Reformasi dalam UMNO, satu kesukaran

ImageISU kali ini adalah sistem kuota tidak perlu dimansuhkan. Ini pendapat peribadi Tan Sri Muhd Taib dan beberapa ketua-ketua yang lain. Asasnya berlandaskan perpaduan dalam parti. Maksudnya mahu terus menjaga tempat dan ahli-ahli parti tidak cukup matang untuk berdepan dengan situasi pemilihan. Itu bukan sesuatu yang baru dalam UMNO.Jangan cabar dan kita perlu sokong kerana dia ketua, kerana dia Perdana Menteri dan Timbalan Menteri, kerana dia Ketua Pemuda dan Ketua Wanita.

Kita harus terus bersetuju dan akhirnya padah menimpa bila rakyat yang tidak setuju. Ini hasilnya setelah lama UMNO menjadi tunggak dan harapan maka hari ini dan hari-hari akan datang mungkin hari yang muram buat UMNO dan kemuraman ini akan menjadi petanda bahawa Melayu kemungkinan akan turut terbahagi secara drastik.

Perubahan dan reformasi dalam UMNO bukan sesuatu yang mudah. Mengikis tabiat negatif dalam UMNO adalah satu usaha mendaki gunung yang sukar dan sulit. Memang tidak mustahil tetapi melihat dari sudut keberanian dan kemungkinan hilang sesuatu baik material mahupun harapan maka ahli UMNO akan berdiri kaku dalam politik menunggu dan mengharap sehingga sampai saat-saat pemergian dan mungkin akan berkubur erti Melayu.

Mahu tidak mahu, marah atau tidak, persoalan Melayu untuk Melayu adalah persoalan pokok. Begitu juga kaum lain untuk kaumnya sendiri. Kemenangan Barisan Rakyat bukan kerana rakyat menolak parti berdasarkan agenda perkauman atau parti itu didominasi oleh sesuatu kaum sahaja tetapi mempunyai sebab lain yang melibatkan polisi, kenaikan harga, perbalahan dalam UMNO sendiri dan kepimpinan UMNO yang menyebabkan UMNO di tolak.

Rakyat masih lagi terbelenggu dengan perjuangan kaum dan ini bukan satu yang dikira salah. Namun pengimbangan tanpa menolak keluhuran perlembagaan atas hak keistimewaan peru dihormati. Berbalik kepada reformasi dalam UMNO semakin ramai antara ahli UMNO sendiri membicarakan mengenai reformasi dalaman. Ini adalah satu usaha yang murni tetapi perlu dilakukan berhati-hati.

Kita perlu ingat, usaha perubahan perlu total tetapi perlu dilakukan dengan cara yang halus kerana kedudukan kita hari ini tidak seselesa sebelum ini. Sekiranya kita masih mempunyai kuasa dan kita melakukan perubahan atau reformasi sewaktu itu maka perubahan yang dianjurkan itu akan lebih diterima tetapi dalam keadaan kita sewaktu ini lemah sebarang anjuran perubahan akan dianggap seperti “admission of mistake” yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu sebelum perubahan.

Ini akan lebih memburukkan keadaan apabila pengakuan tidak disertai dengan hukuman bagi membetulkan keadaan. Sungguhpun begitu dalam soal pemansuhan kuota ini, kemungkinan banyak alternatif perlu dibuat untuk mengurus keadaan dari membiarkan seramai mungkin mereka bertanding untuk semua jawatan. Mungkin penurunan kuota ke satu angka yang lebih “relaks” adalah jalan yang sebaiknya. Kita tidak mahu menghalang proses demokrasi sungguhpun kita tidak mahu demokrasi itu menyulitkan keadaan.

Ini mungkin satu alternatif tetapi sekiranya suara akar umbi mengehendaki itu dilaksanakan maka ini perlu dilaksanakan. Ini bukan soal beberapa orang kepimpinan dalam UMNO yang membuat keputusan tetapi sepatutnya melepaskan peraturan prinsipal ini ditentukan oleh ahli. Ini akan nampak perubahan sungguhpun tidak cukup untuk menjanjikan kemenangan.

Perubahan mutlak akan jelas sekiranya dalam proses reformasi ini maka terselongkar tanggungjawab yang telah diselewengkan, amanah yang telah di khianati maka perubahan harus mengambil kira hukum bagi menunjukkan betapa seriusnya perubahan yang mahu dilakukan. Menunjukkan kesungguhan ini dengan mengambil tindakan disiplin dan berbagai-bagai tindakan lain menurut perlembagaan dan akta yang akan membuka mata mereka yang dahulunya sudah mual kepada UMNO untuk kembali memberi harapan.

Inilah proses yang wajib kita lakukan agar proses reformasi ini tidak kering lantas tidak berkesan. Dalam itu proses reformasi dalam UMNO jelas nampak sukar tetapi bukan mustahil. Ambil tanggungjawab sebagai amanah dan sekiranya tidak mampu lepaskan segera. UMNO dalam keadaan getir tetapi bukan susuh untuk menyelamatkan asal sahaja ada kemahuan.

Anuar Mohd Nor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: