SIAPA LEBIH RACIST : DAP ATAU MCA

1. BEBERAPA hari ini pembaca Blog ini berbalas-balas komen mengenai racist. Pembaca Cina kata Melayu racist, pembaca Melayu kata Cina racist. Racist atau tidak racist sesuatu kaum itu bergantung kepada kepimpinannya ( dalam politik ).

2. Sebelum PRU12 2008, isu ini tidak dimainkan, tetapi apabila PRU permainan racist semakin menjadi-jadi, dan kesannya berterusan sehingga kini. Seperti kata seorang pembaca di sini, jika DAP tidak racist mengapakah sentimen racist dimainkan dalam PRU12. Dalam akhbar-akhbar Cina ditulis “…Ucalon Cina Sahaja!…” merujuk calon DAP lah sebab ia disuarakan oleh kepimpinan DAP. Kemudian kain rentang mereka berbunyi ” UNDI MCA BERMAKNA UNDI MELAYU”. Apakah ini bukan racist?

3. Baru-baru ini DAP meminta Datuk Ahmad Ismail diambil tindakan kerana ceramahnya yang bersifat perkauman di Permatang Pauh. DS Najib sudahpun memohon maaf bagi pihak UMNO. Orang Melayu memanglah pemaaf. Tetapi kata-kata yang mengguris hati di atas adakah DAP akan memohon maaf. Ada orang pernah kata DAP sebagai Bapa Syaitan? Tidak pula DAP ambil tindakan! Sebabnya mudah, teori matematik ialah nak jaga hubungan Pakatan Rakyat maka diam je lah…so, siapa double standard?

4. Kemudian Petisyen yang dibawa oleh Teresa Kok untuk mensenyapkan suara azan di Puchong, mengapa perlu dibuat kerana azan adalah tuntutan agama Islam? Petisyen yang sama pernah dibawa oleh penduduk Kepong kepada Dr. Tan Seng Giaw, cuma bezanya Dr Tan Seng Giaw lebih bijak daripada Teresa Kok kerana dia tidak majukan petisyen itu. Sebenarnya kita perlu bertolak ansur dan faham-memahami. Insiden semalam, ketika kami sedang bersolat Teraweh masarakat Cina di situ kurang peka, apabila setiap malam membuat program senam robik dengan suara radio yang sangat besar, sehingga mengganggu umat Islam bersembahyang. Jika mereka bijak, mereka boleh beralih ke tempat lain. Walaupun pengurusan sudah pernah menegur, namun mereka masih juga mengulanginya. Ini satu contoh daripada banyak lagi contoh, tetapi orang Melayu masih tetap membeli di kedai orang Cina.

5. Ada pembaca yang berkata mengapa orang Islam membenci Yahudi sedangkan mereka terima David Beckcam yang berketurunan Yahudi? Dari sudut agama Islam, banyak dalam Al-Quran & Hadis menyatakan mengenai Yahudi ini, saah satunya;

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ (١٢٠) البقرة

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

5. Kaum Yahudi, misalnya, terkenal sebagai kaum rasis. Mereka percaya bahawa mereka adalah ‘kaum terpilih’, yakni dipilih oleh Tuhan sebagai bangsa yang melebihi semua bangsa atau kaum lain. Mereka sering membenci kaum bukan Yahudi. Agama mereka adalah agama ‘eksklusif’; orang lain sering tidak diterima menganut agama mereka.

Mereka tidak pernah atau jarang-jarang rela menyerapkan atau menyesuaikan diri dengan komuniti kaum lain yang lebih besar. Mereka hidup dalam komuniti yang terpisah daripada masyarakat lebih besar. Kerana inilah, di mana pun mereka berada, mereka sering dicurigai oleh kaum lain.

7. Di Eropah, kaum Yahudilah yang sering dimusuhi atau dibenci oleh orang Eropah. Contoh yang paling ketara ialah, tindakan Nazi Hitler melancarkan tindakan pemusnahan etnik terhadap kaum Yahudi.

7a.Di Rusia juga pernah berlaku tindakan pogrom, istilah bahasa Rusia yang bermakna ‘pemusnahan’ atau ‘rusuhan’, khususnya yang dilakukan terhadap kaum minoriti. Mangsa yang selalu menjadi sasaran tindakan ini ialah kaum Yahudi, terutama di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

7b. Di Poland juga pogrom antikaum Yahudi ini pernah berlaku. Pogrom paling terkenal ialah pogrom yang dilancarkan oleh Hitler terhadap kaum Yahudi, seperti yang tersebut tadi.
Di dunia Barat, yang sering dianggap sebagai ‘dunia yang maju’, perasaan rasisme, iaitu perasaan membenci kaum lain, sentiasa wujud sampai ke hari ini. Di sana ada kumpulan rasis seperti kumpulan ‘Swastika’ di Jerman yang berikrar dengan sumpah ‘Hai Hitler’ apabila anggotanya hendak menyerang kaum asing, pendatang haram, orang Islam, orang Yahudi dan sebagainya.

7c. Di Britain ada kumpulan rasis seperti ‘Skinheads’ yang membenci kaum ‘kulit hitam’, kaum pendatang, terutama dari India dan Pakistan. Di Amerika Syarikat (AS) ada kumpulan rasis seperti ‘Klu Klux Klan’ yang membenci kaum kulit hitam dan kaum pendatang dari Asia dan Afrika.

7d. Di Australia pernah ada ‘dasar kulit putih’ atau white policy yang anti-kaum Asia (Cina, Vietnam, India, Pakistan, Arab dan lain-lain lagi). Di AS perasaan anti kaum kulit hitam masih wujud dalam minda dan sanubari orang Amerika kulit putih hingga hari ini.

7e. Dengan semua contoh-contoh di atas, adakah orang Melayu racist kepada Bukan Melayu? Adakah BN racist kepada DAP? Dr Tan Seng Giaw adalah AJK PAC sejak 2004, jika BN racist tidak mungkin dia akan dilantik bukan?

Jemaah Menteri Bersama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

– adakah semua Menteri Melayu sahaja tanpa Cina dan india dalam Kabinet Malaysia ? Adakah UMNO racist ? Atau siapa racist sebenarnya apabila Exco Perak Melayu dikurangkan dari jumlah dahulu apabila DAP memerintah …Berbanding semasa BN mentadbir Perak sebelum ini..

7f. Kesimpulannya DAP perlu menjelaskan perkara ini dengan adil. Janganlah apabila orang Melayu bercakap pasal Raja-Raja Mereka, agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa mereka dikatakan sebagai racist. Hak Asasi Manusia tidak boleh diimplimentasikan 100% di negara kita kerana negara ini ada sejarahnya, jika Hak Asasi Manusia boleh dipraktikkan secara mutlak 100% , penulis yakin di Negara Cina Seberang Laut ( di Singapura ) sudah lama akan ada Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri India, Timbalan Ketua Polis Negara Melayu sebagaimana yang pernah diberikan kepada Datuk Christoper.

7g. Janganlah pula, apa saja yang diutarakan oleh DAP semua hak asasi. Aapa yang diutarakan oleh orang Melayu dan umat Islam semua racist. Jika kita boleh faham-memahami dan bertolak ansur, menghormati hak masing-masing, tidak lupa sejarah dan kontrak sosial, tidak mempertikai Perlembagaan, maka semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, bahasa, budaya, fahaman politik boleh hidup dengan aman dan damai. Ia sudah diasakan oleh TunTan Cheng Lock, Tun V.T. Sambathan, E.E. C. Thuraisngam, Tunku Abd. Rahman, Tun Tan Siew Sin, Tun Razak, mengapa DAP perlu terikut-ikut dengan permainan Anwar?

baca blog asal di Jentayu Abaka di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: