HarakahDaily Menipu Pembaca Mereka, Karpal Singh Capai Objektif

Ditulis oleh HangTuah

Selepas menunggu lebih seminggu reaksi pemimpin tertinggi PAS mengenai desakan Karpal Singh supaya PAS membuang terus konsep Negara Islam daripada perjuangan parti mereka, saya betul-betul kecewa.Berita yang mendapat tempat di banyak media alternative dan disiarkan pertama kali oleh MalaysiaKini dan diulas oleh saya di bawah tajuk DAP Desak PAS gugur Negara Islam tidak mendapat tempat langsung di dalam HarakahDaily edisi Internet. Sehari selepas itu, Wan Azizah pula membuat kenyataan yang dipetik oleh MalaysiaToday mengatakan tidak masuk akal untuk PAS menubuhkan Negara Islam di Malaysia turut diulas oleh saya di bawah tajuk “Tidak Masuk Akal Tubuh Negara Islam“. Malah, isu Karpal Singh menolak Negara Islam menjadi isu polis apabila PAS Johor menghalalkan darahnya.

Saya melayari laman web HarakahDaily setiap hari mengenai isu penting dan sentiasa menjadi intipati perjuangan PAS selama ini. Namun, saya hampa kerana ketiga-tiga berita tersebut tidak mendapat tempat langsung dalam HarakahDaily.

Sungguh mengecewakan bagi sebuah akhbar yang kononnya memperjuangkan keadilan, telus dan bebas telah menipu pembaca setia mereka. Malah, isi kandungan HarakahDaily lebih banyak berkisar kepada isu-isu pengelutan dalam BN dan UMNO.

HarakahDaily sepatutnya lebih mementingkan isu-isu besar seperti penolakan pemimpin Pakatan Rakyat kepada penubuhan Negara Islam. Nampak sangat bahawa HarakahDaily cuba menipu dan memperbodohkan pembaca setia mereka yang hanya taksub dengan berita yang disiarkan oleh akhbar itu.

Bagi saya, ketiadaan sebarang reaksi pemimpin PAS mengenai penolakan Negara Islam oleh pemimpin PR yang lain membuktikan bahawa mereka telah menguburkan konsep Negara Islam daripada terus menjadi perjuangan mereka.

Melihat pemimpin PAS kelu untuk menyuarakan pendapat mereka dalam isu ini, Karpal Singh melihat peluang ahli PAS Johor menghalalkan darahnya dibunuh boleh digunakan untuk mengukuhkan kedudukannya. Dia membuat laporan polis mengenai perkara tersebut dan menyebabkan pemimpin PAS Johor menjadi kecut perut dan meminta maaf mengenai perkara tersebut. PAS Johor menjadi begitu penakut sehingga terlupa isu utama ialah penolakan DAP terhadap Negara Islam dan bukannya isu darah Karpal halal dibunuh.

Selepas itu, Karpal juga berjaya memperkuatkan kedudukannya dalam isu penolakan tersebut dan memberi amaran supaya pemimpin PAS tidak lagi menimbulkan isu Negara Islam di masa depan.

Sehingga hari ini, semua pemimpin PAS mendiamkan diri dan tidak seorang pun berani bersuara menentang “FATWA” yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Karpal Singh mengenai Negara Islam.

Hebat sungguh DAP dan PKR, mereka telah berjaya mensekularkan pemimpin PAS dalam masa tidak sampai 2 bulan bersama. Jadi, kita bolehlah melupakan niat PAS untuk memtarbiah pemimpin-pemimpin kafir harbi di dalam PR. Hakikatnya, PAS telah berjaya ditarbiah oleh DAP supaya menjadi sekular, menerima arak, judi, babi, pub dan segala macam kemaksiatan.Ini sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh UMNO untuk memujuk PAS memahami konsep masyarakat majmuk sebelum ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: