Demokrasi Di Dalam UMNO Sedang Di Nilai.

Dr Novandri Hasan Basri


Sempena mesyuarat cawangan yang bermula pada 17hb Julai ini, penulis ingin mengungkap kembali satu peristiwa penting di dalam sejarah UMNO.

Pada penghujung tahun 80-an, parti UMNO telah dicemari dengan satu peristiwa hitam. Pergelutan kuasa serta sikap tidak puas hati sesetengah pemimpin UMNO terhadap keputusan pemilihan parti yang berlangsung pada 24 April 1987, telah mengakibatkan pengharaman parti UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

UMNO telah didaftarkan kembali pada 13 Februari, 1988 dan diumumkan secara rasmi pada 16 Februari, 1988 iaitu pada hari UMNO diterima semula sebagai anggota Barisan Nasional. Rentetan kepada peristiwa tersebut, berlakukah perpecahan ahli-ahli UMNO kepada dua parti Melayu iaitu UMNO Baru dan Semangat 46.


Begitulah senario politik Melayu pada penghujung tahun 80-an. Pertandingan di atas tiket demokrasi yang dilaung-laungkan, tidak disambut dengan intonasi yang sama apabila ada pemimpin yang kalah di dalam pemilihan UMNO.

Sepatutnya, yang kalah mesti akur dengan keputusan majoriti dan jika pemimpin-pemimpin tersebut benar-benar menghayati perjuangan UMNO, tidak akan berlaku perpecahan parti UMNO.


21 tahun telah berlalu, sejarah hitam tahun 1987 perlu sentiasa diingati kerana impaknya terlalu besar dan hampir meranapkan kepercayaan orang Melayu terhadap parti UMNO.


Biar pun sensitif dan pahit untuk ditelan, peristiwa tersebut merupakan pengajaran yang sangat penting terutamanya kepada pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO, yang ketika itu masih di dalam usia belasan tahun dan terlalu muda untuk mengarap senario politik di Malaysia.


Realitinya, parti UMNO hampir musnah dek sikap sesetengah pemimpin yang tidak berpegang kepada prinsip demokrasi.

Alasan bahawa amalan pertandingan di dalam hieraki kepimpinan di anggap sihat dan matang, tidak disusuli dengan tindakan menerima keputusan dengan sihat dan matang juga.

Sejarah telah membuktikan bahawa akan berlaku pergeseran yang nyata di antara pemimpin-pemimpin yang bertanding, baik di peringkat cawangan, bahagian, negeri atau pun peringkat Pusat.

Pemulauan, cantas-mencantas dan tidak bekerjasama adalah tindakan susulan yang biasa kita saksikan dan amati. Janganlah kita menafikan sikap-sikap negatif ini.

Penulis percaya bahawa dengan mengakui kepincangan sikap-sikap ini, kita akan dapat memperbaiki kembali perhubungan kita.

Pihak yang dipilih mesti merapatkan kembali barisan manakala pihak yang tidak dipilih pula mesti akur dengan prinsip demokrasi yang mendukung suara majoriti dan bersama-sama meneruskan perjuangan parti UMNO.

Tetapi, seperti kata Ketua UMNO Cawangan penulis, yang banyak menimbulkan masaalah sebenarnya ialah kaedah pencalonan dan pemilihan yang tidak sihat seperti melobi-lobi secara berlebih-lebihan, ugut, janji-janji manis dan politik wang.


Maka, ada baiknya jika pemantauan di adakan secara telus tentang perkembangan politik di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian selepas pemilihan UMNO ini agar kurang berlaku pergeseran dan cantas-mencantas yang boleh memecah-belahkan parti UMNO.

Realitinya, seluruh rakyat Melaysia terutamanya kaum Melayu, sedang menilai adab-cara dan tatasusila pemilihan UMNO pada tahun ini.

Dan JIKA UMNO berjaya keluar daripada kepompong dan masaalah lama serta dapat mewujudkan rebranding yang lebih mantap dan telus, kita pasti bahawa ramai orang Melayu yang akan kembali menyertai parti UMNO.

Akhir kata, Rasulullah s.a.w bersabda,

Ertinya,

“Janganlah kamu saling dengki-mendengki, memutuskan hubungan persaudaraan, saling benci-membenci, belakang-membelakangi dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu semua.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Selamat Bersidang.

Pautan : Artikel DrNovandri di dalam media perdana :- Artikel 1 , Artikel 2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: