Pilihan raya tak halang kes liwat

Oleh Wan Hazmir Bakar dan Abdul Razak Raaff b

hnews@bharian.com.my

Proses perundangan diteruskan walaupun Penasihat PKR umum untuk bertanding PUTRAJAYA: Proses perundangan berhubung dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan jika ada kes walaupun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri berkata, keputusan sama ada Anwar akan didakwa di mahkamah ditentukan Pejabat Peguam Negara berdasarkan hasil siasatan polis, manakala kelayakannya bertanding pilihan raya ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Sudah tentu pihak berkuasa akan mengikut proses undang-undang… Pejabat Peguam Negara akan tentukan sama ada kes ini akan dibawa ke mahkamah. Kalau tiada kes, gugur sajalah… saya pun tak tahu hasil siasatan yang sudah dijalankan polis. “Tidak pernah berlaku proses undang-undang dihentikan hanya kerana seseorang itu nak bertanding, nak pegang jawatan… proses undang-undang mesti berjalan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam. Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas jika imej negara pada peringkat antarabangsa akan terjejas jika tindakan undang-undang dikenakan terhadap Anwar selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu. Perdana Menteri berkata, proses undang-undang tidak terhenti apabila seseorang hendak bertanding pilihan raya sebaliknya kedua-dua undang-undang dan pilihan raya kecil tidak boleh dicampuradukkan. Beliau berkata proses undang-undang tidak mengetepikan hak pengadu mendapatkan keadilan di mahkamah sekiranya ada kes. “Yang mengadu ialah (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan). Dia yang buat aduan. Dia nak minta keadilan. Bawa kes ke mahkamah untuk diadili. Tak boleh ketepikan dia (Mohd Saiful), seolah-olah dia tak penting. “Semua orang penting. Proses undang-undang penting dan semua berhak mencari keadilan,” katanya. Mengenai tawaran bekas pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor, yang menyertai semula Umno untuk bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh, beliau berkata, Barisan Nasional (BN) akan menentukan soal calonnya. Abdullah berkata, BN juga tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar dan sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Kelmarin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar, bertanding pada pilihan raya kecil. Abdullah berkata, tindakan Wan Azizah sangat tidak bertanggungjawab dan membelakangkan pilihan pengundi kerana rakyat memilih beliau untuk berkhidmat dan bukannya letak jawatan beri pada orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: