Gelombang suara mahasiswa UiTM

KHAIRUL AZRAN HUSSIN

BOLEH cerita sedikit bagaimana MPP dapat mengumpulkan pelajar seramai itu dalam waktu yang singkat untuk berarak ke pejabat Menteri Besar?

MPP mendapat tahu berita itu pada Isnin lalu, kira-kira jam satu tengah hari dan serentak itu juga, kami dan semua persatuan sokongan lain di UiTM dipanggil bermesyuarat berhubung isu itu. Pada jam 2.30 petang kami sudah mula menggerakkan ahli mengedarkan risalah dan SMS kepada rakan serta membuat hebahan menerusi laman web.

Apa reaksi dan emosi pelajar UiTM berhubung isu ini?

Secara jujur, seluruh pelajar UiTM, sama ada yang masih menuntut atau bekas pelajar terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Selangor itu. Emosi kami bercampur baur, ada kecewa, sedih, kesal, marah dan kalau boleh ingin bangun memberontak bagi membantah cadangan itu.

Tetapi, kami perlu matang berdepan isu. Justeru, perarakan aman untuk menyerahkan memorandum adalah cara terbaik melakukan bantahan.

Ramai terkejut dengan perarakan itu, kerana ia membuktikan mahasiswa bukan lesu, malah masih bertaring?

Mahasiswa tidak pernah hilang taring, tetapi diam kerana berasakan negara masih aman tanpa ada unsur yang boleh memusnahkan keharmonian negara. Perarakan itu satu gelombang kecil suara mahasiswa yang tidak bersetuju jika ada sebarang perkara yang berkaitan Melayu dan Islam dipersoalkan dan dicabar oleh pihak tertentu.

Bagaimana reaksi rakan kaum lain berhubung isu ini?

Saya ada rakan India dari Universiti Sains Malaysia (USM), Cina dari Universiti Malaya (UM) dan ramai lagi kawan pelbagai bangsa di luar sana. Mereka menerima dan menghormati pendirian kami. Malah, kami pernah berbincang secara profesional berhubung pelbagai isu berkaitan kaum yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Mereka faham dan dapat menerimanya.

Mengapa memakai baju hitam pada hari perarakan?

Hitam melambangkan suara hati dan emosi kami yang sedih dan kesal dengan isu itu. Kami juga memakai baju hitam kerana berasakan seolah-olah seorang pemimpin Melayu ingin menghumban anak bangsanya sendiri ke dalam lubang kubur apabila membuat kenyataan sebegitu.

Kami kesal kerana ketika kaum lain sudah menerima hakikat UiTM khas untuk membantu Bumiputera, Menteri Besar Selangor membuka jalan untuk Melayu hilang segala-galanya. Alhamdulillah, suara kami mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan hari ini (semalam), kami mendapat panggilan dari pejabat baginda meminta salinan memorandum bantahan itu dihantar ke sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: