Ahli akademik, pegawai agama pandangan berbeza

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan berhak untuk bersumpah laknat untuk mempertahankan dakwaannya bahawa beliau diliwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun terdapat pihak yang mempertikaikan kaedah beliau bersumpah, kata Ketua Jabatan Pusat Pengajian Islam, Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Ahmad Fauzan Yahaya.

Beliau berkata, yang dipertikaikan ialah cara Mohd. Saiful bersumpah iaitu dengan memegang al-Quran tetapi beliau mengikut syariat iaitu bersumpah dengan nama Allah.

“Untuk membawa empat orang saksi bagi membuktikan bahawa beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sukar untuk dilakukan, jadi dalam Islam beliau boleh mengambil langkah ini (bersumpah dengan nama Allah) untuk mempertahankan diri,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Fauzan berpendapat bahawa Anwar juga sewajarnya bersumpah untuk mempertahankan dirinya lantaran Saiful telah bertindak demikian.

“Sama ada ia adalah gimik politik atau tidak, Datuk Seri Anwar tidak seharusnya merasa takut untuk mengangkat sumpah jika beliau tidak bersalah,” katanya.

Pegawai Masjid Negara, Azhar Tuarno berkata, pelbagai pihak berhak melontarkan pelbagai pendapat berkenaan dengan sumpah laknat itu tetapi dari segi konteks Islam, perbuatan itu dilihat bertepatan untuk membersihkan nama (Mohd. Saiful).

“Wajarlah umat Islam menilai langkah yang diambilnya itu kerana dalam sistem kita mana-mana individu yang dituduh boleh membersihkan diri atau maruah sama ada dengan cara Islam atau cara mahkamah dan Saiful memilih cara Islam tetapi kuasa untuk menentukan kebenaran masih lagi di bawah bidang kuasa mahkamah.

“Walaupun Saiful sudah melakukan sumpah laknat, beliau masih tidak boleh melangkaui kuasa yang ditetapkan mahkamah, soal siapa yang bersalah atau tidak adalah molek dibicarakan di mahkamah sahaja, niat Saiful ikhlas,” katanya.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: