Nasharudin…luka yang tak berdarah


PAS-nashaPara wartawan yang bertugas di Parlimen tertunggu-tunggu sepanjang hari Selasa.Ada yang kelihatan mengintai di sana sini.Namum kelibat Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa tidak kelihatan.

Jarang Ahli Parlimen Bachok itu tidak hadir sidang Parlimen selama ini kalau tidak ada urusan rasmi atau parti di luar.Beliau tidak hadir di Parlimen sejak Khamis sehari selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat ‘ meletup’ menghentamnya.

Nasharudin dikira antara Ahli Parlimen pembangkang yang disenangi oleh wartawan kerana mudah diminta komen sesuatu isu dan sebagainya.

Beliau juga tidak emosional dan sentiasa cool sekalipun dilontar soalan-soalan yang kritikal dan mencabar.

Sebab itu ada kalangan wartawan yang kata mereka terperanjat melihat cara Nik Aziz dan kalangan pimpinan parti membelasahnya semata-mata kerana terbuka memberi komen mengenai isu idea rundingan perpaduan dengan UMNO yang dibawa oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Sebagai ahli politik dan orang nombor dua dalam sebuah parti politik Nasharudin pasti tidak dapat lari bila para wartawan sudah set untuk mengejarnya bagi mendapat ulasan mengenai sesuatu isu.

Sejak beliau kelihatan bersalaman dan mencium tangan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam pertemuan dengan Musyridul Am PAS yang turut disertai oleh pimpinan PAS lain di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur petang Isnin ,ulasannya sendiri mengenai ‘ perdamaian ‘ itu belum diperolehi.

Ini kerana sidang akhbar itu diadakan tanpa sesi soal jawab.Nik Aziz hanya baca kenyataan ringkas.Itu saja. Beliau pulang sejurus pertemuan itu selesai dan juga tidak hadir semasa mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat yang diadakan malam itu.

Bukan saja wartawan tetapi juga kalangan pemerhati politik merasa tindak tanduk Menteri Besar Kelantan membelasahnya sampai suruh letak jawatan Ahli Parlimen dan masuk UMNO agak terlalu ‘ over ’.

Kalangan penyokong Nasharuddin yang baru saja mempertahankan jawatan Timbalan Presidennya menewaskan orang kanan Nik Aziz iaitu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu hanya memendam rasa kerana dikatakan malas nak berlaga dengan Tok Guru.

Puak Erdogan dalam parti itu yang menyokong Husam pula dikatakan senyap-senyap bertepuk tangan dan senyum sendiri bila mereka dapat menikmati ‘ balas dendam’ menerusi Nik Aziz.

Semua orang tahu Haji Hadi terpaksa buat seolah beliau tidak pernah cakap soal idea rundingan perpaduan dan sebaliknya tuduh UMNO punya angkara nak pecahkan pakatan pembangkang kerana tekanan hebat dari Nik Aziz,Erdogan dan pimpinan PKR dan DAP.

Media tidak tersilap petik cakap Haji Hadi maupun Nasharuddin.Mereka berdua sendiri tidak pernah kata PAS nak bergabung dengan UMNO dan begitu juga pemimpin UMNO tidak pernah kata bergabung dengan PAS.

Matlamat rundingan perpaduan itu hanya nak cari titik temu hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Kebimbangan nampaknya begitu menghantui pihak-pihak yang tidak mahu melihat Melayu bersatu langsung.

Tindak tanduk politik mereka untuk memintas idea Presiden PAS itu seuatu yang dijangka.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali secara terbuka kata jika Melayu berpadu maka impian Datuk Seri Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri pasti berkecai.

Ini kerana PAS menjadi sandarannya untuk sokongan Melayu.

Beliau melihat PAS kini berpolitik bukan lagi berlandaskan agama yang sentiasa dilaungkan di sana sini sebaliknya berpolitik untuk kuasa.

Nasharudin mungkin boleh ‘ menutup ’ fiasco yang dihadapinya dengan orang dalam partinya dan dengan pimpinan PKR dan DAP bila para wartawan mengepungnya kelak namun dari sudut politik sekalipun – luka tidak berdarah – tapi parut polimek itu pasti akan terlihat diraut wajahnya

PAS Persendakan agenda bangsa Melayu


  

Kerajaan Perpaduan akhirnya berjaya dikengkang oleh PR apabila  mereka telah membuat keputusan bahawa tiada rundingan mengenai  pembelaan kepada bangsa Melayu akan berlaku antara UMNO dan PAS. Cadangan  yang dicadangkan oleh Presiden Parti PAS , Hj Hadi Awang  sememangnya mendapat tentangan oleh Nik Aziz sebelum ini jelas  membayangkan betapa PAS ditekan oleh DAP dan PKR.

 Seperti yang kita ketahui . agenda  Melayu sememangnya tidak penting bagi parti PKR dan DAP kerana sokongan yang diraih oleh mereka  selama ini kerana berjaya meyakinkan  bangsa asing bahawa parti ini meletakkan  Bangsa Melayu sama rata dan sama tahap dengan  bangsa asing di Malaysia , malahan mereka juga  memberikan tumpuan  dan kelebihan kepada bangsa asing bagi meraih sokongan mereka
Mereka juga  menanam kan lebel bahawa  parti PAS yang kononnya  memperjuangkan Islam boleh ditarik hidung kerana  PAS adalah merupakan  sebuah parti yang lemah dalam pakatan ini. Jelas   sekarang bahawa PAS tidak lagi berjuang untuk memperjuangkan hak bangsa  Melayu dan agama Islam tetapi sanggup duduk dalam kelompok yang lebih mementingkan kuasa.

Pengundi di Manek Urai sepatutnya memberikan pesanan kepada pemimpin Pas dengan menolak parti ini  Manlk Urai sepertimana pengundi  Melayu  yang kini sudah menolak PR dalam dua pilihan raya kecil yang lepas,Kini kita boleh membuat kesimpulan bahawa kita perlu berpaut kepada UMNO untuk memperjuangkan hak Melayu, Sesuai denganb nama UMNO (United Malays National Organasation

Kenyataan Mahfuz dengan analogi bahawa ‘UMNO kini kehilangan tabung oksigen’ apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pembangkang menampakkan betapa pemimpin PAS mulai riak dan takbur. Mereka menyangkakan  bahawa UMNO dan BN hanya  bergantung kepada Isu ini untuk meraihsokongan. Sebenarnya UMNO telus dengan perjuangan orang Melayu dan bersedia semeja  dengan mana mana pihak demi memperjuangkan bangsa Melayu seandai nya mereka serious dan benar-benar mahu berbincang mengenai agenda Melayu.

Jelas PAS hanya menganggap isu ini sebagai satu mainan politik dan saja suka – suka untuk mempersendakan bangsa Melayu.

DAP dan PKR takut kerajaan Perpaduan NAJIB – HADI


DAP dan PKR kini merasa gusar setelah kumpulan Erdogan gagal untuk menguasai pemilihan PAS. Hj Hadi pula dikatakan ghairah untuk melaksanakan kerajaan perpaduan, Bagi DAP dan PKR, mereka tidak akan mampu untuk berdiri sendiri tanpa Pas dan seandainya dua parti ini bergabung , ianya merupakan satu gabungan kuasa Melayu yang besar.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat,Datuk Mustapha Ali telah mengadakan satu sidang akhbar mengejut di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pagi Selasa yang jelas ‘ korner baring’ dari kenyataan Presiden PAS Datuk Haji Hadi Awang pada muktamar parti itu mengenai idea kerajaan perpaduan.Mustapha yang diketahui umum rapat dengan Haji Hadi telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti cakap mengenai hal berkenaan.

Mustapha mungkin ada perancangan beliau sendiri dan untuk merealisasikan perkara ini , ianya perlu dilakukan dalam keadaan yang tenang. Namun DAP dan PKR kini sudah tidak boleh tenang lagi kerana perkara ini bukannya sesuatu yang baru timbul , tetapi sememangnya pernah berlaku dan sememengnya ada perbincangan dan persegalaman yang sedang dimenterai oleh UMNO dan Pas. Hj Hadi juga pernah mengakui bahawa sememangnya pernah berlaku perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini.

DAP mungkin tidak senang dengan cara Pas dan Pas juga sememangnya tidak senang dengan cara DAP dan PKR . Pas sebagai parti Melayu tentu kini merasaklan telah banyak melakukan dosa terhadap pengkhianatan kepada bangsa Melayu khususnya ahli UMNO yang terdiri dari orang Melayu yang beragama Islam.

Kita tentu akan dapat melihat sesuatu yang positif akan berlaku dalam masa yang terdekat ini. Pastinya DAP dan PKR akan cuba melakukan sesuatu untuk menggagalkan kerajaan Perpaduan ini. PAS juga telah sedar dari keputusan pilihan raya kecil baru baru ini , pengundi melayu telah banyak yang kembali memberikan undi kepada UMNO. Hadi keligatan begitu positif dan yakin dengan kerajaan perpaduan ini sehinga sanggup berterus terang pada Muktamar PAS yang lalu.

Siapa lebih berkuasa dalam PR ?


 

Mungkin PAS sudah mula tidak dapat menerima Anwar sebagai Ketua Parti Pembangkang. Sebenarnya  16 Sept yang  pernah di pusingkan oleh Anwar adalah untuk test market sama ada  pemimpin pembangkang dapat  atau tidak menerima  beliau sekiranya beliau layak jadi Perdana Menteri. Jelas, tidak semuanya yang boleh menerima , Hj Hadi dalam komen beliau menyatakan itu semua adalah angan-angan Mat Jenin.

Jika PR Menang pilihan raya yang akan datang, layak kah Anwar jadi PM atau HJ Hadi mahupun Lim Kit Siang. Kesemua ini kita lihat sebagai gila kuasa.Perpaduan dalam Parti pembangkang sekarang agak goyah. Anwar seolah -olah tidak lagi dihormati oleh pemimpin parti lain. Apakah Pas akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ? atau adakah tempat sebagai Perdana Menteri sememangnya telah dijamin untuk  Anwar? . Ini persoalan yang perlu dijawab oleh penyokong PR.

Sehingga hari ini, PR tidak berani membariskan bayangan kabinet mereka. Siapa yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, kerusi yang telah ditawarkan oleh Anwar kepada beratus orang, semua  orang yang beliau ketemui, beliau menjanjikan untuk menjadi timbalan Perdana Menteri, Bagaimana dengan Hadi dan Lim Kit Siang, Mungkinkah tempat TPM juga bukan menjadi miliki mereka ?.

Berapa lama Penyokong PR  perlu hidup dalam bayangan gurauan Anwar Ibrahim?

Usahkan kabinet bayangan, Logo Parti yang begitu mudah pun sukar bagi mereka mendapatkan kata sepakat seperti apa yang dilakukan oleh BN. Lambang dacing adalah lambang kesepakatan BN . PR masih menggunakan logo masing -masing kerana takut untuk menggunakan  logo sendiri.

Di tempat melayu mereka takut gunakan logo DAP dan kawasan Melayu nereka takut gunakan logo Dap.Sehingga hari ini setelah memerentah beberapa negeri yang merupakan pencapaian mereka yang terbaik dalam pilihan raya yang lalu, mereka masih gagal memiliki logo sendiri. Apakah Anwar pasti beliau akan mendapat sokongan kaum ulamak dalam Pas untuk jadi PM jika  PR memenangi pilihan raya akan datang ?

DAP: Pakatan hadapi ‘krisis keyakinan’


Gabungan tiga parti pembangkang kini buat kali pertama menghadapi “krisis keyakinan” susulan tindakan PAS inginkan kerajaan perpaduan dan juga meluluskan usul menggesa Sisters in Islam (SIS) diharamkan.

lim kit siang 111204“Pakatan Rakyat sedang mengalami krisis keyakinan yang pertama di kalangan anggota, penyokong dan simpatisannya sejak ditubuhkan selepas tsunami politik 8 Mac tahun lalu,” kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Tambahnya, walaupun tema muktamar PAS hujung minggu lalu boleh membawa maksud mengukuhkannya lagi sebagai parti nasional yang mewakili kepentingan dan hak semua, tetapi saranan kerajaan perpaduan dan gesaan menyiasat SIS dan mengharamkannya membawa “kesan sebaliknya”, mencetuskan krisis tersebut.

DAP dan PKR menafikan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat pernah membincangkan dan bersetuju dengan saranan berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.

Dua parti itu juga menggesa PAS menilai semula usul yang diluluskan tanpa bahasa yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan SIS jika terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan beberapa pagi pemimpin parti itu memperalatkan saranan kerajaan perpaduan untuk  “memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan krisis keyakinan orang ramai terhadap pembangkang,” tambah Lim.

“Ia menguji kebijaksanaan dan keupayaan pemimimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS untuk mengukur harapan rakyat seperti diluahkan pada pilihanraya umum tahun lalu untuk melanjutkan lagi perjuangan  Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin PAS menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan dan parti itu sendiri agar tidak mengeluarkan kenyataan lagi tentang isu tersebut yang boleh mengelirukan lagi  penyokong pembangkang.

Pengarah Pilihanraya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan isu kerajaan perpaduan “tidak relevan” kerana tugas pembangkang untuk melawan Umno dalam pilihanraya umum dan kecil, termasuk di DUN Manek Urai.

“Kita nak benamkan Umno, nak benamkan BN. Cakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini.

“Sebab, kalau menggunakan istilah kerjasama, ia akan disalahertikan. PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, dan engagement, ya.

“Ia digunakan untuk bercakap dengan sesiapapun, sama ada dengan MCA, MIC atau Umno. Bukan berunding, tetapi bercakap. Itu tidak salah,” kata Mustafa dalam satu sidang media.

pas mustafa ali pc 090609 04Walaupun idea kerajaan perpaduan pernah dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di satu mesyuarat jawatankuasa PAS tetapi satu keputusan tidak dicapai untuk menerimanya.

“Tidak salah melontar satu idea dan ia tak jadi satu keputusan,” kata Mustafa.

Tambahnya, dalam ucapan dasar presiden pada muktamar hujung minggu lalu, Abdul Hadi juga tidak membangkitkan mengenai kerajaan perpaduan.

“Beliau tidak sebut, jadi ia tidak menjadi agenda parti,” katanya.

Mustafa juga berkata, setakat pengetahuannya, idea pernah dimaklumkan kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perbicangan.

Bagaimanapun Mustafa tidak mengingati tarikh perbincangan tersebut.

“Selepas itu Datuk Seri Hadi, Datuk Seri Anwar dan (timbalan mursyidul am PAS) Datuk Dr Haron Din pergi ke Kota Bharu, berjumpa dengan (mursyidul am PAS) Datuk Nik Aziz, yang saya faham dalam konteks untuk menerangkan tentang perkara ini.

“Saya tidak tahu respons Tok guru (Nik Aziz ) selepas itu,” katanya.

“Pada saya, mungkin presiden PAS, bila beliau memaklumkan kepada  Anwar sebagai pemimpin Pakatan, mungkin dia mengandaikan maklumat itu sampai kepada DAP.

“Tetapi mungkin maklumat itu tidak sampai kepada DAP sebab DAP kata ia tidak tahu. Mungkin benar mereka berkata begitu. Jadi ini yang menimbulkan cakap-cakap begini.”

Oleh itu, beliau berharap semua pihak di dalam PAS dapat menjernihkan suasana agar perkara tersebut tidak berbangkit lagi isu mengenai perpaduan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Musatafa turut menyatakan bahawa jentera pilihanraya PAS di peringkat Pusat dan negeri telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Katanya, jentera pilihanraya di peringkat Pusat akan di ketuai oleh timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa manakala jentera operasi di serahkan kepada jabatan pilihanraya negeri yang diketuai oleh pengarahnya, Datuk Abdul Fatah Haron.

Tambah Mustafa, PAS menggunakan strategi dan format yang digunakan oleh parti tersebut dalam dua pilihanraya kecil parlimen, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang – masing-masing pada Januari dan April lalu.

Ditanya mengenai calon yang akan dipilih, beliau berkata, ia akan diumumkan seminggu sebelum penamaan calon.

“Saya tak ada senarai calon, yang ada hanya di Kelantan,” katanya.

Katanya, calon yang dipilih adalah calon yang diterima oleh rakyat dan boleh memenangkan parti tersebut dalam pilihanraya.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.