Politik Permuafakatan

Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini berlaku di nagara yang mempunyai  masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Politik permuafakatan ini pertama kalinya diperkenalkan oleh  Arend Lijpart semasa Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel .

Antara negara maju yang melakukan politik permuafakatan ini adalah Belanda ,Swizerland dan Austria. Manakala bagi negara sedang membangun yang menjalankan politik permuafakatan ini termasuk Pakistan, India dan Malaysia adalah negara sedang membangun yang paling berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan. Walau bagaimana pun berlaku sedikit gangguan terhadap kejayaan politik permuafakatan  apabila berlakunya rusuhan kaum selepas 13 Mei 1969.  Tetapi keberkesanan Politik Permuafakatan di Malaysia ini berlangsung dengan jayanya selepas itu sehingga kini yang membawa tertubuhnya Barisan Nasional sebagai kesinambungan daripada Parti Perikatan.

Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui perkongsian kuasa.   Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan.   Selain itu melalui perkongsian kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum yang lain.

Seterusnya pula adalah Kuasa veto.  Kuasa veto di sini bermaksud setiap kaum berhak untuk melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang di wakili tidak di penuhi.

Elemen seterusnya ialah proposional iaitu nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan.  Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah tertentu. Melaluinya akan dapat untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap kaum tertentu.

Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah Autonomi Segmental iaitu di mana setiap kaum  mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu untuk kaum yang di wakili contohnya  isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya.  Melalui kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara sehingga kini melalui BN yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara setiap kaum dan politik permuafakatan dapat di aplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: