Mitos Kerajaan Pakatan Rakyat

Kenyataan BBC News yang melaporkan tentang kemenangan Anwar di Permatang Pauh. Dalam kenyataan tersebut, BBC menyatakan ada seruan jihad untuk menentang calon Pakatan Rakyat tersebut. Kepada siapakah artikel BBC ini ditulis? Jika pembaca tersebut membacanya, apakah tafsiran mereka terhadap perkataan jihad tersebut? Inilah adu domba orang luar untuk laga lagakan orang Islam di Malaysia, kononnya melawan satu pihak lain dianggap sebagai jihad. Barat tidak akan melaporkan bahawa demokrasi masih lagi wujud di Malaysia. Barat lebih berminat melaporkan dan membesarkan cerita untuk menambahkan konflik sesama orang Islam.

Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri kerana tiada ahli parlimen BN yang akan lompat parti. “Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,” kata Tun Dr Mahathir. Ini bermakna, Anwar mengimpikan sebuah kerajaan yang dibentuk melalui “jalan belakang”. Melalui rasuah politik iaitu sogokan wang dan tawaran jawatan agar ahli ahli parlimen melompat. Sedangkan semasa berkempen di Permatang Pauh, soal rasuah dan ketirisan berbuih diperkatakan kepada orang lain. Untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat, rasuah seolah olah dihalalkan untuk mencapai matlamat tersebut. Demokrasi masih lagi segar di Malaysia. Mengapa perlu dikorbankan demokrasi untuk mencapai cita cita peribadi dalam masa yang singkat? Yang perlu menjadi prioriti adalah berkhidmat dan menunaikan janji-janji yang telah ditabur kepada rakyat bukannya mengejar mitos kerajaan Pakatan Rakyat.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: