KETUANAN RAKYAT HANYALAH KETUANAN ANWAR


Bashir Ahmad

13 Mei 2008

KOLUMNIS Ceritalah dalam The Star, Karim Raslan pada 13 Mei 2008 antara lain menulis (berikut terjemahannya):

Perbahasan mengenai hak-hak Melayu, bertentangan dengan pendapat peserta-peserta Kongres Permuafatkan Melayu di Johor Bahru baru-baru, bukanlah satu isu. Dengan bilangan lebih 60% daripada jumlah penduduk, masyarakat Melayu-Muslim masih dominan dalam kehidupan di Malaysia melalui UMNO, PKR atau PAS.

Pada peringkat ini kita belum pasti parti mana yang akan menang, tapi di sebalik  apa jua yang berlaku saya yakin Malaysia akan kekal sebagai negara majoriti Islam yang konservatif berteraskan budaya Melayu.

Tidak betul untuk menganggap bahawa masyarakat Melayu telah berubah; jika ia pun mereka hanyalah berpecah.

Pendapat Raslan  ini pada keseluruhannya boleh dipakai, tetapi  kebimbangan Kongres Permuafakatan Melayu  mengenai hak-hak Melayu adalah satu isu yang tidak boleh dinafikan. Untuk menyatakan  bahawa hak-hak Melayu bukan satu isu, adalah  bergantung pada kelompok fikiran  mana anda berada.  Malah fikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang-orang Melayu dalam PKR tidak sama dengan Datuk Nik Abdul Aziz dan orang-orang Pas walaupun mereka sekarang berada dalam satu bot politik yang mereka namakan Pakatan Rakyat. Malah dalam Pas sendiri ada mazhab-mazhab yang berbeza pendirian mengenai pendekatan politik dalam isu ini.

Pemikiran para peserta Kongres Permuafakatan Melayu itu sebenarnya mencerminkan perasaan orang-orang Melayu yang selama ini berasa selesa dan selamat selama 52 tahun di bawah ketuanan UMNO yang menjadi tonggak  kerajaan yang memerintah. Intipati kepada perbincangan mereka di Johor Bahru ialah bagaimana mahu mengembalikan Ketuanan Melayu yang mereka bernaung di bawahnya sekian lama.

Ketuanan Melayu yang mereka maksudkan telah diasaskan oleh UMNO berpandukan kepada Kontrak Sosial yang menjadi komponen Perlembagaan Persekutuan. Antara lain ia memaktubkan hak-hak istimewa orang-orang Melayu, bahasa Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan raja-raja Melayu.

Bagaimanapun, pilihan raya 2008 telah memberikan isyarat yang jelas kepada mereka bahawa keadaan telah berubah. UMNO sebagai kuasa politik yang dominan turut kehakisan kuasa yang menjadi asas Ketuanan Melayu yang mereka fahami dan sokong selama ini. Malah kini bukan Melayu juga sudah menyoal hak raja-raja Melayu secara terbuka.

Jika dikaji secara menyeluruh, banyak faktor yang menyumbang kepada kelunturan Ketuanan Melayu dukungan UMNO ini. Peralihan pucuk pimpinan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dianggap keras kepada Pak Lah yang lebih lembut dan mudah berkompromi dengan bukan Melayu dan Islam dikatakan salah satu faktor.

Pendirian dan keperibadian Pak Lah yang lembut, malah beliau sendiri mengakui orang menganggapnya `lembek’, memberikan ruang kepada bukan Melayu untuk membuat pelbagai tuntutan yang mencabar Ketuanan Melayu dukungan UMNO. HINDRAF menjadi contoh yang jelas bagaimana sesuatu kelompok sanggup membuat tuntutan yang berasaskan tuduhan karut dan melampau terhadap kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Ketuanan Melayu UMNO.

Dalam masa yang sama, tuntutan dan asakan atas nama agama juga timbul. Penggunaan istilah Allah dan isu kuil merupakan satu cabaran terhadap konsep Ketuanan Melayu. Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa orang Melayu mestilah bergama Islam, maka Ketuanan Melayu itu sendiri boleh dianggap sebagai Ketuanan Islam.

Betapa tuntutan Lina Joy untuk menukarkan status agama dalam MyKadnya juga dilihat sebagai salah satu cabaran terhadap Ketuanan Melayu alias Ketuanan Islam. Begitu juga kontroversi pertikaian mengenai status mualaf yang meninggal dunia turut  menambah asakan terhadap Ketuanan Islam. Lantaran itu, sebilangan besar orang Melayu dan Islam mulai tertanya-tanya ke mana akhirnya asakan agama ini?

Dalam senario inilah faktor Anwar turut menyumbang besar kepada isu Ketuanan Melayu ini. Kerakusan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui gagasan politik pembangkang memperlihatkan betapa beliau sanggup mengorbankan falsafah Ketuanan Melayu yang didukungnya sekian lama semasa berada dalam UMNO.

Sebelum pilihan raya konsep ketuanan yang Anwar tonjolkan agak samar. Beliau menolak Dasar Ekonomi Baru dan menganjurkan Agenda Ekonomi Baru yang seolah-olah mengetepikan politik perkauman. Sesiapa sahaja yang menghalusi sepak terajang politik Malaysia akan dapat menghidu niat sebenar di hati Anwar. Beliau sebenarnya berjuang untuk menabalkan Ketuanan Anwar. Ya, Ketuanan Anwar.

Bagi  matlamat  ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja sekalipun  jelas  bertentangan dengan  falsafah perjuangannya sekian  lama. Yang penting ialah untuk  memikat DAP supaya bersamanya. Kepada Pas tentulah berbeza sedikit intipati pujukannya.

Selepas PRU 2008, apabila sebilangan orang Melayu bercakap tentang Ketuanan Melayu melalui akhbar Utusan Malaysia, Anwar lantas menonjolkan gagasan Ketuanan Rakyat sebagai falsafah politik dukungan PKR yang cuba disogokkan juga sebagai falsafah perjuangan Pakatan Rakyat (gabungan PKR, DAP dan Pas).

Ketuanan Rakyat ini Anwar laungkan lantang pada perhimpunan haram Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman yang diadakan bagi merayakan pembebasannya daripada sekatan berpolitik yang dikenakan ekoran disabitkan dengan kesalahan jenayah (rasuah). Beliau juga sempat memperlekeh Utusan Malaysia kerana membincangkan Ketuanan Melayu. Katanya:“ Pilihan raya sudah habis, tapi Utusan Malaysia belum habis berkempen.”

Ketuanan Rakyat cukup sedap didengar sebagai satu gagasan yang mesra demokrasi kerana sememangnya rakyat yang menentukan kerajaan melalui pilihan raya. Dalam masa yang sama, di negara-negara bersistem komunis dan sosialis perkataan rakyat (people) juga digunakan secara  meluas sebagai propaganda untuk menggambarkan  bahawa  kononnya rakyatlah yang berkuasa, walaupun hakikat adalah sebaliknya.  Contohnya Korea Utara secara rasmi diuar-uarkan dalam bahasa Inggeris sebagai Democratic People’s Republic of Korea, dan China sebagai People’s Republic of China.

Ketuanan Rakyat juga cukup menarik di telinga dan hati bukan Melayu. Ia seolah-olah menjanjikan bahawa Ketuanan Melayu sudah berkubur. Cukup menarik untuk memikat hati  Ahli-Ahli Parlimen  bukan Melayu di  Sabah dan Sarawak supaya berpaling tadah dan menyertai Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan  BN.

Ingin ditanya kepada Anwar dan para penyokongnya, adakah di bawah Ketuanan Rakyat kelak bukan Melayu juga boleh menjadi Perdana Menteri? Dan bolehkah orang lain selain daripada Anwar menjadi Perdana Menteri Ketuanan Rakyat? Anda tentu boleh menjawab soalan ini tanpa mendapat jawapan daripada Anwar.

Ketika menjadi pemimpin pelajar Anwar berfahaman Ketuanan Sosialis; di dalam UMNO berfahaman Ketuanan Melayu dan sekarang Ketuanan Rakyat. Andainya beliau menjadi Perdana Menteri, apa pula ketuanan yang akan dilontarkannya kepada rakyat?

Insya Allah, kupasan mengenai isu Ketuanan Melayu ini akan d

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: