Mubahalah tidak sempurna jika Anwar tak bersumpah

KANGAR 18 Ogos – Sumpah laknat Mohd. Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum sempurna selagi bekas majikannya itu tidak melakukan upacara yang sama, kata Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, sumpah tersebut bukan bertujuan memutuskan siapa bersalah atau tidak, sebaliknya dibuat untuk mengelak prasangka buruk dan tuduh menuduh antara satu sama lain.

“Sebenarnya proses bermubahalah telah berlaku apabila Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat tetapi ia belum sempurna kerana pihak satu lagi (Anwar) belum bersumpah.

“Bagaimanapun, dalam melakukan sumpah laknat, tidak boleh ada paksaan terhadap mana-mana pihak untuk melakukannya kerana ia bergantung kepada individu terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mufti itu diminta mengulas sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful, 23, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu bahawa Anwar meliwatnya.

Sumpah itu disaksikan oleh bapa Mohd. Saiful iaitu Azlan Mohd. Lazim, ahli-ahli keluarganya, imam Ramlang Porigi dan para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Bagaimanapun, para pemimpin parti pembangkang terutama Pas tidak bersetuju dengan cara Mohd. Saiful mengangkat sumpah dengan mendakwa ia ada persamaan dengan ajaran Kristian kerana pemuda itu bersumpah dengan memegang al-Quran.

Dalam hubungan ini, Mohd. Asri menegaskan, Mohd. Saiful tidak perlu melakukan sumpah laknat untuk kali kedua kerana sumpah pertamanya dengan melafazkan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi adalah sah dan betul mengikut lunas-lunas Islam.

“Walaupun perbuatan memegang al-Quran dan berada dalam masjid adalah tidak perlu dalam upacara mengangkat sumpah laknat kerana ia menyamai perbuatan ajaran Kristian tetapi sumpah yang dilakukannya itu sah dan betul mengikut ajaran Islam,” kata Mohd. Asri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: