AGENDA KETUANAN RAKYAT VS AGENDA PELBAGAI KAUM

OLEH: Kamarulzaman Kamdias

Pemimpin yang memperjuangkan agenda ketuanan rakyat harus membuktikan bahawa mereka benar-benar memperjuangkan hak setiap rakyat dengan adil merentasi sempadan kepentingan kaum. Agenda ketuanan rakyat ini haruslah benar-benar melambangkan ketuanan rakyat sebenar. Berselindung di sebalik perkataan-perkataan keramat agar ‘kelihatan lebih bersikap terbuka’ berbanding orang lain, adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, tidak boleh dipercayai dan mengelirukan rakyat.

Tindakan pemimpin-pemimpin yang menjual agenda ketuanan rakyat mengikut persepsi masing-masing hanyalah ibarat memperjuangkan saiz baju yang dipakai antara kanak-kanak dan budak sekolah. Proses pembesaran yang berlaku akan menyebabkan saiz baju akan sentiasa bertukar. Sampai ke satu tahap pembesaran akan berhenti, maka saiz baju tidak akan bertukar lagi. Maka, di mana tahap tertinggi agenda ketuanan rakyat ini seharusnya diperjuangkan?

Jika benar seperti yang dikata, pemimpin-pemimpin ini harus mengajak kaum mereka secara sukarela menghapuskan sekolah jenis kebangsaan seperti mana kesanggupan orang melayu menghapuskan sekolah melayu. Kalau mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan sebuah bangsa Malaysia yang sebenar, mereka juga secara sukarela harus berbuat seperti mana bangsa cina Indonesia yang sanggup menggugurkan nama warisan nenek moyang mereka dengan menukar kepada nama bangsa Indonesia.

Mereka juga harus sanggup berdiri sama tinggi dengan kaum cina di Singapura yang telah lama menghapuskan sekolah jenis kebangsaan yang berasaskan perkauman, walaupun majoriti penduduknya berbangsa cina.

Jika pengorbanan ini dapat dilakukan, barulah agenda ketuanan rakyat yang sebenar tahap tertinggi akan tercapai. Barulah mereka layak untuk melabelkan diri mereka ‘pejuang ketuanan rakyat’ atau pejuang sebuah bangsa Malaysia tulin. Memperjuangkan ketuanan rakyat secara berpilih dan berkepentingan akan hanya menyerlahkan sikap kepura-puraan, membibit sikap prasangka dan lebih menyuburkan sentimen perkauman.

Akhirnya, sikap ini akan hanya menambah kerenggangan hubungan antara kaum yang telah hampir berjaya dilakukan sejak penstrukturan semula masyarakat dan sosio-ekonomi pelbagai kaum melalui Dasar Ekonomi Baru. Hakikatnya, Allahyarham Tun Abd Razak adalah orang yang paling layak digelar Bapa Ketuanan Rakyat dan kerana beliaulah hari ini setiap kaum di Malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di dalam kepelbagaian yang begitu kompleks

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.