Anwar Tak Jadi Bersumpah Laknat Di Masjid Penanti?

Oleh Adnil Mohd

Permatang Pauh — Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak jadi bersumpah laknat? Inilah yang menjadi tanda tanya sebahagian penduduk di Permatang Pauh apabila mengetahui tidak ada upacara sumpah laknat yang kononnya akan dilakukan Anwar Ibrahim di Masjid Penanti di sini sebelum sembahyang Jumaat. Berita berkenaan sumpah laknat Anwar Ibrahim dikatakan tersebar sejak dua hari lalu di mana Anwar akan menyahut cabaran Saiful Azlan Bukhari di sini, hari ini. Malah dikatakan beberapa risalah telah disebarkan untuk menjemput orang ramai menyaksikan upacara tersebut bagi membersihkan tuduhan liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar sentiasa berdolak dalih namun ramai percaya hari ini merupakan peluang terbaik Anwar untuk menyahut cabaran Saiful Azlan yang telah bersumpah laknat seluruh keturunannya jika beliau berbohong mengatakan Anwar telah meliwatnya. Jelas ramai yang mula mempertikaikan atau ragu-ragu tentang sikap Anwar yang terlalu banyak beralasan untuk melakukan sumpah laknat. Menurut banyak pihak tidak ada salah atau satu beban yang besar buat Anwar untuk bersumpah laknat sekiranya benar beliau tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah. Tidaklah diketahui sama ada Anwar lari untuk bersumpah laknat atau upacara berkenaan yang diwar-warkan sebelum ini hanyalah sekadar khabar angin. Apapun ramai beranggapan hari ini adalah hari terakhir buat Anwar untuk menghapuskan keraguan berkenaan tuduhan liwat yang dihadapinya. Bak kata pepatah “berani kerana benar” dan tiadanya upacara sumpah laknat oleh Anwar Ibrahim akan menguatkan lagi keraguan masyarakat khususnya pengundi di Permatang Pauh tentang tidak tanduk sebenar Anwar menjelang hari pengundian 26 Ogos ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: