Dr Koh pertahan BN Pulau Pinang

Oleh Magendran Rajagopal dan Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian.com.my


HURAI KEKELIRUAN: Guan Eng (kiri) dan Dr Koh pada sesi debat terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang disiarkan secara langsung melalui TV9 dan NTV7, malam tadi.

10,000 fail tanah diselesai sejak memerintah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan prestasi parti itu ketika memerintah Pulau Pinang dan menyifatkan tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan isu penyelewengan tanah bermotifkan politik.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata sepanjang 18 tahun kerajaan BN memerintah negeri itu, lebih 10,000 fail tanah berjaya diselesaikan.

“Peratusan pencapaian kerajaan BN menyelesaikan fail tanah di Pulau Pinang ialah 99.9 peratus, jika diambil kira lima atau enam kesilapan kecil yang tidak disengajakan seperti didakwa Guan Eng.

“Sebagai contoh, isu yang didakwa mengakibatkan kerajaan negeri rugi RM40 juta adalah kerana tanah itu tidak didaftarkan dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTGN) pada tahun 1960-an dulu, ketika diberi kepada sebuah pertubuhan Cina.

“Oleh kerana tidak didaftarkan dengan PTGN, kerajaan negeri tidak tahu ia mempunyai pemilik, tetapi kita mengambil langkah bagi mengatasinya dan kes ini sedang dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam debat terbuka dengan Guan Eng di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Debat bertajuk `Kontroversi Isu Tanah di Pulau Pinang’ anjuran portal Agendadaily itu disiarkan secara langsung menerusi TV9 dan NTV7. Pengerusi DBP, Datuk Johan Jaafar bertindak sebagai pengantara.

Dua lagi ahli panelnya ialah bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman dan Editor Politik media internet Malaysian Insider, Wan Hamidi Hamid.

Koh berkata, BPR menjalankan siasatan sebanyak dua kali berhubung kes kerugian RM40 juta itu tetapi tidak menemui bukti berhubung penyelewengan.

Sementara itu, Guan Eng berkata, tujuan kerajaan negeri pimpinannya mendedahkan isu tanah di Pulau Pinang adalah disebabkan rakyat negeri itu ingin mencari kebenaran disamping ingin mengetahui pihak yang bertanggungjawab.

“Pakatan Rakyat (PR) ada lima kes membabitkan penyelewengan tanah dan kami ingin tahu siapa yang bertanggungjawab dan kenapa tiada tindakan tegas diambil. Ini baru lima yang kita tahu, berapa lagi kita tak tahu.

“Kesilapan dilakukan kerajaan terdahulu hanya merugikan rakyat kerana wang sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan rakyat, terutama bagi menghapuskan kemiskinan tegar,” katanya.

Beliau berkata, PR mengambil beberapa langkah mengatasi kelemahan itu, antaranya memperkenalkan sistem tender terbuka bagi memastikan urusan pemilikan tanah lebih telus.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: