukan berpihak kepada kita, tetapi situasi sebenar.

“Kita dengar banyak cerita mengenai konspirasi, kita beritahu tak ada konspirasi. Kes ini babitkan imej seorang anak muda, bukan kes yang senang. Kita tak ada muslihat untuk memerangkap sesiapa supaya dia bermasalah, itu bukan kerja kerajaan.

“Kerajaan tidak bimbang kepada kebenaran. Mereka tidak perlu campur tangan kerana kita masih boleh kawal kestabilan politik Malaysia dan kewujudan negara sehingga hari ini berteraskan undang-undang,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, Syed Hamid memberi taklimat setengah jam kepada lebih 90 perwakilan asing berhubung kes itu dan situasi politik semasa di Malaysia.

Ditanya apakah sesi taklimat itu sebagai reaksi terhadap perjumpaan Anwar dengan beberapa perwakilan asing kelmarin, Syed Hamid menafikannya dan menegaskan ia cara terbaik memperbetulkan salah faham.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: