Faktor-faktor kemunculan masyarakat majmuk dan perkembangannya di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Selepas campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan orang cina dan India secara beramairamai.

Penghijrahan kaum imigran mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
Faktor-faktor kewujudan masyarakat majmuk ialah kesengsaran sosial dan ekonomi di Negara asal. Hal ini, disebabkan pertambahan penduduk melebihi pertambahan hasil tanah pertanian menyebabkan hidup rakyat menderita. Oleh itu, mereka berhijrah mencari penghidupan baru. Dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan pelbagai cukai, petani terpaksa menjual tanah dan akhirnya mereka kehilangan tanah. Selain itu, bertambah sengsara , kerap kali berlaku bencana alam dan pengangguran berleluasa, menyebabkan mereka terpaksa cari pekerjaan di Tanah Melayu terutama orang cina bahagian Selatan. Di India, penduduk ramai tidak dapat menampung sumber makanan dengan itu hidup petani menderita, terpaksa jual tanah. Amalan sistem kasta penghalang kepada moboliti sosial dan ekonomi. Orang kasta rendah berhijrah ke Tanah Melayu.

Indonesia, keadaan yang serupa, taraf hidup petani rendah malah belanda gagal
tingkat taraf hidup mereka. Mengenakan pelbagai cukai seperti buruh, tanah, kepala yang menambahkan kesengsaraan rakyat. Selain itu, terdapat perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Dalam kemajuan pertanian dan perusahaan bijih timah dan getah mengalakkan kemasukan kaum imigran. Pada tahun 1840-an, banyak lombong dibuka di Larut, Lembah kinta. Tambahan pula, permintaan bijih timah bertambah di pasaran dunia akibat Revolusi Perindustrian di Eropah. Contohnya, perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai dengan itu kemasukan orang India bertambah lebih-lebih lagi ketika harga getah meningkat. Dalam perkembangan perusahaan ini dan pertanian ladang yang lain wujud peluang pekerjaan. Hal ini mendorong orang Indonesia juga berhijrah ke sini.

Kestabilan politik dan galakkan kerajaan. Hal ini disebabkan campur tangan Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di negeri yang kaya dengan bijih timah dan hasil ekonomi yang lain. Hal ini menjadi daya tarikan kemasukkan modal Eropah. Dengan itu, kemasukan imigran untuk membekalkan tenaga buruh dan kerajaan juga mengamalkan dasar penghijrahan yang longgar sehingga tahun 1929, tidak kenakan sekatan kerana perlu tenaga buruh yang murah dan banyak seperti orang India Selatan bekerja di ladang dan gaji rendah. Orang Punjabi dan Sikh berkhimat dalam polis dan tentera.

Orang Tamil pula ,yang pendidikan Inggeris berkhimat dalam perkhimatan perkeranian dan teknikal. Menurut A.R.Rathborne, faktor pemerintahan British menjamin keamanan dan ketenteraman awam telah mendorong penduduk Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Faktor-faktor menyebabkan masyarakat majmuk ialah pergolakan dan korupsi politik di Negara asal. Politik yang tidak stabil terutama bahagian China dan India. Wilayah Kwangtung dan Kwangsi sering timbul pemberontakan untuk menggulingkan Manchu. Contohnya, pemberontakan Taiping. Untuk elak tekanan kerajaan, menlarikan diri ke Negara lain. Manchu amal rasuah dan kenakan pelbagai cukai yang tinggi. Bagi Indonesia pula, pergolakan politik. Tekanan daripada Belanda menyebabkan penghijrahan orang Bugis dan Sumatera.

Dalam sifat mengembara dan perniagaan terutama bagi penduduk Kwangtung dan Fukien. Menurut Aziza Haji Muda, sifat pengembara, pelayaran dan pengembara ini yang ada pada orang Bugis merupakan faktor penggalak proses migrasi di Tanah Melayu.
Orang Minangkabau, keadaan sosial mempengaruhi mereka, sistem kekeluargaan matrilincal merupakan Adat Perpatih yang melahirkan konsep merantau kerana wanita berperanan besar pemilikan harta pusaka. Selain itu, terdapat juga kesan migrasi terhadap masyarakat majmuk di Tanah melayu. Dengan membentuk organisasi sosial dan budaya yang berbeza. Furnival mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai pelbagai bangsa yang berbeza wujud dalam satu kawasan politik tertentu iaitu wujud berdampingan tetapi berasingan. Kaumkaum imigran berpisah bukan sahaja kerana bangsa tetapi agama, budaya, adat resam, kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan taraf hidup.

Di samping itu, juga bertambahan bilangan penduduk dalam peringkat awal, kebanyakan imigran tidak menetap, untuk mencari kekayaan tetapi akhirnya ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan menetap kekal. Orang india melebihi 30000 orang pada tahun 1870 dan bertambah melebihan 120000 orang pada tahun 1901. Akhirnya, lahir satu kebudayaan yang unik. Dengan itu, setiap
kaum mengekalkan agama masing-masing seperti orang Melayu agama Islam, orang Cina agama Buddha,dan orang India agama Hindu. Dalam bahasa ketiga kaum bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi, setiap kaum mengikut kegiatan tertentu.

Orang Melayu mengurus dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan perdagangan. Bagi India berladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi mengalami terpisah tempat kediaman.
Dalam golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan Bandar pusat perniagaan, India tinggal di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan. Keseluruhannya, faktor penolak seperti sosial, ekonomi dan
politik Negara asal serta faktor penarik seperti perkembangan eknomi dan politik yang pesat mendorong penghijrahan imigran ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini mewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,162 other followers

%d bloggers like this: