Pakatan Rakyat Selangor Yang Melampau!

Dr Novandri Hasan Basri
 
Penulis ingin merujuk kepada berita yang disiarkan di dalam MalaysiaKini yang bertajuk ‘Konspirasi Jatuhkan Kerajaan Pakatan Selangor’.

Di antaranya ialah kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh Ng Suee Lin, Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor. Di antaranya :-

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, menyifatkan kematian Teoh Beng Hock sebahagian episod konspirasi yang dirancang BN bagi merampas kuasa di negeri itu, seperti yang berlaku di Perak.

Naib pengerusinya, Ng Suee Lin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Umno negeri akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

“Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.”

Penulis tersenyum sinis tetapi dalam masa yang merasa meluat dengan tuduhan Ng Suee Lin yang ternyata tidak logik, bodoh dan serkap jarang itu. Beliau seperti pemimpin-pemimpin DAP yang lain akan seboleh-bolehnya cuba memutarbelitkan serta mengalih tumpuan rakyat kepada isu negatif dan buruk di dalam DAP itu sendiri! (klik di sini)

Ng Suee Lin mungkin sudah kehilangan modal untuk menipu rakyat dan kenyataan beliau itu begitu senang dibidas dengan pertanyaan :-

Apakah logik SPRM atau BN (seperti yang dituduh oleh Ng) mahu membunuh Teoh Beng Hock sedangkan mendiang merupakan saksi utama di dalam isu yang berpotensi dapat menjatuh dan memalukan DAP/PKR Selangor?

Siapakah yang sebenarnya mendapat keuntungan dek kematian Teoh Beng Hock?

Tentunya parti DAP yang mendapat untungnya kerana pihak yang bertanggungjawab mempunyai kesulitan untuk mendapatkan segala bukti-bukti yang di simpan oleh mendiang Teoh mengenai keburukan yang di lakukan oleh parti DAP!

Penulis melihat komen Ng Suee Lin sebagai satu alasan yang tidak munasabah, cuba menegakkan benang yang basah serta beliau mengganggap bahawa rakyat Malaysia tidak bijak untuk menilai segala informasi mengenai isu yang berlaku di Selangor.

Ng Suee Lin juga mendakwa berlakunya ‘konspirasi’ untuk menjatuhkan kerajaan PKR Selangor padahal segala ‘konspirasi’ yang didakwa oleh Ng itu seperti penangkapan Teresa Kok kerana isu azan, kes mahkamah Ronnie Liu dan kes agihan daging korban Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai bukti-bukti serta alasan yang kukuh.

Ng juga mendakwa bahawa penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong juga merupakan konspirasi BN/UMNO. Penulis tersenyum sinis apabila membaca dakwaan Ng itu. Elizabeth Wong yang berbogel dan diambil oleh teman lelaki beliau, BN pula yang dituduh bersalah! ‘Tahniah’ Ng Suee Lin kerana memberikan penjelasan yang tidak masuk akal! (klik di sini)

Realitinya, segala ‘riuh rendah’, pelbagai komentar serta penjelasan yang terpaksa dilakukan oleh kepimpinan DAP di Selangor jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP sedang merasai bahang yang paling teruk di dalam tempoh mereka di dalam kerajaan Selangor.

Malangnya, penjelasan mereka kali ini tidak berbisa, meragukan, tidak telus dan cuba menegakkan benang yang basah dengan cara menyalahkan orang lain.

Mereka juga cuba mengalihkan perhatian orang ramai daripada menilai keburukan parti DAP dengan menggunapakai perkataan ‘konspirasi’, satu perkataan yang seronok digunakan oleh Anwar Ibrahim.

Seperkara lagi, pemimpin seperti Ng Suee Lin patut disaman kerana membuat tuduhan yang membuta tuli serta tidak berasas. Nampaknya mereka semakin ‘naik lemak’ dan bertambah melampau. Tetapi modus operandi ‘menyaman’ ini sangat disukai oleh Anwar Ibrahim

Fikirkanlah – Melayu

Telah banyak di perkatakan mengenai Melayu. Banyak yang mengaku telah melakukan sesuatu untuk perubahan dan peningkatan bangsa Melayu namun akhirnya Melayu juga yang dikatakan bangsa yang lemah dan tidak pandai mengambil peluang yang ada. Adakah benar Melayu sebenarnya diberi peluang? Adakah Melayu yang diberi peluang itu Melayu yang sahih dalam kemampuan mereka untuk melaksanakan peluang itu sehingga berjaya atau Melayu yang terpilih diberi ruang untuk mengaut kekayaan dengan cara pintas yang merugikan. Melayu di mana sekarang? Semakin terhakis dan semakin kehilangan tanah yang di pijaknya. Anuar Mohd Nor pernah menulis mengenai Tanah Melayu Ketuanan Cina 1Tanah Melayu Ketuanan Cina 2 pada blog www.arahkita.blogspot.com dan yang telah menerima hampir 500 komen dari pelayar dan dilabel sebagai artikel BAHAYA oleh DAP dan blog Jeffey Ooi. Ia ditulis pada tahun 2006 (FEB) dan hari ini kita lihat Dr Mahathir Mohamad memperkatakan tentang Melayu tidak ada kuasa dan Ketuanan di negara ini. Baca dan komen apa yang Mahathir katakan hari ini dengan tulisan saya tahun 2006.

Tulisan Dr Mahathir

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/kaki-dalam-kasut.html#more

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan “ketidakadilan” terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9.  Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan – kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan “Tanah Melayu” digugur dan cantuman negeri – negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya – lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan

kj

Sabtu ini, penyokong Pro dan anti ISA , masing masing akan berarak bagi menyatakan pandangan mereka mengenai ISA. Jelas kita akan sama sama mengira berapa ramaikah penyokong  Pro ISA dan penyokong anti ISA yang akan dikumpulkan. Apabila dua penyokong Pro dan anti  berada di jalanan dan masing-masing akan  cuba menunjukkan kekuatan masing-masing dan seandainya ada hilang kawalan , maka akan tercetuslah satu keganasan.

Yang susah adalah orang awam yang tidak berminat dengan politik , peniaga yang mahu mencari rezeki terpaksa menutup kedai yang merupakan punca rezeki mereka. Pelancong akan  melihat betapa rakyat Malaysia yang mengamal budaya  jalanan. Apakah dengan berdemonstrasi di jalanan akan mengubah keputusan  kerajaan, Ini Malaysia dan bukan nya Thailand atau Indonesia. Sejarah penunjuk perasaan kita belum sampai ke tahap yang mereka berani merengkok didalam penjara lagi. Mereka tidak mungkin memilih penjara apabila  tidur malam di rumah dalam bilik  berhawa dingin dan makan makanan yang lazat lazat.

Apa keuntungan mereka ini berdemonstrasi melainkan menunjukkan ke tidak matangan mereka dalam mencari penyelesaian.Pastinya pihak Polis akan memberikan amaran dan pastinya yang bersalah akan ditahan dan direman beberapa hari. Siapa yang rugi. Pastinya juga kita tidak akan dapat memasuki Bandar Raya minggu ini kerana sikap yang tidak bertanggung jawab mereka yang mahu melakukan demonstrasi ini. Siapakah mereka ini. Majoritinya yang akan  berada di jalanan ini adalah bangsa Melayu.

Nampaknya Anwar Ibrahim tersenyum kerana budaya  yang dipupuknya  kini telah menular di kalangan  orang-orang Melayu yang anti beliau sebelum ini. Jelas  orang-orang ini juga yang mahu mencari penyelesaian  dengan jalan yang lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini.Jika ini dilakukan setiap minggu . Siapa yang akan menanggung akibatnya  nanti. Rakyat yang tidak berdosa , kerana ini akan meruntuhkan  juga ekonomi  negara dan membayangkan bahawa kerajaan kita sekarang tidak stabil.

Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang  waras dan bijak. Kita  bukan hanya mahu  menjadi hero dijalanan. Pemuda  bukan beridentitikan demonstartor jalanan. Pemuda bukan bangsat dan hingusan mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan  satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dij alan raya. Kami  bersetuju dengan  saranan  Khairy Jamalauddin agar Pemuda jangan ikut serta dalam perhimpunan  Sabtu ini, Khairy tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini , kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang  sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Tetap kan pendirian dan pastikan pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.  

Angka 11 tak menjadi: PAS menang UMNO berjaya

Oleh: Badrul Hisham Abdul Aziz

PAS mengekalkan kerusi dewan undangan negeri Manek Urai dalam pilihanraya kecil semalam dengan angka unik iaitu 65 undi sahaja. Dalam pilihanraya umum 2008 parti itu cukup bergaya dengan majoriti tinggi iaitu 1,352 undi. Dua jumlah yang ibarat bumi dengan langit tetapi ada satu persamaannya iaitu 6+5 menjadi 11 dan 1+3+5+2 juga berjumlah 11 – nombor pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jumlah undi yang diraih oleh calon Barisan Nasional yang diwakili UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat 5,283 juga mengandungi angka 11 jika dua angka terakhir 8 dan 3 dicampurkan. Lapan puluh tujuh peratus daripada 12,293 pengundi berdaftar atau 10,0631 orang juga membawa angka 11 apabila 1+0+6+3+1 dijumlahkan.

Bagaimanapun, bukan nombor atau angka yang menjadi pertaruhan dan perkiraan dalam pilihanraya kecil Manek Urai itu. Apa yang menjadi perbualan hangat ialah mengenai keputusan yang agak mengejut dan memeranjatkan. Umum menjangkakan PAS dengan mudahnya akan mengekalkan kerusi itu seperti yang diduduki wakilnya Allahyarham Ismail Yaakob.

Lama sungguh PAS bertapak di Manek Urai sehinggakan UMNO terpaksa berhempas pulas bekerja siang dan malam untuk menambat hati para pengundi di situ. Peningkatan jumlah yang menunaikan tanggungjawab masing-masing semalam menjadi bukti kepada hakikat itu. Suruhanjaya Plihanraya (SPR) sendiri hanya menjangkakan 85% akan keluar mengundi tetapi hakikatnya peratusan meningkat 87%.

Di sebalik kemenangan PAS mengekalkan kerusi itu, kejayaan UMNO juga mulai terpancar.Pertama UMNO dapat mengurangkan majoriti PAS hingga menjadi sangat tipis hinggakan Datuk Husam Musa yang diminta ulasannya memberitahu pihaknya pada mulanya menjangka PAS akan tewas.

UMNO dan Barisan Nasional juga berjaya mengajak lebih banyak pengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing khususnya di kalangan pengundi muda yang selama ini merasa selesa dengan keadaan dan berpendirian ‘apa nak jadi, jadilah’ atau sikap ‘tidak apa‘.

Orang lama, orang berpandangan agama dan penduduk kampung yang kurang pendedahan sudah agak pasti berada di belakang Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang dilihat sebagai orang yang serba tahu, serba betul dan serba-serbi hebat. Jadi pilihan yang ada ialah fokus kepada pengundi muda dan pengundi luar.

Fokus ini menjadi dan UMNO berjaya menambat hati mereka.!

Secara simbolik atau terrsembunyinya, pendekatan UMNO mengawal emosi, tidak mencabar walaupun dicabar turut memenangi hati rakyat dan pengundi. Pilihanraya kecil ini membuktikan berjalannya proses perpaduan ummah di mana UMNO tidak dilihat telah mencela, memburuk-burukkan calon atau tokoh-tokoh lawan walaupun sebaliknya dilakukan terhadap mereka.

Hanya ada satu kes jenayah yang berlaku iaitu membaling batu yang mencederakan dua orang anggota Puteri UMNO. Sepanjang tempoh berkempen atau sebelum daripadanya, proses perpaduan atau berkempen secara ‘adik-beradik’ telah berjaya dipaparkan di Manek Urai.

Proses perpaduan yang diimpikan oleh Presiden PAS Datuk HajI Hadi Awang dan disokong oleh timbalannya, Nasharuddin Mat Isa tetapi disanggah keras oleh Nik Aziz nampak mula berputik di situ. Jentera atau pekerja BN boleh menziarahi bilik-bilik gerakan lawan dan begitu juga sebaliknya.

Walaupun terdapat segelintir ahli dan penyokong PAS yang menyorak dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya dan diselang-seli dengan takbir, sepertimana yang terjadi terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia hanyalah kes terpencil dan bukannya budaya seperti mana yang sering berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya lain.

Pendekatan UMNO yang tidak menyorak, mencela atau menghina pihak lawan, sebaliknya merapati rakyat dengan penerangan mesra, mendalami masalah dan mencari penyelesaian serta bersahaja adalah satu lagi kejayaan sehingga berjaya menambat hati rakyat, khususnya warga-emas yang telah lama tidak mendapat perhatian dan pembelaan.

Keseluruhan pemimpin UMNO menyatakan rasa puas hati walaupun tidak memenangi kerusi Manek Urai kerana mereka dapat melihat keputusan pilihanraya kecil itu telah membawa petanda yang bakal membawa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat keputusan itu sebagai petanda angin perubahan yang merupakan satu isyarat jelas yang menunjukkan rakyat mahukan pembaharuan. Ini tentulah hasil perubahan dan kejayaan segera yang dicapai melalui pentadbiran 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua pemimpin turun padang dan menjiwai rakyat.

Muhyiddin serta keseluruhan bala jenteranya di Manek Urai termasuk Datuk Mustapha Mohamad selaku pengarah pilihanraya telah berjaya mengenengah dan menyebar luaskan konsep itu sehingga pengundi PAS berpihak kepada UMNO.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan;” Kemenangan tipis PAS membuktikan sokongan penyokong pembangkang dan rakyat telah mula kembali kepada BN dan rakyat mula menerima pendekatan yang ditetapkan oleh BN.”

Apakah makna ‘kejayaan’ ini…? Inilah persoalan yang lebih berat untuk diberi perhatian dan jawapan. Seperti lazimnya, beberapa pilihanraya kecil akan berlaku sebelum menjelangnya pilihanraya umum. Pilihanraya kecil masa depan akan hanya membawa makna dan pengertian sebenarnya jika BN menempa kejayaan.

Bagaimanakah mahu pastikan kejayaan itu..? Tentulah bermula dengan kerja keras di Manek Urai dijadikan sebagai titik permulaan. Prestasi baik di Manek Urai harus diterus dan diterapkan di seluruh negara tanpa menunggu wujudnya sesuatu pilihanraya kecil..

Turun padang dan mesra rakyat wajar dijadikan budaya kerja yang berterusan bukan dilakukan secara bermusim seperti apabila ada pilihanraya ataupun pemilihan parti di peringkat bahagian. Mungkin UMNO dan BN wajar belajar daripada PAS iaitu berceramah dan mendekati rakyat sepanjang masa.

Di negeri-negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, orang Melayu khususnya ahli UMNO harus menukar sikap bahawa mereka sebenarnya adalah pembangkang di negeri masing-masing. Mereka tidak boleh lagi merasa selesa dengan bergantung kepada kerajaan persekutuan semata-mata. Mereka harus membuang sikap merasa selesa dan selamat.

Dalam pilihanraya 2008 dahulu tidak ada sesiapa yang menduga Selangor akan hanyut ke tangan pembangkang, tetapi itulah hakikat yang berlaku. Ketika itu, semua orang merasa selesa dan selamat sehinggalah pakatan pembangkang mengucapkan selamat tinggal kepada mereka..

Dengan menyematkan perasaan sebagai pembangkang di bumi tanah Melayu sendiri, diharapkan akan tercetuslah perasaan untuk berjuang dan mempertahankan bumi bertuah ini dan jambatan perjuangan itu adalah jambatan UMNO sendiri.

Di samping itu, UMNO mungkin perlu terus menghulurkan tangan persahabatqan kepada PAS dan membuang sikap memusuhi dan membenci parti itu kerana perpaduan ummah serta kebaikan bersama harus dicuba dan diutamakan..

Biarlah pahit untuk UMNO menelannya dan amat getir untuk PAS melalui hakikat itu, atas nama kesinambungan agama, bangsa dan tanahair semangat 1 Malaysia wajib diterapkan iaitu rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan. Semoga manek akan terurai menjadi kerlipan intan waktu siang dan sinaran bintang pada waktu malam.

Agenda Daily

Angka 11 tak menjadi: PAS menang UMNO berjaya

Badrul Hisham Abdul Aziz

PAS-LEAD

Biarlah pahit untuk UMNO menelannya dan amat getir untuk PAS melalui hakikat itu, atas nama kesinambungan agama, bangsa dan tanahair semangat 1 Malaysia wajib diterapkan iaitu rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan. Semoga manek akan terurai menjadi kerlipan intan waktu siang dan sinaran bintang pada waktu malam.-16/7/2009

Blog: Konflik PAS bawa padah di MU

Beberapa laman web dan penulis blog yang pro-PAS tidak puas hati dengan kemenangan tipis parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai kelmarin.Menurut mereka, kemenangan “nyawa-nyawa ikan” dengan 65 undi antaranya berpunca daripada perbalahan yang berterusan dalam PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.Mereka juga mendakwa, ahli-ahli PAS juga tidak puas hati kerana “mereka dibiarkan gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab.

Dalam pilihanraya kecil kelmarin, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menewaskan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat tetapi majoritinya merosot jauh berbanding 1,352 undi yang diperolehi Ismail Yaakob (allahyarham) dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Mohd Fauzi mendapat 5,348 undi, manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Satu artikel di laman web Tranungkite mendakwa berlakunya perpecahan dalaman PAS terutama petugas dari Kelantan dan Terengganu, yang menurutnya, saling sindir-menyindir antara satu sama lain.

Tulisan itu menyebut: “PAS memang menang di Manek Urai tetapi dengan kemenangan yang sangat tipis. Kemenangan yang menjawab seribu satu persoalan selama ini.”

“Secara ringkasnya PAS memang berpecah. Tanyalah petugas-petugas dari Terengganu apa ‘kata-kata sambutan’ dari PAS Kelantan.

“Tanyalah pula PAS Kelantan apa ‘agenda dan doa’ sesetengah dari PAS Terengganu.

“Kepada ahli PAS yang tidak tenggelam bersama suasana di Manek Urai, jangan sibuk menafikan ia tidak berlaku. Ada petugas Kelantan yang terang-terang menyindir ‘(penyokong) kerajaan perpaduan duduk jauh-jauh’.

“Ada pula yang dari Terengganu mengidamkan untuk melihat PAS kalah di Manek Urai.”

   Idea kerajaan perpaduan dengan Umno dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong oleh timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Bagaimanapun ia ditentang keras oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga ke peringkat menggesa Nasharuddin melepaskan jawatan timbalan presiden dan ahli parlimen Bachok jika ingin teris menyokong saranan kontroversi itu.

Cadangan itu kemudian ditolak majlis presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.

 Penulis di laman web Tranungkite juga mendakwa isu kerajaan perpaduan turut menjadi antara salah satu punca kegagalan PAS menang dengan majoriti yang besar.

“Nyatalah puak TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan puak kerajaan perpaduan masih ada dan masih teguh dengan pegangan masing masing.

“Kedua-dua puak ini dengan sendirinya menggambarkan bahawa mereka sendiri tidak wala’ (taat setia) dengan keputusan pimpinan parti,” tulisnya lagi.

“Mereka hanya taat di luar sedangkan hati mereka busuk dan penuh dendam.”

Timbul persoalan

Sementara ketua penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Zolkharnain Abidin pula menulis di blognya bahawa walaupun PAS menang tipis dalam pilihanraya kecil itu tetapi parti itu “tewas dari beberapa sudut tertentu”.

   “Apabila saya kata PAS tewas dari sudut-sudut tertentu, bukan bermakna Umno menang dari sudut yang PAS kalah itu, tidak.

“Di Manek Urai, Umno tewas di atas kertas dan tewas juga dari semua sudut. Malah, di mana-mana pun, walaupun Umno menang, mereka tetap kalah dari sudut-sudut lainnya.

Untuk menggambarkan sudut-sudut kekalahan itu, beliau mengemukakan beberapa persoalan untuk renungan ahli dan pemimpin PAS.

     Adakah benar kita menyertai pilihanraya kecil Manek Urai dalam suasana kasih sayang dan ikatan persaudaraan berasaskan jamaah (PAS) teruji dan longgar?

     Mengapa ada yang boleh turun dan ada yang tidak, ada poster yang boleh terpamer dan ada yang tidak?

     Benarkah ada pihak yang mengambil kesempatan (menggunakan) gelanggang terbuka ini untuk menuding jari dan menjeling tajam kepada orang-orang tertentu?

     Mengapa dibiarkan ahli-ahli gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab?

     Betulkah mereka yang berada di luar PAS, yang bersedia membantu kita, turut merasa rimas dan lemas dengan kerenah sesama kita?

     Benarkah ada orang yang merasa dirinya bijak dan hebat sehingga menafikan kebolehan dan keupayaan orang lain?

“Kalau begitu, PAS kalah kepada siapa? Bagi saya, dalam sudut-sudut tadi PAS kalah kepada kepentingan-kepentingan, desakan-desakan, asakan-asakan dari dalam diri pendukungnya sendiri.

“Apa desakan, asakan dan kepentingan itu? Saya ada jawapannya tetapi saya tidak sampai hati untuk menyebutnya di sini.

     PAS Kelantan tidak menaikkan poster Abdul Hadi lebih awal, sementara Nasharuddin dibawa berceramah selepas ketidakhadirannya dijadikan isu oleh pemimpin BN.

Sementara itu, satu tulisan dalam laman web Detikdaily pula menyenaraikan empat sebab kegagalan PAS di Manek Urai.

Satu daripadanya, ia tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yang “mencerminkan kekurangan pengalaman kerana memberikan isyarat kepada media berkenaan kemenangan ‘lebih 2000 undi’ walaupun tidak dapat dibuktikan.”

“Ini mencerminkan perjalanan pengurusan kempen yang dibuat dengan perasaan ‘PAS sudah pasti menang’,” katanya.

Tulisan itu juga mendakwa berlakunya perbalahan yang berterusan sama ada dalaman mahupun antara komponen Pakatan Rakyat.

“Isu timbalan presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan (Datuk) Husam Musa, tidak dilupakan ‘sengketa’ antara ahli Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, menjejaskan semangat petugas dan peraih undi.

“Ia tidak menjejaskan pengundi, tetapi rakyat kurang menerima perayu undi yang dapat dilihat semangat mereka lemah dan tidak bermaya.

“Isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan boikot Hindraf sedikit sebanyak mempengaruhi,” katanya.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.