Warkah Buat Wakil Rakyat PAS

ImageOleh : Mohd Faizal Bin Sabnon

[Email:
<!–
var prefix = ‘ma’ + ‘il’ + ‘to’;
var path = ‘hr’ + ‘ef’ + ‘=’;
var addy49741 = ‘jejaka_perantauan03’ + ‘@’;
addy49741 = addy49741 + ‘yahoo’ + ‘.’ + ‘com’;
var addy_text49741 = ‘jejaka_perantauan03’ + ‘@’ + ‘yahoo’ + ‘.’ + ‘com’;
document.write( ‘<a ‘ + path + ‘\” + prefix + ‘:’ + addy49741 + ‘\’>’ );
document.write( addy_text49741 );
document.write( ‘<\/a>’ );
//–>\n jejaka_perantauan03@yahoo.com
<!–
document.write( ‘<span style=\’display: none;\’>’ );
//–>
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
<!–
document.write( ‘</’ );
document.write( ‘span>’ );
//–>
.

Mantan Pengerusi Persatuan Islam Hadhari Kaherah, Mesir.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah Universiti Al Azhar Kaherah.

KALI ini saya ingin memaparkan luahan hati salah seorang pimpinan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang menulis sebuah artikel khas ditujukan kepada wakil rakyat PAS dan kepada penyokong-penyokong serta pimpinan PAS umumnya. Saya kagum dengan semangat beliau.Beliau adalah salah seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM.Warkah ini harus dilihat positifnya kerana bagi saya ianya adalah satu luahan hati generasi muda.

Jika ada seratus lagi pemuda yang memahami situasi politik tanah air seperti beliau pastinya golongan ini mampu menggegarkan Malaysia untuk masa hadapan.Saya menyokong penuh artikel ini dan semoga mereka yang sehaluan dengan kami bersama menyusun strategi untuk agama,bangsa dan negara.

Identiti pemimpim mahasiswa ini tidak perlu saya nyatakan sekarang.Cukup sekadar pelawat blog ini mengetahui ianya bukan tulisan saya dan ianya adalah tulisan seorang pimpinan mahasiswa IPTA tanah air.Setelah mendapat kebenaran dari beliau sendiri melalui YM,kini saya paparkan warkah ini.Anda yang mempunyai sebarang komentar boleh berbuat demikian melalui ruangan dalam web atau blog ini.

Oleh : Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebagsaan Malaysia

Warkah Buat Wakil Rakyat PAS

Saya seorang Melayu. Beragama Islam. Mengucap dua kalimah syahadah. Umum mengetahui saya seorang Islam, dan mengamalkan ajaran Islam. Saya ahli UMNO. PAS selalu melaungkan kerajaaan Barisan Nasional tidak Islamik.

Pertanyaan saya, dimanakah lebih Islamiknya Lim Kit Siang dan DAP itu daripada UMNO pada kaca mata PAS? Pada hemat saya PKR dan DAP adalah seiras dan mungkin PKR lebih macho kerana ada kacukan HINDRAF. Kini DAP, PKR dengan pertolongan PAS sedang menyembelih Melayu dengan cara halus.

Saya nak tahu adakah anda dan PAS memahami Lim Kit Siang? DAP dan orang-orang Cina setelah sekian lama tidur sebantal? Saya telah lama bekerja dengan Cina. Kerjanya menyembelih, menekan dan konspirasi terancang. Berapa ramai pegawai-pegawai kerajaan yang bodoh telah jatuh dalam genggaman mereka?

Saya bercakap atas nama bangsa saya. Saya rasa anda PAS,PKR dan lebih-lebih lagi DAP amat meluat dengan kenyataan ini kerana soal bangsa tiada dalam kamus hidup anda semua. Tidak salah anda dan PAS taksub pada Islam. Tapi jangan lupa kita hidup di Malaysia. Melayu dan Islam itu sinonim, walaupun ada sebahagian yang telah tergelincir akidah dan imannya.

Benarlah kata orang tua-tua. Kalau kita selalu mengata yang buruk tentang orang lain, suatu hari nanti apa yang kita kata itu akan berbalik pada kita. Dan kalau kita hanya nampak yang buruk saja tentang orang lain maka suatu hari nanti Allah akan menterbalikkan pandangan kita.

Dari itu tolong jawab soalan saya, dimanakah lebih Islamnya Lim Kit Siang dan DAP dari UMNO dan Barisan Nasional?

Saya ingin tahu setelah anda menyembelih UMNO (Melayu) siapakah yang akan mentalqinkan dan akan membaca doa arwahnya. Adakah anda dan PAS yang akan melakukannya dan Lim Kit Siang dan DAP yang mengaminkannya atau sebaliknya?

Alangkah seronoknya bila mendengar Lim Kit Siang membaca doa arwah. Terasa syahdu menusuk kalbu mungkin sehingga ke beberapa generasi akan datang.

Ketahuilah oleh anda, saya dan ramai lagi orang-orang tua Melayu yang lain amat terguris dan terhina dengan tindak-tanduk anda yang bersekongkol dengan DAP (Cina) dan PKR (ala-ala Cina). Pas yang kononnya Islamik bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan menentang Islam.

Tak kedengaran lagi laungan dan ngauman hudud PAS. Dimana impian menegakkan agama Islamnya. Hancur. Sudahkah anda langkah mayat Lim Kit Siang? Saya tidak akan lupa dengan perbuatan anda. Saya simpan baik-baik dalam hati dan akan saya turunkan pada generasi akan datang. Itu pun kalau mereka wujud.

Bagi saya kalau nak mengajar DAP pada saat ini adalah mudah. PAS dan UMNO duduklah semeja dan hitunglah jumlah kerusi yang ada. Bahagi-bahagilah dengan sebaik-baiknya.

Tapi mungkinkah ini akan berlaku? Terpulang pada jawapan anda dan PAS pada soalan saya yang amat mudah. Siapa lebih Islamik dari kaca mata PAS?

Saya bukanlah orang yang amat taksub pada UMNO. Tetapi teras perjuangan UMNO menjaga kepentingan hak-hak Melayu, saya mesti menyebelahi UMNO walaupun saya tidak suka tindak-tanduk pemimpin dan tukang kipas yang tidak bertanggungjawab.

KEMENANGAN ANDA ADALAH KERANA UNDI CINA DAN INDIA YANG BELUM TENTU ISLAMNYA!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: