Terima Hakikat Sebagai Kaum Pendatang

Penulis sering berhadapan dengan para wartawan akhbar berbahasa Cina yang tidak mempunyai kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Mereka juga tidak mahir berbahasa Inggeris. Sebab itu akhbar ini bukan sahaja selalu tersalah lapor tetapi juga salah tafsir pandangan pemimpin bukan Cina. Demikianlah makna negara Malaysia dan bahasa Malaysia kepada sebahagian besar kaum Cina.

Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa orang Cina dan India harus menerima hakikat bahawa mereka merupakan kaum pendatang atau kaum imigran adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan. Ini bukan bermakna orang Melayu tidak mengiktiraf sumbangan mereka.

Negara ini mengiktiraf semua sumbangan warganegaranya sama ada pribumi mahu pun kaum pendatang. Namun seperti kata Datuk Ahmad Ismail, kaum Cina dan India tidaklah boleh mengharapkan orang Melayu dan bumiputera lain mengenepikan hak-hak mereka seperti dalam Perlembagaan.

Apakah apabila Ahmad Ismail mendakwa kaum Cina dan India sebagai imigran maka ia menjadi satu isu perkauman tetapi apabila orang Cina mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam dianggap satu perbincangan yang wajar?

Tiada orang Melayu yang waras mahu menindas bukan Melayu dan bukan Islam. Namun ia bukan bermakna memberi lesen kepada pemimpin bukan Melayu dan beberapa kerat Melayu berstatus pengkhianat seperti Anwar Ibrahim mempersoalkan hak dan kedudukan orang Melayu.

Mengapa Gerakan dan MCA begitu lantang mengkritik kenyataan Ahmad Ismail tetapi langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadapmemorandum palsu Hindraf?

Apakah tindakan Gerakan dan MCA memperjuangkan kelangsungan sekolah Cina bukan satu aktiviti perkauman? 51 tahun merdeka kaum Cina masih bercakap soal sekolah cina, bahasa Mandarin dan soal kecinaan. Lantas mereka mahu menyalahkan orang Melayu kerana turut mementingkan kepentingan agama dan bangsa?

Di negara mana pun dalam dunia ini termasuk di negara barat yang maju, panggilan kaum imigran atau pendatang tidak pernah dianggap sebagai bersifat perkauman. Apakah kaum cina yang berhijrah dan menjadi warganegara Australia, Kanada, Britain dan lain-lain negara tidak dikenali sebagai kaum Imigran?

Mudah sekali MCA dan Gerakan bercakap soal kesamarataan dan keadilan semua kaum sedangkan mereka sendiri tidak pernah adil kepada kaum asal Tanah Melayu ini.

Kaum Cina bercakap soal orang Melayu mendapat kelebihan sejak merdeka. Itu bermakna baru 51 tahun orang Melayu mendapat sedikit kelebihan. Itu pun dalam sesetengah bidang sahaja. Dalam banyak hal tiada pun kelebihan dan pilih kasih dilakukan.

Namun yang mereka lupa ialah mereka mendapat kelebihan dan pertolongan penjajah sejak beratus tahun lalu mengaut kekayaan negara ini. Dengan bantuan penjajah juga maka Yap Ah Loy dimahsyurkan sebagai pembuka Kuala Lumpur sedangkan sejak zaman berzaman Kuala Lumpur sudah wujud penempatan Melayu.

Apakah sedikit kelebihan ini selama 51 tahun sudah dianggap sebagai tidak adil? Orang Cina patut bersyukur kerana sifat Melayu yang pemaaf dan mudah menerima bangsa lain maka mereka tidak dianggap anjing penjajah dan pengkhianat kedaulatan tanah Melayu.

Ada generasi muda Cina yang menulis kononnya jika ini keadaan mereka (ditindas oleh hak istimewa Melayu) lebih baik tidak diberi kerakyatan sejak dahulu. Inilah jenis tidak sedar dek untung. Apakah nenek moyang mereka mahu kembali ke negara China yang penuh kesusahan dan kesengsaraan? Apakah mereka juga mahu kembali ke negara China hari ini?

Jika mereka merasakan hanya sedikit kelebihan Melayu dan bumiputera lain ini merupakan satu penindasan, mereka boleh sahaja berhijrah ke negara lain atau memohon kewarganegaraan China kembali.

Hakikatnya imigran Cina di Malaysia lebih berjaya berbanding di negara lain. Lihat sahaja di negara ini, cina yang tidak tahu berbahasa Malaysia pun boleh kaya raya. Apakah mereka boleh menjadi kaya di Australia, Amerika atau Britain tanpa fasih bahasa rasmi negara tersebut?

Mereka mahu bercakap soal keadilan apabila merebut kekayaan dan kemakmuran negara. tapi berapa ramai kaum Cina masuk Polis, askar, bomba dan pertahanan awam? Mereka merungut sebagai kerja yang kurang pendapatan tetapi kena bekerja keras. Mereka lebih rela menjadi penjual VCD cetak rompak, kongsi gelap dan penyamun kerana mahu kaya.

Kita menghormati dan menyayangi kaum Cina yang boleh bertolak ansur dan menerima kontrak sosial kemerdekaan negara. Namun bagi mereka yang tidak mahu menerimanya dan menganggap orang Melayu dan agama Islam tiada hak lagi seperti dalam perlembagaan Malaysia, mereka boleh memilih negara lain yang lebih adil dan saksama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: