<!—October 30, 2008 : 09.52 AM
—> <!— BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ—>
Apakah tajuk-tajuk utama media tempatan jika bukan mengenai proses pemilihan pemimpin utama dari peringkat bahagian hinggalah ke Majlis Tertinggi? Di peringkat MT pula, perhatian lebih tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Pergerakan Pemuda parti.
Sekali sekali, meletup cerita-cerita sensitif di luar UMNO.. Di Pulau Pinang umpamanya, timbul cerita mengenai langkah kerajaan negeri itu di bawah pimpinan DAP yang mahu mendaulatkan bahasa Cina dan Tamil dengan memasang papan-papan tanda nama berbahasa demikian di negeri itu.
Walaupun status Bahasa Melayu telah dijamin dalam Perlembagaan persekutuan sebagai bahasa rasmi negara, namun usaha-usaha menaiktaraf bahasa Cina dan Tamil oleh pihak-pihak pembangkang nampaknya tidak pernah sepi
MCA, rakan karib sejak daripada era Parti Perikatan lagi, dengan berannya membangkitkan beberapa perkara mengenai kontarak sosil -persetujuan dan persefahaman yang dibentuk sebelum terhentuknya kerajan merdeka di negar ini.
Parti itu baru-baru ini mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional diwujudkan dan selepas diwujudkan tentulah kerusi itu diserahkan kepadanya.. Di Sabah pula, kata parti itu, jawatan Timbalan Ketua Menteri, sewajarnya diberikan kepada MCA untuk memwilakili orang Cina dalam pakatan kerajaan negeri itu.
Ia juga membingkaskan orang Melayu dengan meminta kerajaan memansuhkan penyertaan atau ekuiti 30% bumiputera dalam syarikat-syarikat awam.
Alasan yang diberikan oleh Naib Presidennya yang baru, Datuk Liow Tiong Lai untuk memansuhkan penyertaan wajib itu ialah daya saing adalah elemen terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Ini tentunya membawa maksud bahawa penyertaan 30% itu adalah leceh dan menjejaskan prestasi syarikat.
Ia juga membawa makna bahawa penyertaan wajib bumiputera adalah ibarat menggendung beban yang terlalu berat – jauh sekali bagaikan aset yang berharga!
Di Selangor pula, kerajaan negeri itu pernah memberi lebih keutamaan kepada penternakan babi daripada mempertingkat usaha untuk menyatupadukan rakyatnya yang berbilang kaum serta pembangunan lain yang sehingga kini masih belum kelihatan apa-apa.
Di negeri itu juga kecoh mengenai laungan azan pada waktu subuh sehingga menjadi isu nasional.
Terbaru, Menteri Besarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan seorang bukan Melayu sebagai ketua pegawai ekskutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) – sebuah perbadanan yang diwujudkan untuk mengimbangi penyertaan orang Melayu dalam pelbagai sektor melalui pemilikan rumah dan premisi-premis perniagaan mampu milik.
Langkah itu sekali lagi membangkitkan perasaan kurang senang – bukan sahaja di kalangan oran Melayu, tetapi di kalangan kakitangan dan pegawai PKNS sendiri. Alasan Khalid untuk meletakkan pilihannya itu ialah kononnya pegawai itu berpengalaman luas dan sudah berkhidmat selama 35 tahun.
“Kita mesti memandang berat, marah tukar orang tapi tak marah hilang berbillion ringgit,” begitu kata Khalid tatkala mempertahankan calonnya itu.
Alasannya itu agak pelik kerana calon berkenaan adalah oorang yng bertanggungjawab sepenuhnya mengenai akaun atau kewangan PKNS dan jikalah PKNS kehilangan berbilion ringgit, orang itulah yang lebih mengetahuinya daipada orang lain.
Daripada gambaran dan senario yang dipaparkan di atas, serta beberapa perkembangan lain termasuk tindak-tanduk HINDRAF yang telah diharamkan, semuanya berlaku ketika orang Melayu sedang bergelu1mang dengan kemelut krisis bkepimpinan.
Tatkala Agendadaily bersedia menjadi penganjur debat di antara tokoh-tokoh muda yang mahu merebut jawatan ketua pergerakan parti, bekas Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai sudah melangkah setapak ke depan dengan mencabar para pemimpin Melayu dengan saranan agar pemilikan 30% bumiputera dihapuskan.
Tanpa ada penganjur, Menteri Kesihatan itu dengan tegas dan tenang membuat gesaan tersebut tatkala tokoh-tokoh UMNO masih bergelut untuk mendapatkan pencalonan bagi jawatan-jaawatan yang ditandingi.
Ibarat sedang mencari kayu untuk dibuat tiang, MCA sudah mahu meruntuhkan dinding rumah yang dilihatnya sudah usang.
Siapakah yang akan berdebat secara terbuka dengan Naib Presiden MCA yang muda ini?
Seperti yang dilaporkan oleh Agendadaily dan Agendadnews, para pemimpin UMNO ada yang tidak setuju untuk berdebat kepada khuatir hal-ehwal dalaman parti akan menjadi bahan serangan parti lawan kelak.
Namun, ada juga yang mahu debat diteruskan dengan alasan, jika hal-ehwal dalam rumahpun tidak benari berdebat, bagaimanakah untuk menghadapi cabaran di luar parti kelak?
Gerakan, MIC dan Parti Progresif Rakyat (PPP) walaupun tidak mennjukkan tuntutan yang menggelorakan, tetapi tindak-tanduknya agak membimbangkan dan mengelirukan.
Demikianlah halnya dengan UMNO tulang belakang utama kerajaan dulu dan kini yang sentiasa cuba digugat kerana parti itu sendiri tidak sekukuh dahulu lagi. Orang Melayu yang dahulunya dianggap pejuang parti, kini menjadi perosak dan sanggup bersekongkol dengan musuh dan penentang perjuangan demikan agama, bangsa dan negara.
Persoalan inilah yang kita paparkan di sini. Semoga UMNO tidak terus dicuit, dicubit hatta ditikam!
Semoga pemimpin tidak mengutamakan sangat jawatan, tetapi perjuangan kerana dalam peperangan, seorang jeneral lebih banyak memberi arahan sedangkan yang benar-benar bertempur adalah hubalang biasa.- 30/10/2008