Bukti Anwar terdesak

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terdesak apabila terpaksa mendapatkan bantuan rakannya dari Indonesia dan Filipina untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seakan tidak yakin untuk menghadapi pilihan raya ini.

Pagi tadi, Abddurrahman Wahid yang juga bekas Presiden Indonesia dan pemimpin berpengaruh bagi kumpulan Islam Nahdlatul Ulama hari ini hadir ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan beliau kepada Anwar.

Dr. Sivamurugan ketika dihubungi berkata, hubungan Anwar dengan beberapa pemimpin asing termasuk Amerika Syarikat (AS) telah bermula sejak tahun 1997.

Katanya, Anwar dilihat berpengaruh di kalangan pemimpin asing dan sewaktu pemecatan Anwar pada 1998 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan kes rasuah dan salah guna kuasa, Abddurrahman Wahid yang lebih dikenali sebagai Gus Dur adalah orang yang paling lantang membantah keputusan itu.

Menurut beliau, yang menjadi persoalan apakah Anwar dapat membezakan sama ada ia berbentuk sokongan peribadi ataupun ia mempunyai kepentingan bagi pihak luar.

”Campur tangan asing itu harus diambil kira oleh pengundi dan ini adalah satu perkara yang tidak wajar kerana ia cuma pilihan raya kecil sahaja.

“AS juga telah mula campur tangan urusan negara mengenai siasatan kes liwat Anwar. Ini memberi kesan kepada politik negara. Pengundi juga haruslah berfikir mengapa perlu ada pemimpin yang meraih simpati dari luar negara,” katanya.

Katanya, mana-mana pemimpin yang mendapatkan sokongan dari luar terutamanya ketika pilihan raya sebagai pendekatan untuk mendapatkan undi rakyat, ia dikhuatiri akan mengancam kestabilan negara dan akan menimbulkan keadaan yang tidak menentu di dalam negara.

Dr. Sivamurugan juga berkata, kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR mempertahankan kerusi Parlimen itu adalah disebabkan faktor suaminya, Anwar.

Katanya, sejak Anwar memenangi pilihan raya pada 1982 ketika menjadi anggota UMNO dan kemudian pada tahun 1998 beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, beliau telah menanam pengaruhnya kepada penyokongnya tidak kira generasi lama mahupun baru.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, sokongan daripada Gus Dur mahupun bekas Presiden Filifina, Joseph Estrada dilihat tidak mampu memberikan kesan kepada pengundi.

Katanya, kesemua yang memberikan sokongan terhadapnya adalah bekas Presiden yang kini tidak lagi mempunyai pengaruh besar di negara mereka sendiri.

“Pemimpin seperti ini tidak dapat mempengaruhi undi kerana kedua-dua mereka pernah tewas dan dipenjarakan. Macam Gus Dur, dia dijatuhkan. Suara-suara ini tidak dapat mempengaruhi undi dan mereka masih dipengaruhi oleh dasar dan hubungan yang dibuat oleh Anwar ketika beliau mempunyai kedudukan.

“Mereka ini tidak perlu campur tangan. Usaha mendapatkan sokongan dari luar ini bukan hanya Anwar tetapi juga biasa dilakukan oleh pemimpin tertentu,” katanya di sini.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, pakar sejarah Prof Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim berkata, kenyataan itu adalah sebagai gambaran hubungan peribadi yang rapat antara Anwar dengan beberapa pemimpin dunia.

Katanya, keadaan itu tidak sedikit pun mendatangkan kesan kepada negara kerana ia hanya hubungan peribadi dan bukannya antara negara yang langsung tiada kaitan dengan orang di Malaysia.

“Dengan siapa dia berkawan terpulang pada dia, apa yang penting pengundi kena buat perhitungan untuk negara dan diri sendiri,” katanya sambil menambah hubungan peribadi tidak selalunya relevan dengan keadaan semasa.

Khoo berkata, bukan sahaja Estrada dan Gus Dur semasa menjadi Presiden mempunyai hubungan baik dengan Anwar malah Anwar juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa individu penting di beberapa negara Barat dan Timur Tengah.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin kedua-dua negara (Indonesia dan Filipina) itu kini sudah tidak berkuasa lagi dan ia tidak seharusnya diambil berat.

– Bernama

Katanya, rakyat Malaysia mampu bertanya adakah orang yang dipilih benar-benar boleh berkhidmat kepada mereka atau sebaliknya.

“Jika dirasakan antara tiga calon yang bertanding, Anwar boleh bagi perkhidmatan pada rakyat, mereka boleh undi Anwar. Yang penting, kita kena tahu yang calon dipilih jujur, ikhlas atau ada agenda peribadi.

“Orang luar tidak tahu apa yang orang tempatan (Permatang Pauh) kehendaki.

Hanya mereka yang boleh menjawab persoalan itu,” katanya.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: